
Uban pada kepala memang menjadi satu hal yang sukar dikawal. Bukan sekadar masalah penuaan semata-mata, uban mula timbul disebabkan oleh masalah lain. Antaranya adalah ketidakseimbangan pada diet harian kita.
Sudahnya uban mula menampakkan dirinya di celah helaian rambut. Gatal usah cakaplah. Siapa ada uban mesti tahu rasa gatal terlampaunya. Rasa nak cabut cepat!
Tapi tahu tak uban boleh diubati dengan daun kari je? Tak hanya uban, malah daun kari yang kita selalu gunakan dalam menaikkan aroma menu berkari ini rupanya baik dalam penjagaan dan perawatan rambut.
Hilangkan Masalah Uban
Bahan-bahan:
Daun kari
Minyak kelapa
Caranya:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Masukkan daun kari yang sudah dipisahkan dari tangkainya.
3. Biarkan sekejap dan angkat.
4. Kacau dan leceknya menggunakan sudu dan letakkan pada kawasan beruban.
5. Biarkan selama 1 jam dan bungkus kepala dengan tuala atau kain bersih.
6. Cuci dengan air bersih.
Laporan Boldsky, daun kari yang mempunyai khasiat vitamin B membantu mengembalikan nutrisi dan warna pada rambut. Malah juga menguatkan akar rambut.
2 Kelebihan Daun Kari Pada Rambut
Tingkatkan Pertumbuhan Rambut
Penggunakan daun kari secara teratur dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuatkan akar rambut. Ambil beberapa daun kari, keringkan dan tumbuk halus. Campurkan bersama yogurt dan sapukan pada rambut.
Tonik Rambut
Daun kari juga bekerja sebagai tonik rambut kerana mampu menjaga kulit kepala agar sentiasa lembap dan bernutrusi. Ambil segenggam daun kari, didihkan bersama 2 hingga 3 senduk minyak kelapa dan letakkan pada rambut.
Asyraf Wajdi & Isteri Sambung Legasi Keluarga Praktis “Quran Time” Maghrib Dan Isyak Dalam Didik Anak-Anak.

Ibu bapa perlu bersepakat dan memberi keutamaan dalam pendidikan anak untuk berinteraksi dengan al-Quran. Ia membentuk jati diri dan keperibadian mereka. Itu yang dipraktikkan oleh Ketua Pergerakan Umno Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam keluargnya.
“Al- Quran adalah perkara penting untuk dibaca oleh ahli keluarga setiap hari. Kami membaca al-Quran sekeluarga sebagai rutin harian antara waktu solat Maghrib dan Isyak.
“Apabila saya dan isteri, Prof Madya Dr Irwani Abdullah tiada di rumah, anak yang lebih besar akan menyemak bacaan adik-adiknya. Saya juga memberi insentif kepada anak berkaitan dengan al-Quran.
“Contohnya, jika anak dapat menghafal satu surah, baru saya berikan satu permainan sebagai ganjaran. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengamalkan budaya membaca al-Quran agar menjadi ikutan anak-anak.”
Pasangan tersebut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar, 16, Affaf, 13, Affan, 10, Azzah, 8 dan Azzam, 5. Mereka bakal menimang cahaya mata ke enam pada November ini. Keluarga Asyraf Wajdi menjadi Sahabah Al Quran – Keluarga di bawah kempen My Family #QuranHour dan #Saving Families dalam mengukuhkan keluarga dengan al-Quran, anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Asyraf Wajdi berkata, jika ibu bapa tidak membaca al-Quran bagaimana hendak sampai mesej ke lubuk hati anak? Berdasarkan pengalaman sewaktu kecil, ibu bapa beliau amat menekan soal al-Quran. Leteran mereka sentiasa mengingatkan beliau untuk akrab dengan al-Quran.
Ini diakui oleh Irwani yang mendapat didikan ibu bapa dalam menekankan “Quran Time” antara Maghrib dan Isyak. Budaya tersebut diteruskan dalam legasi keluarga beliau, ditambah dengan galakkan ibu mertuanya yang mengutamakan bacaan al-Quran selepas subuh. Ini melengkapkan kitaran hidup berdamping dengan al-Quran.

“Saya sebagai ibu perlu tegas dan paling berdisiplin dalam mendidik anak kerana suami jarang ada di rumah. Ayah sebagai faktor meletakkan undang-undang dan peraturan kepada anak. Jadi mudah bagi si ibu untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mengingatkan anak-anak.
“Setiap waktu cuti sekolah, kami akan sediakan jadual untuk anak-anak menghafaz al-Quran. Anak yang bersekolah rendah menghafaz juzuk 30, manakala anak bersekolah menengah mula menghafal dari juzuk 29 dan seterusnya. Anak berumur bawah 6 tahun perlu menghafal surah lazim.”
Kata Irwani lagi, apabila anak sudah mengenal antara baik dan buruk semasa mumayiz, mereka diajar untuk mengenal ALLAH. Ketika anak masuk sekolah rendah, baru ditekankan disiplin solat yang cukup dan mengaji al-Quran secara konsisten. Menjelang remaja atau di alam sekolah menengah, ibu bapa memfokuskan adab, tanggungjawab dan berdikari kepada anak.

“Saya mendapati apabila anak dapat diterapkan nilai agama iaitu solat, membaca dan menghafal al-Quran, jiwa anak mudah dibentuk atau menerima nasihat serta teguran. Ternyata al-Quran sebagai penawar dan nur pada jiwa anak-anak kami.”

Asyraf Wajdi menambah, “Anak-anak mudah dididik jika ada cahaya iaitu al-Quran kerana hati mereka diberi berakah dan rahmat daripada ALLAH SWT.”
Sumber: Fouziah Amir & Sinar Harian
Penuhi Impian Isteri, Lelaki Ni DIY Sendiri Kabinet Dapur. Cantik & Nampak Kemas. Kos Pun Jimat!

