Jangan Seronok Sangat Usik Anak Kecil Guna Trend Video ‘Mengilai’, Netizen Setuju Teguran Pemuda Ini!

Share

Apa sahaja trend yang dimuat naik di laman sosial terutamanya Tiktok, pasti akan jadi viral dan diikuti ramai. Misalnya baru-baru ini telah tular satu trend mainkan video mengilai menjadi pilihan orang ramai untuk menakutkan orang lain.

Jika anda perasan, bukan hanya menakutkan sesama orang dewasa, malah ada juga segelintir ibu bapa menakutkan anak-anak dengan trend ini untuk melihat reaksi mereka. Tapi, sedar tak ibu bapa sekalian bahawa perkara itu sebenarnya mampu memberikan kesan terhadap mereka?

Tampil beri teguran di laman Tiktok miliknya sendiri, seorang pegawai perubatan yang memegang akaun the.dressar menggesa agar orang ramai berhenti membuat trend tersebut. Hal itu kerana perkara tersebut dapat mengganggu perkembangan psikologi anak-anak yang sepatutnya dibentuk dengan baik sejak kecil. Lebih buruk lagi, ia juga mampu tinggalkan perasaan trauma dalam fikiran mereka.

Malah tambahnya, walaupun mungkin ada yang pandang trend ini hanya satu gurauan, tetapi perasaan takut itu sebenarnya mampu kekal sehingga kanak-kanak tersbeut meningkat dewasa sekaligus mengganggu keyakinan diri mereka. Bagaimanapun, si pemilik akaun turut berharap agar ibu bapa mengambil peduli akan isu ini dan jadikan ia sebagai satu pengajaran.

@the.dressarPerkembangan psikologi mental kanak-kanak jangan buat main. Boleh tinggalkan trauma pada mental dan diri mereka. Tolong ambil peduli.♬ ghost’s crying – V.A.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan orang ramai bersetuju dengan pendapat pemuda ini. Malah, ada juga yang meminta untuk orang ramai hentikan trend ini agar anak-anak mampu membesar dengan baik.

 

Sumber : @the.dressar

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini