
Selain dimasak dalam beberapa jenis makanan, direbus dan diminum airnya, daun pandan yang berbau harum ini banyak kegunaannya buat tubuh kita. Paling penting ia baik untuk meredakan beberapa masalah dalaman.
Lima perkara ini antara yang boleh diredakan dengan daun pandan. Jom cuba!
Turunkan Darah Tinggi
Caranya:
1. Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air.
2. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja.
3. Setelah itu, dibiarkan sejuk dan minum airnya.
Matikan Kuman Dalam Darah
Caranya:
1. Rebus daun pandan seperti biasa.
2. Minum airnya ketika masih suam.
Amalan minum air daun pandan ini juga dikatakan juga dapat mematikan kuman dalam darah malah buat tubuh sihat.
Elak Nasi Cepat Basi
Caranya:
1. Basuh daun pandan bersih.
2. Ikat dan masukkan ke dalam nasi yang ditanak.
Daun pandan yang dimasak bersama nasi ketika dimasak dikatakan dapat mencegah nasi basi. Malah berbau harum.
Mengecutkan Rahim
Caranya:
1. Ambil akarnya dan bersih.
2. Kemudian rebus bersama air secukupnya.
3. Amalkan minum air ini setiap hari.
Baik untuk diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak. Lakukan amalan ini secara berterusan setiap hari selama 40 hari.
Menyembuhkan Payudara Bengkak
Caranya:
1. Ambil 2 hingga 3 helai daun pandan.
2. Tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur makan.
3. Selepas itu lumur pada bahagian payudara yang bengkak.
“Cari Penjaga Terbaik & Boleh Dipercayai.” Alami ‘Separation Anxiety’ , Nasihat Liza Hanim Buat Fazura Undang Perhatian!

Saat bergelar ibu itulah momen yang paling indah dalam hidup seorang wanita, segala kesakitan hilang bila mana melihat wajah si kecil di dalam dakapan. Semua yang sebelum ini menjadi keutamaan sudah berubah.
Kalau dulu sibuk dengan kerja, tetapi kini 24 jam mahu berulit dengan si kecil. Terasa malah untuk keluar bekerja meninggalkan si comel di rumah.
Itu antara situasi yang di alami oleh ibu-ibu yang lain yang baru menimang cahaya mata sulung apabila berasa berat hati untuk meninggalkan anak walaupun sekejap.
Bahkan, situasi tersebut dikongsikan oleh pelakon cantik manis Fazura baru-baru ini menerusi laman instagramnya.
Fazura berkata meskipun dia seorang wanita bekerjaya namun sejak bergelar ibu, berat untuk meninggalkan anaknya, Nur Fatima Aisya meskipun hanya untuk beberapa jam di rumah.
“Saya selalu ditanya sama ada saya berasa rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya. Orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.
“Tetapi sekarang saya sudah bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari. Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana,” demikianlah soal pelakon Nur Fazura di laman Instagram.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai, termasuklah penyanyi, Liza Hanim yang menitipkan nasihat buat Fazura.
“Tapi awak akan biasakan diri sebab kita bekerja untuk anak-anak juga. Gunakan waktu awak sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan boleh dipercayai.
“Beberapa bulan pertama, saya upah penjaga… jadi, baby saya boleh ikut saya ke lokasi sebab menyusu badan kan… tapi sekarang tempat paling selamat adalah rumah… harap ini dapat membantu awak,” komen Liza.
Fazura berterima kasih kepada Liza atas komen dan nasihat yang diberikan oleh penyanyi senior tersebut.


Selain Liza, selebriti lain serta warganer turut menitipkan nasihat serta berkongsi pengalaman mereka.

Ini Bukti Periuk Berkerak Boleh Dikilatkan Semula Dengan Cara Paling Mudah Tanpa Sental. Hasilnya Puas Hati!

