Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
1) Ayah si mati – 1/6
2) Ibu si mati – 1/6
3) Isteri – 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
Contoh :
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056
Jadi apa guna ada penama?
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.
Kredit: Areena A Rahman, PerundingMyPusaka
Murid Sekolah Rendah Hantar Surat Nak Lakukan Hubungan Intim Bimbangkan Ibu Ayah.
Pendedahan seorang Penceramah Murid yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi mengenai ‘surat cinta’ ajakan bersetubuh seorang murid perempuan kepada murid lelaki mengejutkan ramai ibu bapa.
Menurut sumber, surat tulisan tangan itu ditemui ibu murid lelaki berkenaan ketika membuat pemeriksaan dalam beg sekolah sebelum meminta anak berusia 12 tahun menceritakan perkara sebenar.
Perkongsian beliau di laman facebooknya beberapa hari lalu menjadi tular sehingga membangkitkan rasa kebimbangan ibu bapa kepada anak-anak.
Beliau yang juga merangkap Pembantu Pelindung Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar, Kedah, mendapat maklumat demikian setelah dilaporkan oleh ibu kepada pelajar lelaki.
Atas rasa kesedaran menggalas tanggungjawab agar ia tidak menjadi barah dalam masyarakat, beliau terpanggil untuk melakukan pendedahan ini agar menjadi iktibar bersama.
Melalui perkongsiannya, beliau turut mengulas situasi demikian. Ikuti perkongsiannya.
Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya, tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya, anak lelakinya darjah 6 perolehi surat dari seorang kanak-kanak perempuan, darjah 5.
“Kepada ……
Nama aku ….., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?
Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you.”
Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
Ini kiriman surat budak perempuan berusia 11 tahun kepada pelajar lelaki 12 tahun tau. Kalau kita yang jadi mak bapak budak lelaki ni pun mesti berada dalam situasi puan berkenaan, menggeletar dan seolah-olah tidak percaya.
Idea budak perempuan berkenaan ada. Ia serius. Bukan main-main. Beliau maksudkan apa yang ditulis. Bersetubuh, sekali sahaja, tidak akan lahirkan anak.
Anak puan ini tak kenal siapakah gerangan budak perempuan berkenaan. Cuma, saya tahu kes berlaku di sekolah mana. Saya akan cuba bantu apa yang boleh nanti.
Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begini.
1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Aku tak pelik hal ini boleh berlaku. Kerap kali aku program dengan budak sekolah rendah, yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.
Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka? Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih seks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?
2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton pornografi. Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih. Tak perlu aku huraikan aspek yang ini.
Masing-masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rogol kanak-kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video lucah.
Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun ‘rogol’ kakak sepupu yang berusia 12 tahun. Walau suka sama suka, tapi term rogol terpakai kepada pelaku bawah 18 tahun.
Puncanya sama. Terangsang tonton video lucah dari telefon bimbit.
3. Kawan-kawan yang telah akses pornografi mengajar rakan-rakannya yang lain di sekolah. Aku pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rogol-rogol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.
4. Yang paling aku takutkan sebab yang keempat ni. Kanak-kanak ini telah menjadi mangsa pengantunan (sex grooming) oleh ahli keluarga yang terdekat.
Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan seksual.
Walau budak ini telah menjadi mangsa cabul atau rogol (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mangsa. Pemangsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal dan menyeronokkan.
Lepas jadi mangsa, child sex predator ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain-lain ganjaran.
******
Kesan kepada 4 perkara ini, kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual akan anggap perbuatan seks itu normal. Beliau akan groom pula kawan-kawannya di sekolah.
Dalam kes ini, mujurlah puan berkenaan selalu spotcheck beg sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu yang anaknya terima ‘surat cinta’ ini.
Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya,
1. Please ingatkan anak-anak, jika mendengar perkataan yang tak elok kawan sebut di sekolah, kata-kata keji, makian, ejekan, bad words, mencarut, lucah, terus bagi tahu mak ayah. Parents pula kena terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau terangkan definisi kepada word berkenaan, seperti rogol, cabul, liwat dan lain-lain.
2. Mak ayah juga tolong pesan pada anak-anak jika dapat surat kiriman kawan-kawan. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah-tambah, anak yang masih bersekolah rendah.
3. Jangan jemu-jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat seksual. Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat-kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.
4. Paling penting, jangan kau pula jadi bodoh berjimak atau bercumbu-cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke jubake?
Buat guru-guru,
1. Inilah dia antara anak-anak didik kalian hari ini. Bermula dari sekolah tadika lagi sudah ada budak melucah. Semuanya bermula dari mak ayah di rumah.
2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin. Mereka adalah mangsa. Bukan saja-saja buat macam tu. Sebab-sebabnya saya dah nyatakan di atas.
3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes-kes seksual, jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab-bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.
4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik pasal isu-isu sebegini. Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan guru yang kata kita memandai-mandai. Tak kena ke anak dia memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.
Saya harap post ini dibaca dan dikongsi sebanyaknya oleh kalian. Jujur saya katakan, penat tau mengadap isu sebegini yang tak beransur pulih. Semakin teruk adalah.
Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, seks bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang perlu dirawat.
Dan ia bermula dari rumah.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar bersama dalam mengawasi anak-anak.
