Seperti pepatah ‘bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan’, begitu jugalah dengan alam perkahwinan. Tiada perkahwinan yang dapat lari daripada cabaran dan dugaan yang datang dari pelbagai cabang. Malahan tidak dinafikan, ada juga ‘pengacau’ yang hanya menunggu masa untuk meruntuhkan sesebuah rumah tangga itu. Jadi anda rasa, wajarkah untuk mengadu konflik rumah tangga di media sosial?
Percaya tak kalau sesebuah perkahwinan itu boleh musnah hanya melalui hujung jari? Itulah ‘kuasa’ keyboard warrior yang mungkin ramai tidak sedari. Nak tahu kesannya? Jom tengok perkongsian dari Asyikin Md Isa ni.
Kesan mengadu di media sosial
Pendapat yang mengelirukan
Keburukan paling utama apabila berkongsi masalah di media sosial adalah ia membuka ruang yang luas untuk menerima pendapat dan pandangan yang salah. Lebih membahayakan apabila anda yang sedang dalam kekeliruan disogokkan dengan pendapat mengelirukan. Keadaan ini akhirnya boleh membuatkan anda dan pasangan lebih cenderung menggunakan emosi dalam pertimbangan hal berkaitan rumah tangga berbanding akal yang waras.
Sering kali pendapat diberikan di media sosial ini adalah daripada individu yang turut pernah melalui pengalaman sama. Jadi sedikit sebanyak boleh menyebabkan apa yang dikatakan individu itu lebih menjurus kepada emosi.
Sebaiknya jika perasaan, emosi dan fikiran anda sedang bercelaru, elakkan daripada berkongsi masalah secara terbuka. Ini adalah perkara yang perlu anda lakukan sekiranya anda masih mahu mencuba untuk memperbaiki keadaan dan hubungan dengan pasangan.
Ads
Menimbulkan salah faham
Di dalam kitaran media sosial anda, pastinya terdapat ahli keluarga anda sendiri, bukan? Jadi apabila anda mengadu masalah yang dihadapi, ia secara tidak langsung akan menimbulkan keaiban kepada pasangan dan menjadikannya topik perbualan individu di sekeliling anda.
Selain mendatangkan keaiban, perbuatan mengadu di media sosial ini juga boleh menyebabkan salah faham dan buruk sangka apabila ada yang menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Tidak mustahil untuk konflik rumah tangga yang dilalui menjadi lebih kronik kerana ‘cakap-cakap’ individu di sekitar anda.
Kemelut semakin kronik
Ads
Kita tidak boleh membaca fikiran individu lain. Mungkin ada antara rakan anda yang tampak sangat prihatin mengenai masalah yang anda hadapi. Tetapi pada dasarnya dia mempunyai niat lain. Jadi boleh anda bayangkan apa yang mungkin akan berlaku?
Tak boleh bayangkan? Beginilah, dalam keadaan anda sedang beremosi dan menerima tekanan daripada pelbagai pihak, kebiasaannya anda tidak akan boleh berfikir dengan waras. Jadi apabila dalam masa sama, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menghasut anda untuk membuat keputusan yang mungkin akan anda sesali, ia secara tidak langsung hanya menjadikan konflik rumah tangga anda lebih buruk. Elok-elok rumah tangga anda masih boleh diselamatkan, terus hancur berkecai, haaa…kan naya tu?
Tip mengendalikan konflik rumah tangga
Ads
Jadi bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang timbul?
Berkomunikasi secara berhadapan, tidak kira sama ada anda mempunyai masalah ataupun tidak. Ramai pasangan tidak menyedari, kurang berkomunikasi boleh menjadi punca utama konflik. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang lebih banyak menghadap gajet.
Elakkan bergantung kepada komunikasi atas talian semata-mata bagi mengelakkan kekusutan menjadi lebih serius. Adakalanya memilih untuk berkomunikasi atas talian lebih mengusutkan keadaan.
Jangan melarikan diri apabila berdepan dengan sebarang isu atau masalah. Hindari daripada menggunakan ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika masih memerlukan bantuan ‘orang tengah’, pilihlah individu yang anda percayai bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Saluran yang betul
Sebenarnya tidak salah untuk anda berkongsi atau meluahkan apa yang anda alami. Perbuatan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan dan mengurangkan tekanan yang anda lalui saban hari.
