Cantik sebenar seorang isteri juga terletak pada kemantapan dan kesihatan dalaman wanita itu. Nak cantik kan? So, jangan culas, kena rajin barulah hasilnya memuaskan hati. Nak nak lagi yang sudah bersuami.
Tidak perlu memikirkan bab modal kerana bahan-bahannya sudah ada di dapur anda. Serai, lemon dan halia misalnya memang banyak khasiat. Bukan sahaja dalam masakan, bahkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri juga.
Justeru, usah abaikan penjagaan dalaman jika mahu benar-benar cantik di mata suami. Apa tunggu lagi, jom cuba petua yang mudah ini. Tak susah pun!
1. Rebusan serai & halia
Bahan-Bahan: 3 batang serai, 4cm halia.
Cara-Cara:
Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus dengan 3 gelas air dan dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum ketika suam. Amalkan dalam seminggu 2 atau 3 kali.
Khasiat kesihatan: Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.
Ads
2. Rebusan sirih
Bahan-Bahan: 5 helai daun sirih.
Cara-Cara:
Rebuskan daun sirih dengan 3 gelas air sehingga menjadikan 1 gelas. Minum setelah suam.
Khasiat kesihatan: Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap seminggu sekali.
Ads
3. Rebusan sirih & daun inai
Bahan-Bahan: 5 helai daun sirih, Segenggam daun inai.
Cara-Cara:
Rebus daun inai dan daun sirih dengan 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
Ads
Khasiat kesihatan: Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan berbau. Elok diamalkan selepas bersih daripada haid.
4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit
Bahan-Bahan: 3 batang serai-diketuk, 3cm halia-diketuk, 2cm kunyit hidup-di ketuk, 1 helai daun pandan, sedikit kulit kayu manis dan bunga cengkih, sedikit Madu.
Cara-Cara:
Rebus semua bahan di dalam peruk. Minum airnya ketika suam.
Khasiat kesihatan: Mewangikan bahagian kewanitaan anda dan menyegarkan badan serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh. Sebaiknya minum air rebusan ini sekali sebulan dan sebaik-baiknya selepas darah haid berhenti.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puding adalah antara kudapan yang menjadi kegemaran ramai. Jika dimakan ketika sejuk rasanya lebih enak.
Selalunya untuk penyediaan puding akan menggunakan serbuk jelly atau agar-agar. Tapi kali ini, cuba resipi ini hanya menggunakan tiga bahan untuk membuat puding yang sedap.
Cara nak buat sangat mudah. Ikuti perkongsian resipi ini.
Bahan-bahannya:
10 keping biskut cream crackers (rasanya apa saja biskut pun boleh) 2 biji telur 3 sdb susu pekat (boleh rasa kalau kurang manis tambah lagi ye) *pewarna apa ikut suka (kalau tak ada boleh guna serbuk koko / Milo)
Cara penyediaan:
1. Rendam biskut Mula-mula ambil biskut cream crackers tadi dan rendamkan ke dalam air. Biar kejap dan tunggu sampai lembut. Bila dah lembut, toskan.
2. Campur semua bahan Lepas tu, campurkan semua bahan iaitu biskut, susu dan telur tadi ke dalam saty bekas.
3. Kisar Seterusnya kita kisar je semua bahan tadi tu guna blender. Kemudian dan boleh pindahkan masuk dalam acuan. Saya asingkan dalam 2 bekas untuk buat 2 warna.
4. Kukus Akhir sekali, kukuskan.Nak kukus macam mana? Macam biasa mula-mula panaskan pengukus.Kemudian sapu acuan dengan butter.Bila pengukus dah panas, bolehlah kukus selapis demi selapis.Setiap lapisan tu, kukus selama 5 minit. Cuma yang lapisan paling akhir atas sekali kukus selama 10 minit.*Boleh buat berapa lapis ikut suka. Kalau malas nak lapis banyak kali macam ni, buat 2-3 lapis pun dah ok.Bila dah siap, macam nilah hasilnya.
Air Fryer cukup memudahkan urusan ibu-ibu di dapur. Bukan itu je, ia juga menjimatkan masa selain dapat mengurangkan penggunaan minyak.
Tetapi selepas digunakan pasti kena cuci bersih-bersih kan.
Inilah masalah yang ibu-ibu hadapi apabila menggunakan Air Fryer di rumah. Terutama sekali selepas memanggang ikan atau ayam.
Bahan masakan yang melekat menyukarkan ibu-ibu nak mencuci.
