Apa sahaja trend yang dimuat naik di laman sosial terutamanya Tiktok, pasti akan jadi viral dan diikuti ramai. Misalnya baru-baru ini telah tular satu trend mainkan video mengilai menjadi pilihan orang ramai untuk menakutkan orang lain.
Jika anda perasan, bukan hanya menakutkan sesama orang dewasa, malah ada juga segelintir ibu bapa menakutkan anak-anak dengan trend ini untuk melihat reaksi mereka. Tapi, sedar tak ibu bapa sekalian bahawa perkara itu sebenarnya mampu memberikan kesan terhadap mereka?
Tampil beri teguran di laman Tiktok miliknya sendiri, seorang pegawai perubatan yang memegang akaun the.dressar menggesa agar orang ramai berhenti membuat trend tersebut. Hal itu kerana perkara tersebut dapat mengganggu perkembangan psikologi anak-anak yang sepatutnya dibentuk dengan baik sejak kecil. Lebih buruk lagi, ia juga mampu tinggalkan perasaan trauma dalam fikiran mereka.
Malah tambahnya, walaupun mungkin ada yang pandang trend ini hanya satu gurauan, tetapi perasaan takut itu sebenarnya mampu kekal sehingga kanak-kanak tersbeut meningkat dewasa sekaligus mengganggu keyakinan diri mereka. Bagaimanapun, si pemilik akaun turut berharap agar ibu bapa mengambil peduli akan isu ini dan jadikan ia sebagai satu pengajaran.
@the.dressarPerkembangan psikologi mental kanak-kanak jangan buat main. Boleh tinggalkan trauma pada mental dan diri mereka. Tolong ambil peduli.♬ ghost’s crying – V.A.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan orang ramai bersetuju dengan pendapat pemuda ini. Malah, ada juga yang meminta untuk orang ramai hentikan trend ini agar anak-anak mampu membesar dengan baik.
Sumber : @the.dressar
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
“Dulu Hari-Hari Abah Call…” Rindu Tiada Penghujung, Luahan Lelaki Ini Undang Sebak
“Dulu Hari-Hari Abah Call…” Rindu Tiada Penghujungnya, Luahan Lelaki Ini Undang Sebak
Jika kasih sayang ibu hingga ke syurga, kasih sayang ayah pula setiap masa.Bagi yang masih mempunyai ibu ayah harus sentiasa menghargai sementara mereka masih ada di dunia.
Apabila di jemput Ilahi, tiada lagi peluk, nasihat dan kata-kata prihatin yang sering menjadi diucapkan kepada kita.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebak dengan luahan hati seorang anak kehilangan ayah tersayang. Menerusi perkongsian, Johari Abdul Wahab yang kehilangan ayahnya menitipkan kata-kata nasihat supaya menghargai orang tua .
Katanya rasa rindu akan kata-kata nasihat ayahnya masih masih terngiang di telinganya.
Sesungguhnya ia rindu yang tiada penghujungnya. Tiada lagi tubuh untuk didakap dan dipeluk. Hanya pusara untuk melepaskan rindu.
KENANGAN BERSAMA ARWAH
Masa Abah aku masih ada hari-hari abah aku akan call aku..sehari 2 @3 kali..Abah aku akan tanya aku ..hang ada mana..dok buat apa…anak2 ok ka.. tenghari call tanya lagi soalan yg sama..malam call tanya lagi soalan yg sama.
Kadang-kadang aku rasa pelik..awat dok call kerap² sngt dan tanya soalan yg sama.. la ni bila abah aku dah tak dak baru aku tau pasaipa dia kerap call aku.. hang tau dak pasaipa.. pasai dia rindu kat aku..dia dah tua..dia tak gheti nak luahkan kerinduan dia kat aku..dengan dengaq sora aku terubat kerinduan dia pada aku..cuma masa tu aku tak faham.
