Daun kari yang selalunya dijadikan penambahan aroma dalam masakan kari tidak hanya khusus untuk masakan sahaja. Daun yang satu ini selain dijadikan ulam yang baik untuk kesihatan, rupanya juga baik dalam merawat masalah rambut.
Antara masalah rambut yang dapat dirawat dengan daun kari ini adalah mencegah uban, melebatkan rambut dan memperbaiki akar rambut yang rosak. Berikut merupakan 5 khasiat daun kari yang baik untuk rambut.
Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Dengan menggunakan daun kari secara teratur pada rambut, terbukti dapat membantu untuk meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuat akar rambut. Yang perlu dilakukan adalah mengambil beberapa daun kari dan mengeringkannya di bawah sinar matahari.
1. Ambil daun kari dan keringkan.
2. Tumbuk daun kari hingga halus dan campurkan dengan yogurt.
3. Sapukan pada rambut dan cuci bersih.
Cegah Uban Kepala
Ini pula petua mujarab dalam memulihkan uban rambut. Uban dikatakan tumbuh bukan disebabkan oleh faktor usia sebaliknya ketidakseimbangan dalam diet harian yang kita ambil.
1. Tumbuk daun kari hingga lumat bersama sedikit minyak zaitun.
2. Kemudian sapukan pada rambut yang beruban.
3. Biarkan sekejap dan cuci bersih.
Rambut Rambut Rosak
1. Ambil dua tiga helai daun kari dan campurkan dengan susu.
2. Buatkan masker dan letakkan pada rambut.
3. Biarkan seketika dan cuci bersih.
Cegah Rambut Nipis
Faktor hormon membuatkan rambut mulai gugur dan makin menipis. Antioksidan yang tinggi dalam daun kari mampu menguatkan folikel rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
1. Tumbuk beberapa daun kari.
2. Kemudian campurkan dengan sedikit minyak.
3. Sapukan pada kulit kepala.
Cegah Kelemumur
Antioksidan yang tinggi pada daun kari juga dapat membantu masalah sel kulit mati pada kulit kepala yang seterusnya mengakibatkan masalah kelemumur. Tumbuk halus dan sapukan pada kawasan kelemumur.