Jom baca perkongsian dari puan Huda Zainal cara mencuci air fryyer dengan mudah.
Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer. Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal. Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni. Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental.
Bonda guna cuka dan span cuci pinggan je dekat kerak-kerak wiring rack tu. Cepat je tertanggalnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amalan berpantang secara tradisional sudah semakin jarang diamalkan kini kerana ramai wanita mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat berbanding cara lama.
Namun jangan dilupakan cara lama jika ia masih baik dan berkesan untuk tubuh badan kita kembali cergas dan sihat. Apa yang penting adalah mengambil makanan yang sihat dan segar.
Semasa berpantang, banyak amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh, lebih-lebih lagi bila semakin berusia kelak. Ikuti perkongsian Pn Dzuriasikim Dzulkefli yang boleh mama ikuti.
BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN Saya tulis huruf besar ni. Sebab ramai wanita moden tak suka berpantang. Ambil ringan. Serta mungkin juga kerana tidak seiring dengan banyak pendapat moden. Tapi saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke 5 ya.
MANDI AKAR KAYU Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang. Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan.
Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi. Mulakan hari begini. Lepas tu baru boleh sarapan dan buat lain-lain perkara.
MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU. Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital. Terlalu banyak khasiatnya yang Allah jadikan dalam akar kayu.
BERURUT. Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.
BERTANGAS Jangan lupa bertangas.
KURANG PENGAMBILAN AIR. Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.
BERTUNGKU Bertungku penting, jangan culas.
BERBENGKUNG. Mesti pakai. Jangan culas. Jangan ambil mudah. Jangan malas. Jangan ganti bengkung dengan girdle moden ketika dalam pantang.
JAGA MAKAN Usah makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik). Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.
BERSTOKIN Usah ambil remeh. Berstokin bukanlah untuk elak badan dari dimasuki angin. Tetapi agar badan kekal hangat (to keep you warm).
PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS. Jauhi aircond.
PANTANG BERSAMA SUAMI. (Kalau saya 100 hari, terserahlah).
ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT. Arwah ibu selalu pesan…“Perut tu dah keluar anak seorang…”. Dia sebenarnya cuba membayangkan bahawa badan perlukan waktu untuk sembuh setelah melahirkan dan supaya saya tidak pandang remeh tentang itu.
PANTANG KELUAR RUMAH Tahanlah sekejap, jangan keluar rumah.
IKAT RAMBUT TINGGI SELALU. Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.
Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Jangan culas kalau betul-betul nak jaga badan.
Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok.
Malah ada wanita moden yang berasa bangga apabila boleh memandu setelah dua minggu bersalin. Memang tak sakit. Belum lagi. Tunggu bila berusia, kata orang tua, jika tidak berpantang ni, bukan sahaja diri yang akan merasa nanti, malah pasangan (suami) pun boleh “rasa”.
Berpantang ini juga boleh menjaga dan mengekalkan seri wajah. Pernah dengar tak orang tua-tua sebut “Hilang seri dia lepas bersalin….”. Atau “jatuh muka” lepas bersalin. Begitulah.
Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun setelah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.
Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun sudah banyak penyakit yang datang.
Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap dan berurut. Jika tidak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh buat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Jika malas, urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) boleh hadir. Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah ‘vena’ yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung.
Untuk mencegah varicose vein atau untuk mengelak supaya ia tidak menjadi bertambah teruk, ini lah panduan untuk anda: * Senaman yang kerap untuk membantu pengaliran darah di kaki. Jika tak bersenam, boleh berurut. * Kurangkan berat badan melalui penjagaan pemakanan dan senaman. Lagi gemok badan kita, lebihlah lagi tekanan lemak badan dan berat badan kita ke atas vena kita dan ini melambatkan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung. * Elakkan berdiri lama-lama. Elakkan duduk bersila dan jangan duduk lama-lama sangat. Bangun dan berjalan. Walaupun anda pergi mengurut kaki dan badan, anda tidak boleh mengurut sepanjang masa. Satu-dua jam saja pengaliran darah sehari semasa mengurut, lepas tu duduk saja sepanjang masa itu masih tidak mencukupi. * Bila berjalan, elakkan memakai kasut tinggi. Ini menyebabkan perubahan kedudukan badan dan melebihkan tekanan ke atas vena di kaki. * Bila tidur malam, tinggi kan kaki sedikit di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan untuk membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung semasa kita tidur. Lagipun, tidur begini sangat rileks dan selesa.
Jadi wanita, jagalah kesihatan diri luar dan dalaman.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...