Perkongsian seorang ayah melatih anak perempuannya dalam aktiviti air atau surfing meraih perhatian ramai. Walaupun masih kecil, namun anak ini sudah menampakkan minat dalam bidang tersebut. Sebagai ibu bapa pasti memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
Perkongsian video viral di Tiktok ini menunjukkan kanak-kanak bernama Ulya mahir dalam aktiviti air iaitu surfing sejak usia muda. Memang hebat dan mendapat pujian ramai.
Sementelah kanak-kanak tersebut baru sahaja berusia 5 tahun namun sudah mahir dan nampak tidak kekok beraksi.
Dalam masa yang sama, ada yang tersentuh hati dengan cara si ayah yang begitu prihatin dan memberikan kata-kata semangat supaya si anak tidak takut dan teruskan dengan aktiviti air tersebut.
Selain Ulya, seorang lagi anaknya bersama Aula juga mempunyai kemahiran yang sama dalam aktiviti air ini.Perkongsian video memaparkan Aulia begitu cekap berdiri di atas papan surfing mengawal keseimbangan di atas ombak begitu membanggakan sekali!
Setiap isteri inginkan memberikan kegembiraan dan kebahagian buat suami tersayang. Pelbagai cara yang dilakukan untuk membahagiakan suami. Oleh kerana itu, ramai isteri akan tampil cantik dimata suami.
Namun daripada kajian mendapati suami akan bahagia jika isterinya juga bahagia. Berikut adalah alasan mengapa isteri akan memilik suami yang bahagia.
1. Seorang isteri yang bahagia akan menghormati suaminya.
Salah satu keperluan terbesar manusia adalah kebutuhan untuk dihormati, terutama dari isterinya. Seorang isteri yang bahagia dalam pernikahannya akan senang menunjukkan rasa hormatnya kepada suaminya tanpa paksaan.
2. Seorang isteri yang bahagia akan dengan senang hati mengurus dirinya.
Seorang isteri yang bahagia tidak hanya senang mengurus penampilan luarnya saja, tetapi juga kesihatan mental dan spiritual. Suami pasti suka melihat isterinya terlihat cantik, tetapi banyak juga suami yang senang ketika melihat istrinya bekerja, membaca, atau berdoa. Hal ini akan membuat suami semakin tertarik kepada anda.
3.Isteri yang bahagia tidak memerlukan suaminya di sisinya, tetapi suka saat ia hadir di sisinya.
Mungkin anggapan ini sedikit agak membingungkan. Hanya, hal ini bererti bahwa seorang isteri yang bahagia tidak akan bergantung pada suaminya untuk melakukan semua pekerjaannya. Mereka juga tak selalu menuntut suaminya untuk selalu ada di sisinya dan menemaninya tiap saat tanpa memperdulikan kesibukan suaminya. Isteri bahagia boleh hidup sendiri, enjoy melakukan aktivitinya sendiri. Namun, mereka juga sangat menyukai dan menikmati saat suaminya ada di sisinya.
4. Isteri bahagia tahu bagaimana cara menghargai suaminya.
Isteri yang bahagia selalu belajar bagaimana caranya ia boleh menghargai suaminya dalam tiap fasa kehidupan pernikahannya.
5. Isteri bahagia tahu boleh mengendalikan perasaannya.
Setiap orang memiliki perasaannya masing-masing. Namun, sekalipun memiliki perasaan yang mungkin sama dengan sang suami, tetapi isteri yang bahagia lebih memikirkan dan menjaga perasaan suaminya lebih dari apa pun.
Mona Allen selamat bersalin anak kedua, dapat anak lelaki. Pelakon Mona Allen berkongsi khabar gembira telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada malam Selasa.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Mona memberitahu dia selamat bersalin anak lelaki pada waktu Maghrib, semalam.
Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Inshallah kita akan kongsi gambar baby nanti.
Sekarang tengah rehat nanti saya update okay.
Isteri kepada Pekin Ibrahim ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya serta bayi.
Terima kasih semua yang DM doakan saya dan baby. Alhamdulillah. Syukur semua baik-baik saja. Allah Ya Mujeeb.
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Sekarang ni buka je laman sosial, pantang scroll feed mesti akan naik gambar rakan-rakan kita menamatkan zaman bujang mereka.