“Haram Sembahyangkan Jenazah Individu Hina Islam. Kalau Buat Juga, Kita Berdosa!”-Ustaz Azhar Idrus
Seakan menjadi-jadi pula isu orang Islam menghina agamanya sendiri. Belum pun reda kisah pelawak wanita yang didakwa menghina Islam, kemudian tular pula video seorang lelaki yang mempersendakan Allah dan Nabi Muhammad SAW.
Buat follower Keluarga, sila gunakan kod promo KELGSP5 untuk pembelian Telaga Biru Buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW dengan harga lebih murah di GO SHOP
Itu belum lagi cerita-cerita lain yang tidak diviralkan, mungkin banyak jumlahnya tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti hal ini cukup membimbangkan kita semua. Bukan sahaja kita melihat individu yang melakukan penghinaan tersebut malah kita juga turut terkesan dan perlu ambil tahu berkenaan hukum hakam berkaitan hal tersebut.
Ini sebagaimana penjelasan daripada penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus (UAI), telah menjelaskam haram hukumnya untuk menyembahyangkan jenazah individu Islam yang menghina agamanya.
Distiharkan Kafir Murtad
Terangnya lagi di dalam ceramah tersebut, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyatakan bahawa individu terbabit telah diistiharkan sebagai kafir murtad meskipun dia mengaku bahawa agamanya adalah agama Islam.
“Kita tanda nama dan mukanya di papan kenyataan masjid. Ini dengan tujuan bila dia mati kita tidak perlu sembahyangkan dia dan kebumikan jenazahnya. Ini kerana jika berbuat demikan kita pula berdosa kerana dia kafir murtad”
“Orang yang menghina Islam dan nabi adalah sudah murtad. Bukan itu sahaja, bahkan siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik”
Petikan video yang dikongsikan di akaun TikTok @mesrikandistella turut memperlihatkan bahawa Ustaz Azhar Idrus mengatakan bahawa orang munafik di akhirat kelak akan berada di neraka paling bawah. Malah orang Islam yang maki dan hina Islam, hina al-Quran serta hina nabi secara jelas adalah kafir dan hukumnya jatuh murtad.
@mesrikandistella 𝑯𝑼𝑲𝑼𝑴 𝑯𝑰𝑵𝑨 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 , 𝑵𝑨𝑩𝑰 @ustazazharidrus_official #uai #hinagama #murtad #allahuakhbar #cariilmu #shareilmu #kongsiilmu #ceramahagama #ceramahpendek #ceramahustad #ceramahsingkat #kongsikebaikan #viralsharevideo #kejarakhirat #ingatAllah #doaselalu #pertahankanagamaislamkita #fypシ #fyp #viralvideo #viral #viralfypシforyoupage #viralfypシforyoupage #viralfypシ #fypシ゚viral #sharefyp ♬ Sholawat Jibril – Nada Langit
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Ingatkan Perkampungan Bunian, Rupanya Satu Kampung Pakat Ikut Tema Warna Putih. Memang Sporting Semuanya!
Majlis perkahwinan merupakan satu kenangan yang sukar untuk dilupakan. Selain melihat penyatuan dua insan yang baru mendirikan rumahtangga, di sinilah selalunya keluarga dan sanak saudara akan bertemu dan berkumpul.
Sampai riuh rendah dibuatnya dengan usikan mereka terutamanya kepada pengantin baru. Pada majlis inilah sanak-saudara akan bergabung tenaga untuk memastikan majlis yang diadakan akan terlaksana dengan jayanya.
Selain itu, seperti sudah menjadi kewajiban apabila tema ditetapkan untuk majlis istimewa ini. Pelbagai tema ditetapkan bagi manjadikan majlis kelihatan gemilang dan sejuk dipandang terutaman dalam lensa kamera.
Seperti yang acapkali dilihat, pelbagai tema warna ditetapkan untuk sesebuah majlis perkahwinan namun majlis yang satu ini sangat meraih perhatian terutamanya setelah di muatnaik di laman TikTok.
Dalam video yang berdurasi 36 saat yang di kongsi oleh seorang jurugambar yang bernama Fitrin Ruslee memperlihatkan keunikan satu majlis perkahwinan yang diadakan di Raosa Hill, Ipoh yang serba serbi putih dari pasangan pengantin hingga ke para tetamu yang hadir. Malahan, jurugambar turut mengenakan baju putih demi menepati tema yang ditetapkan oleh tuan majlis.
Paling menarik apabila melangkah sahaja ke majlis ini, ia kelihatan seperti di perkampungan bunian kerana pemakaian tema putih ini bukan sahaja dipakai oleh ahli keluarga tetapi seluruh penduduk kampung di situ.
Kebiasaannya, majlis perkahwinan pengantin membenarkan para tetamu untuk berpakaian bebas asalkan sopan. Tetapi di majlis ini, semua penduduk sepakat untuk berpakaian serba putih. dan menjadikan majlis ini sangat istimewa dan lain dari yang lain.
Pemilihan tema ini turut menunjukkan keharmonian dan kemesraan dalam keluarga dengan penduduk kampung dalam menjayakan majlis perkahwinan ini.
@fitrinruslee Tema Bunian? 1kampung baju putih✅ wedding @Naf raisha hill banglo ipoh.#fyp #fypシ #photographerperak #fitrinruslee ♬ original sound – Fitrin Ruslee