Melihat kuali atau periuk yang hitam dan berkerak di bahagian bawahnya kadang kala mengundang rasa tidak selesa untuk digunakan. Apatah lagi bila digantung di rak, nampak sungguh menyakitkan mata. Terasa tidak sempurna pula perkakasan memasak yang kita gunakan.
Jadi usah ambil mudah bab membersihkan periuk dan kuali, sebenarnya ia masih boleh dikilatkan seperti baharu seperti mana yang dikongsikan ini. Malah menurut Amy Rosina, cara yang digunakan cukup mudah dan berkesan menaggalkan kerak. Bagaimana caranya itu, jom baca perkongsian daripadanya.
Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan. Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari… tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang…..
maii saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia
hangpa cuma perlu kapoq makan.. kapoq yang makan dengan sirih tu… berus dawai tu dgn pisau…
step angpa ikut kat bawah naa…
PERTAMA : Sapu rata kapur pada bahagian kerak periuk
KEDUA : Masukkan ke dalam kuali yang lebih besar dan rebus.
KETIGA :Kikis dengan pisau
KEEMPAT : Siap
Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi…nak mudah lagi lama rebus lagi mudahh tanggal…
Sumber :Amy Rosina
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sediakan Ketupat Sendiri Buat Kunjungan Rumah Mentua, Tak Susah Pun, Ni Saja Caranya!

Ketupat pulut antara menu wajib ketika pagi raya. Pun begitu bila mana sudah ketiadaan ibu, ketupat pulut tradisi ini tidak lagi dapat dinikmati seperti biasa. Jika ada pun, rasa dan keenakkan sekian lama seperti dijamah sebelum-sebelum ini sudah tidak lagi dirasakan.
Tidak mahu belajar daripada ibu atau nenek-nenek kita pada waktu dahulu adalah kegagalan terbesar kita hari ini. Sudahnya ketupat yang sepatutnya menjadi tradisi kita tak dapat kita jamah. Sedih memang sedih namun apakan daya.
Tak mahu kejadian seperti itu berlaku pada generasi muda kini ada baiknya kita belajar buat ketupat sendiri daripada ibu atau pun ibu mentua. Tak sama hasilnya seperti ibu kita tak menjadi soal, asalnya mahu mencuba.
Sebenarnya menghasilkan ketupat sendiri tidaklah sesusah mana. Ini caranya jika anda mahu belajar. Seperti yang dikongsikan oleh blog airtanganku.blogspot.com, wajib kita cuba.
KETUPAT PULUT DAUN PALAS
Bahan-bahan:
2 kg pulut (kami guna pulut susu)
2 1/2 kg santan (nak sedap guna santan original)
Garam secukup rasa
Daun palas secukupnya
Cara-cara:
1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
2. Masak santan dengan api yang perlahan sambil mengacau sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih seketika dan kecilkan api.
4. Masukkan pulut dan gaul sebati dengan santan.
5. Bila pulut dah separuh masak dan santan sudah kering, matikan api.
6. Masukkan ke dalam kelonsong apabila pulut telah sejuk atau suam-suam.
Cara Merebus:
1. Masukkan semua ketupat yang telah disiapkan ke dalam periuk.
2. Tuang air sama paras dengan ketupat.
3. Tutup periuk dan rebus ketupat sehingga air kering. Sesekali balik2 kan ketupat tersebut.
Didihkan santan.
Tos pulut yang telah dibasuh.
Masukkan santan beras pulut ke dalam santan yang telah mendidih.
Bila santan dah kering… pulut akan nampak berminyak.
Proses membalut pun bermula… isi pulut penuh-penuh ke dalam kelonsong dan tekan-tekan biar padat.
Ketupat ni selain sedap dimakan begitu saja sebab dah lemak masin, makan lah dengan rendang, serunding atau gulai yang akak nak cuba esok ni ialah makan dengan susu. Depa biasa makan gitu jugak naa… atau dengan gula.
Sesudah siap.. samada nak terus direbus, atau simpan saja di dalam freezer kalau nak makan kemudian.
Proses merebus.. air cuma setakat paras ketupat. Tutup periuk dan rebus sampai air kering.
Siap untuk di makan!
Kredit: airtanganku.blogspot.com