La ni bila aku dah faham..dia dah tak dak utk call aku lagi…nanti bila hampa dah tak dak mak pak..hampa akan rasa kesepian..kehilangan dan kesunyian. Macam yang aku rasa lani.
PESANAN BUAT WARGAMAYA
Lani bila hang balik kampung. Mak pak hang dok call pesan bawa kereta elok-elok. Jangan dok keloloh sngt nila bawa kereta. Hang tak rasa bernilai. Bila hang sampai kampung mak pak hang dok tunggu sbb nak sambut hang dgn anak bini hang balik.
Hang tak rasa bernilai.. hang boleh salam..cium peluk mak pak hang..hang tak akan rasa bernilai. Nanti bila depa dah tak dak dan masa tu hang nak kampung. Bila dah tak dak orang nak call pesan kat hang bawa kereta elok-elok.
Bila hang sampai kampung tak dak dah mak pak hang nak sambut hang dgn anak bini hang..dah tak dak tangan hang nak salam dan cium. Tak dak dah badan hang nak peluk..masa tu hang akan rasa sunyi sayu dan kehilangan. Macam aku rasa hari ni, aku tulis ni pun ayaq mata dok meghambu keluaq…betul-betul aku kehilangan.
Sumber: Johari Abdul Wahab
.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Allahuakbar! Perunding Psikologi Dedah Suami Paksa Isteri Lakukan Hubungan Intim Dengan Lelaki Lain
Allahuakbar! Tak sangka. Pelik tapi benar. Dayus seorang suami apabila paksa isteri lakukan hubungan intim dengan lelaki lain!
Begitulah yang terjadi dalam institusi kekeluargaan ini. Masalah yang semakin runcing dalam masyarakat kita apabila maksiat dan haram itu perkara biasa.
Begitulah yang diceritakan kepada seorang Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie Suzana Ghazali yang mendedahkan mengenai kisah keluarga yang menyentuh hati apabila sanggup mengadaikan maruah isteri tanpa menghiraukan haram halal.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat kita supaya ambil peduli dalam hal ini supaya ia tidak menjadi ‘barah’ dalam keluarga dan masyarakat.
Apa yang pasti, jangan berdiam diri, sebaliknya jika berlaku kepada diri, rakan-rakan atau ahli keluarga lain segera bertindak supaya ia tidak berlarutan hingga menjejaskan keindahan sebuah keluarga sakinah.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Rupanya Ini Rahsia Bila Mandi Bersama Suami. Salah Satunya Saling Jirus-Menjirus Serta Gosok-Menggosok. Sunnah Rasulullah Yang Kita Kena Ketahui
Melayari bahtera perkahwinan sebagai pasangan suami isteri bukan satu fasa yang mudah. Malah sebuah keluarga bahagia adalah impian semua pasangan suami isteri. Justeru, suami dan isteri perlu menguasai sebanyak mungkin cara untuk mengukuhkan hubungan yang intim agar rumahtangga makin bahagia.
Sebagaimana perkongsian oleh Ustaz Ahmad Nasir yang menyatakan salah satu cara untuk mengerakan hubungan suami isteri adalah mandi bersama-sama.
Nabi Saw Mandi Bersama-Sama Isteri
Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya.
Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.
Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri.
Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam – manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan;
Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata :
Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)”
(Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim:
Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub”
(Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata.
Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah
(Sahih Muslim : 498).
Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.
Cara bergurau senda
Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok.
Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau.
Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW
(Sunan An-Nasai : 239).
Makin intim
Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan.
Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim.
Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya.
Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa
(Mushad Ahmad : 25355).
Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.
Jadikan sebagai petunjuk dan pengajaran
Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran.
Jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya?
Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.
Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam.
Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami.
Suami jadikan ia amalan
Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama.
Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga.
Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.
Isteri jangan menolak ajakan suami
Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama.
Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama.
Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini.
Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.
Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.
Mudah-mudahan sahabat-sahabat semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga.
Moga kita semua dirahmati Allah SWT.