Lebih-lebih lagi sekarang ni dengan situasi yang tak mengizinkan, kebanyakan memilih untuk membuat secara kecil-kecilan sahaja dengan mengehadkan jumlah tetamu.
Pada yang tak dijemput, jangan terasa hati. Lebih baik kita mendoakan yang baik-baik. Kan?
Pada pasangan pengantin, perkahwinan ni bukan untuk setahun dua, harapnya kekal hingga selama-lamanya. Jadi, yang mana masih lagi belajar untuk hidup berdua, jom ikuti perkongsian dari peguam syarie, Fahmi Ramli tentang perkara penting yang anda perlu buat untuk elakkan kemusnahan rumahtangga.
10 Perkara penting “Pengantin Baru” kena buat untuk elak perceraian
Kadang kala, semasa nak jadi pengantin baru ni, ada pasangan yang mungkin tak ambil tahu tentang persiapan yang perlu selepas kahwin. Bukan terlambat, cuma jangan tidak ambil tahu langsung.
Selepas berkahwin, banyak cabaran besar bakal berlaku kepada pasangan baru. Khususnya hal yang berkaitan pengurusan dan undang-undang keluarga Islam. Jika enggan peduli tentang isu ini, pastinya akan berlaku keretakan besar istana yang dibina.
Jadi, saya nak kongsikan 10 perkara penting kepada bakal pengantin baru perlu ambil peduli selepas kahwin kelak.
1. Teruskan belajar tentang ilmu kekeluargaan Islam
Selepas saja suatu pasangan diakadnikah, mereka perlu tahu bahawa mereka sudah terikat dengan Undang-undang Keluarga Islam. Jadi, mahu atau tidak, suami dan isteri perlu belajar tentang ilmu kekeluargaan Islam.
Khususnya perkara yang penting untuk diketahui berkaitan dengan hak suami isteri selepas kahwin, hak anak, hak selepas perceraian dan hak suami isteri jika berlaku kematian.
Memang kita tak mahu cerai dan mati, tapi kita perlu tahu, ajal dan jodoh atas ketentuan Allah. Mahu atau tidak, kita perlu terus belajar dan ambil peduli tentang perkara ini.
2. Suami kena sedia tempat tinggal yang selesa & berasingan kepada isteri
Rumah adalah keperluan wajib untuk suami sediakan kepada isteri. Sebaiknya, rumah ini disediakan berasingan daripada orang lain termasuk ahli keluarga suami atau keluarga isteri.
Jika suami dan isteri ‘PJJ’ atau perkahwinan jarak jauh, tidak tinggal bersama, suami tetap wajib sediakan rumah kepada isteri. Boleh sewa atau beli, yang penting disediakan tempat tinggal yang selesa dan berasingan kepada isteri. Ini termasuklah perbelanjaan rumah seperti elektrik dan air perlu dibayar oleh suami.
3. Rancang kewangan dengan bijak
Salah satu sebab terjadinya pergaduhan suami isteri sepanjang karier saya, didapati banyak pasangan yang bercerai diawal usia perkahwinan adalah disebabkan ‘duit tak cukup’ atau bergaduh ‘sebab duit’.
Pada saya, untuk elakkan pergaduhan tentang wang ringgit, mesti perlu ada budget atau perancangan kewangan yang bijak serta mesti dipatuhi suami isteri. Kalau negara kita ni pun, sampai berdebat dalam Parlimen untuk budget diluluskan, maka amat penting jugalah suami isteri bincang betul-betul budget bulanan dan tahunan.
4. Masukkan nafkah belanja isteri secara online transfer setiap bulan
Jika suami itu seorang anggota tentera, pasti tak ada isu tak dapat Nafkah sebab anggota tentera wajib ada potongan kepada isteri. Mungkin isu yang timbul adalah isu tak cukup nafkah. Itu perkara lain. Namun, contoh ini patut diteladani oleh pasangan yang lain.