Tetapi sebaik-baiknya, berkongsi atau luahkanlah kepada individu yang anda percayai seperti rakan baik atau ahli keluarga. Atau jika anda malu dengan rakan atau keluarga anda, pilihlah untuk berkongsi dengan pakar kaunseling yang bertauliah. ‘At least’ mereka boleh memberikan pandangan dan nasihat yang lebih berkualiti dalam membantu anda mengharungi masalah rumah tangga anda.
Malahan dalam Islam sendiri menganjurkan setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri atau sebagainya hanya boleh diluahkan kepada individu yang layak untuk membantu menyelesaikannya seperti kaunselor, ustaz atau ustazah, peguam mahupun kawan rapat serta hakim ketika berada di dalam kamar mahkamah.
Hentikanlah berkongsi dekat media sosial ye? Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terpaksa buka kasut dikhalayak ramai? Argh sudah…ini memang masalah besar. Mana taknya, bau kasut yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini buat kita rasa rendah diri.
Rasa susah hati bila alami perkara sebegini. Takut mengganggu dan rasa kurang selesa orang lain. Kaki berpeluh antara punca masalah kaki berbau. Namun ada juga sesetengah jenis kasut yang kurang sesuai dengan kulit kaki dan bertindak balas dengan kaki kita. Bakteria yang hidup akan mengeluarkan asid dan menjadi punca bau busuk pada kasut.
Bila kasut dan kaki dah berbau, apa yang harus kita buat? Petua-petua merawat kaki secara semulajadi ini pasti boleh membantu anda.
1. Rendam Air Garam
Isikan satu baldi besar dengan air suam kemudian masukkan 2 sudu makan garam. Rendam kaki selama 20 minit. Lakukan setiap hari selama dua minggu. Garam akan mengurangkan kelembapan pada kaki dan secara tak langsung mengurangkan bakteria pada lapisan kulit.
2. Rendam Cuka
Campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam bekas. Rendam kaki selama 30 minit sekali sehari dalam jangka masa seminggu. Apabila kaki kering, bakteria sukar untuk hidup.
3. Air Rebusan Teh
Masukkan dua uncang teh hitam dan satu jag air ke dalam periuk. Rebus selama 15 minit. Masukkan dua jag air sejuk dan gaul kemudian tuang dalam baldi. Rendam kaki anda selama 30 minit dan lakukan sekali sehari dalam seminggu. Asid dalam teh mengecilkan liang roma dan seterusnya mengurangkan perpeluhan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Selain itu, anda juga boleh meletakkan uncang teh pada kasut yang berbau untuk menyerap semua bauan yang tidak menyenangkan!
4. Sembur Dalam Kasut
Sembur bahagian dalam kasut dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal seperti atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ini. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria. Lakukan yang sama pada stokin bersih kemudian letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.
5. Tabur Tepung Jagung
Jika tiada semburan disinfectant, boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum yang tidak terlalu wangi. Ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini, pelakon, Rita Rudaini mendedahkan bahawa anak sulungnya, Airit Rayyan sedang dalam proses menghafaz kitab suci, Al-Quran.
Terbaru, Rita dilihat memuat naik sebuah video di mana dia sedang menunggu kedua-dua anak lelakinya di masjid tatkala mereka sedang menunaikan solat Jumaat.
“Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak-anak. Mommy tuggu kamu dalam kereta. Tugas mommy untuk anak-anak lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri. Doakan mommy sihat selalu.” tulisnya di ruangan komen.
Menurut Rita, video tersebut sengaja dirakam untuk dijadikan kenangan buat anak-anaknya nanti. Sebagai ibu tunggal, Rita berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membawa anak-anak menunaikan solat Jumaat di masjid. Ujar Rita lagi, dia mohon kepada Allah agar diberi kesihatan yang baik supaya dapat membesarkan anak-anak.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat pengorbanan Rita dalam mendidik anak-anak. Bagi mereka, bukan senang untuk seorang ibu tunggal membesarkan dua orang anak lelaki tanpa kehadiran suami di sisi.
Sumber: Rita Rudaini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan hingga mati.
Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
“Sekitar jam 11.30 pagi doktor hospital itu menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan awal, doktor itu mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” katanya tadi.
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya Ahad lalu, selepas kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.
Sejurus menerima laporan, polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang juga suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman diberikan.
“Hasil maklumat risikan, polis menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari. Suaminya turut ditahan pada hari sama,” katanya.
Hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.
“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya.
Katanya, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.
“Teman lelaki suspek yang juga seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.
“Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar,” katanya.
Beliau berkata, suspek dan teman lelakinya direman tujuh hari bermula 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.