Jangan Tak Tahu, 4 Air Rebusan Ni Rahsia Nak Cantik & Mantap Untuk Wanita Yang Bersuami. Petua Mudah Guna Bahan Dapur jer!

Share

Cantik sebenar seorang isteri juga terletak pada kemantapan dan kesihatan dalaman wanita itu. Nak cantik kan? So, jangan culas, kena rajin barulah hasilnya memuaskan hati. Nak nak lagi yang sudah bersuami.

Tidak perlu memikirkan bab modal kerana bahan-bahannya sudah ada di dapur anda. Serai, lemon dan halia misalnya memang banyak khasiat. Bukan sahaja dalam masakan, bahkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri juga.

Justeru, usah abaikan penjagaan dalaman jika mahu benar-benar cantik di mata suami. Apa tunggu lagi, jom cuba petua yang mudah ini.  Tak susah pun!

1. Rebusan serai & halia

 

Bahan-Bahan: 3 batang serai, 4cm halia.

Cara-Cara:
Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus dengan 3 gelas air dan dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum ketika suam. Amalkan dalam seminggu 2 atau 3 kali.

Khasiat kesihatan: Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.

2. Rebusan sirih

 

Bahan-Bahan: 5 helai daun sirih.

Cara-Cara:
Rebuskan daun sirih dengan 3 gelas air sehingga menjadikan 1 gelas. Minum setelah suam.

Khasiat kesihatan: Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap seminggu sekali.

3. Rebusan sirih & daun inai

 

Bahan-Bahan: 5 helai daun sirih, Segenggam daun inai.

Cara-Cara:
Rebus daun inai dan daun sirih dengan 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

Khasiat kesihatan: Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan berbau. Elok diamalkan selepas bersih daripada haid.

4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit

 

Bahan-Bahan: 3 batang serai-diketuk, 3cm halia-diketuk, 2cm kunyit hidup-di ketuk, 1 helai daun pandan, sedikit kulit kayu manis dan bunga cengkih, sedikit Madu.

Cara-Cara:
Rebus semua bahan di dalam peruk. Minum airnya ketika suam.

Khasiat kesihatan: Mewangikan bahagian kewanitaan anda dan menyegarkan badan serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh. Sebaiknya minum air rebusan ini sekali sebulan dan sebaik-baiknya selepas darah haid berhenti.

Sumber: Petua ibu