Setiap bulan, suami wajib masukkan duit belanja isteri ke dalam akaunnya bagi mudah membuktikan bahawa pemberian nafkah berlaku. Sekiranya duit yang hendak diberikan suami itu termasuk duit rumah, perbelanjaan isi rumah dan anak-anak, perlulah masukkan sejumlah wang yang wajar. Janganlah masuk setiap bulan RM200, tapi duit itu jugalah untuk isteri bayar sewa, beli barang dapur, beli barang anak. Memang tak cukup sangat lah.
5. Dapatkan nasihat atau kaunseling jika berlaku perbalahan
Sekiranya berlaku pergaduhan suami isteri, segera dapatkan khidmat kaunseling di Pejabat Agama. Jangan pendam setiap masalah. Ia perlu diluahkan kepada orang yang boleh bantu selesaikan masalah anda.
Tidak semestinya suami yang perlu mohon kaunseling, isteri secara bersendirian boleh mohon untuk kaunseling walaupun suami enggan kaunseling.
6. Adu pada keluarga sebarang masalah, jangan pendam
Setiap isu dan permasalahan yang timbul, andai perkara itu kecil macam mana sekalipun, jangan simpan sendiri. Ada yang ahli keluarga tak tahu sebarang masalah, kerana tak pernah diberitahu.
Misalnya sering berlaku pergaduhan fizikal, duit belanja tak cukup dan lain-lain. Kadang ahli keluarga bukan nak suruh cerai, tapi nak jadi orang tengah yang boleh bawak berbincang. Kalau nak nikah dulu pun pakai ahli keluarga untuk bercakap, takkan bila jadi isu, kita abaikan mereka.
7. Buang tabiat lama yang negatif
Jika semasa bujang, ada tabiat merokok misalnya, selepas kahwin patut buang kerana duit belanja harian akan bazir dan bahaya kesihatan anak isteri. Begitu juga dengan tabiat lain isteri, kalau masa bujang banyak bergaul mesra dengan rakan sekerja, maka selepas kahwin, perlu ada batasannya.
Sama juga dengan hobi yang mungkin tak bagus untuk perkahwinan. Contohnya, suami asyik main game tak kira waktu siang malam sebab biasa buat semasa bujang, hobi tu patut dibuang atau dikurangkan. Ini adalah salah satu punca pasangan muda bercerai zaman ini.
8. Siang waktu bekerja, malam waktu bersama keluarga
Kalau dulu zaman bujang selalu lepak di kedai mamak waktu malam untuk tengok bola dengan kawan-kawan, selepas berkahwin perlu ada hadnya. Khususnya ketika pasangan yang baru ada anak kecil.
Siang anda sudah spend masa untuk bekerja dan bersama pekerja, maka waktu malam apa salahnya menggunakan waktu sebaik mungkin untuk bersama anak isteri. Apa salahnya tonton bola kegemaran anda di rumah bersama anak isteri kan?
9. Jangan sembunyikan perkara penting
Tolong jangan sembunyikan apa-apa maklumat khususnya berkaitan dengan hutang, harta yang dimiliki dan tanggungan yang ada sebelum dan selepas kahwin. Kadang-kadang ada wanita yang tak tahu, rupanya suami yang dikahwini tersebut mempunyai isteri lain dan anak-anak terdahulu.
Begitu juga setiap pasangan, jangan ada meletakkan password telefon atau apa-apa password bank yang tidak diketahui kepada setiap pasangan. Meletakkan password yang tidak diketahui ini pasti akan menimbulkan rasa curiga dan boleh sukarkan pasangan untuk keluarkan duit bank jika kematian anda bagi urusan terdesak.
10. Utamakan perbelanjaan isteri dan anak sebelum diri sendiri dan orang lain
Bila dah kahwin, suami wajib meletakkan keperluan isteri dan anak lebih penting daripada segalanya sebab suami yang sanggup nak pikul amanah tersebut. Kalau tidak, apa guna nikah kalau belanja isteri pun tak mampu. Belum lagi dapat anak yang perbelanjaannya pun agak tinggi sekarang.
Kadang-kadang, ada yang tak mampu tanggung diri sendiri pun, tapi nak juga nikah. Akhirnya, diri terbeban bukan sebab tak mampu, tapi sebab asyik ditakuk yang lama. Jangan nafkah anak dan isteri terabai sudah la.
Ada tak rakan atau saudara anda pengantin baru? Boleh tak sampaikan amanat saya ini seluas-luasnya?