Nak ubah suai ruang dalam kediaman anda tapi bajet kurang, apa kata DIY sendiri. Mungkin ambil masa sedikit tapi berbaloi kalau lihat hasilnya.
Seperti mana yang dikongsikan oleh saudara Azman Man menerusi page Tukang Apa Hari Iniyang mencuba DIY kabinet dapur di kediamannya.
Mengambil idea dari rekaan kabinet yang pernah dilihat ketika bercuti bersama isteri sebelum ini, akhirnya hampir sebulan berjaya disiapkan.
Memang menarik, cantik dan nampak kemas. yang penting jimat kot!
DIY Kabinet dapur sendiri.. Masa nak buat 50/50 yakin ngn tak yakin jadi.. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti.. semua laci kat dalam.. nampak simple.. so tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka 😅.. beranikan diri buat sendiri.. g ikea tgk sample kabinet dan tiru sikit2.. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan.. buat sorang2 😆. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang2 kecik2 sy agak dalam 2k siap semua.. siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais..
* Saya guna base plywood 18mm, 2 keping RM180
* laci, kabinet atas dan kabinet peti ais sy guna chipboard( harga 95/pcs + siap potong RM25) guna 5pcs chipboard saiz 6×8 kaki).. ukur saiz yg kita nak & kilang potong, balik skrew je
* table top beli kat hardware 12×2 kaki ( RM280 )
* Semua pintu kabinet sy guna Arcylic 1mm
RM 60/pcs ( Guna 6 pcs / 4×6 kaki )
* Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 ( 10 meter )
Itu je kos yg besar yang lain2 harga murah2 je ( sy tak kira berapa 😅 )
Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua..
Klu ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat..
Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Jarang Anak Bujang Menempel Dengan Bapa.” Suka Habiskan Masa Bersama, Netizen Puji Bonding Johan & Anak-Anak!

Siapa yang tidak kenal dengan keluarga Johan dan Ozlynn. Setiap kali pasangan ini memuat naik momen bersama keluarga di media sosial, ada sahaja yang membuatkan netizen terhibur. Tak kurang juga yang memuji akan cara pasangan ini mendidik dan membesarkan anak-anak mereka.
Terbaru, Ozlynn memuat naik foto Johan bersama anak bujangnya, Ari yang memperlihatkan betapa akrabnya hubungan anak beranak ini.
Biarpun sudah besar panjang, tetapi Ariq tetap mesra dan tidak malu mempamerkan sikap mahu bermanja dengan Johan.
Anak suka menempel
Menurut Ozlynn, boleh dikatakan kesemua anak-anaknya, baik yang lelaki atau pun perempuan memang sangat akrab dengan ayah mereka
“Lepas sahur awal sementara nak subuh.. lepak..Suka tgk bonding ni.. jarang anak bujang nak melepek kat bapak.. kalau anak perempuan selalu.. tapi betul la.. anak2 aku sume suka menempel.. pelik betul.. kdg geram..
“Sebab bapak dorg ni seminggu sekali mesti hangkut anak2 tdo bilik aku.. bila aku ckp mane boleh mcm ni.. nnt jd kebiasaan.. dia akan pelok aku n trus ckp “ kena share la syg, tgk skrg ni pun mcm cptnya dorg dh besar.. nnt dorg dh kawin tinggal la kita berdua.. haaa masa tu u tgk i, i tgk u.. “ bila fikir balik betul jugak kan.
Anak adalah rezeki
Mengkui anak adalah rezeki untuk suami isteri, jujur mengakui dalam membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu berkorban.
“sape sangka usia semuda ni kami ada anak bujang dan ada 5 org anak dah.. bersyukur sesgt..proses membesarkan anak2 memerlukan pengorbanan besar ibubapa.. setiap manusia diberi ujian yg berbeza.. ada org xde anak walaupun lama dh kawin, skrg ni kita perlu lihat dari pelbagai aspek n kena positif..
“Anak adalah rezeki.. tp bukan senang nak membesarkan anak2.. nak mendidik dan membimbing itu juga satu cabaran.. kami juga pernah melalui fasa yg sukar.
Jadi sentiasa bersangka baik pada Allah.. yg penting usaha.. DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. apapun kita sbg ibubapa kena sentiasa doakn yg terbaik utk anak2 kita.. selain jalankan tanggungjwp membesarkan.
‘Please pantau anak2 kita.. ambil tahu dgn sape dia berkwn.. bergaul.. kpd mak ayah yg bg anak2 hp di bwh umur 18 tahun.. plss pantau.. makesure apa saja boleh detect kt fon korg.. zaman canggih ni sgt menakutkan.
“Kalau tgk instagram yg dm aku byk bdk bwh umur.. selagi terdaya aku cuba bantu dorg dr segi nasihat.. bg semangat.. rata2 yg dm sume bgtau kurang mendpt perhatian mak ayah.. aku tidak menyalahkan memane pihak.
Rajin berbual dengan anak
Berkongsi tip dalam mendidik anak-anak, menurut Ozlynn dia dan suami mengambil pendekatan rajin berbual dengan anak-anak.
“Tapi cukup apa yg aku boleh katakan aku nasihat mereka seperti anak aku sendiri.. akan aku pastikan dorg jadi anak yg baik soleh dan solehah.. dan aku harap korg.. yg ada anak2 plsss rajin la berbual.. amik tau ttg apa yg anak2 “RASA”.. bukan ikut “MASA” yg korg ada.. moga yg baik2 saja utk keluarga kita semua aamiin
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Sumber: jozlynnhanania