Adat resam dalam perhubungan mesti ada perselisihan faham, gaduh-gauh manja gitu. Kan? Begitulah yang dikongsikan oleh pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say yang menyifatkan ini satu perkara yang normal dan sekiranya perkara tersebut tidak berlaku, mungkin ada yang tidak kena dengan perkahwinan tersebut.
Berkongsi dalam perkongsian di Instagram miliknya, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mendedahkan momen lucu sewaktu dia dan isteri bertelagah gara-gara bercerita tentang bekas kekasih baru-baru ini.
” Mungkin ada yg ingat perhubungan sy & wife perfect, indah belaka takde perselisihan, bahagia sokmo kentut tak bau well let me tell u, perkelahian dalam perkahwinan itu satu KEWAJIPAN.
” In fact ni baru je lepas kelahi sebab sy terjumpa instagram ex sy & sy tercerita kat bini yg “owh ex i dah ada 2 anak sorang boy sorang girl, cukup dah korum” pastu bini mintak tengok ig ex sy pastu die cakap not bad ex u & sy reply “mestilahhh, kalau tak cun bukan namanya ex i” pastu paaap terus muka bini berubah, suara dia menggarau.” tulisnya.
Katanya lagi, setiap pasangan mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan setiap berbalahan yang berlaku di dalam rumah tangga.
Ads
” Sy ingat dia chill bila sembang bab2 ex sebab sy chill ja bukak topik ex2 dia but i was wrong. Dan sy hanyalah typical suami yg kalau berkelahi, para suami akan resort to menyepi berdiam diri sebab orang cakap dont fight fire with fire maka bila bini tengah pokpek pompam on fire, sy choose water yakni tak bersuara langsung tapi it made things worst.
” Tapi mujur bini sy jenis persistent, dia tau sy jenis tak cakap mulut maka dia whatsapp sy buat segala luahan hati & sy xtau pasaipa reply whatsapp lagi senang dari cakap depan2 maka sy reply whatsapp dia mintak maaf bagai & here we are enjoying our “we time” together.” tambahnya.
Dalam pada itu, Dr. Saya turut menasihatkan para pasangan yang ingin berumah tangga untuk melangkapkan diri dengan ilmu atau memperbanyak bertanya kepada mereka yang lebih arif.
Ads
” Ada yg takut nak kawin takut dapat pasangan yg tak sepadan. Well marriage is like starting a new career/ a new business yg mana theres gonna be uncertainties, akan ada ups & downs cuma what u can do is to equip yourself with knowledge & tanya orang yg lebih arif/ senior in that particular field/ business.
” Sama macam marriage kalau boleh kenal isi hati budi pekerti bf/ gf & reaksi bf/ gf kita masa dia marah & tanya mak ayah kita pasal pasangan kita & from there kita decide yg adakah he/ she “THE ONE” for us. Alhamdullilah as for now & sy harap till Jannah my wife is my perfect fit. Tobat tak sembang pasal exs dah pasni ahaha,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur membaca kisah tersebut selain turut mendoakan agar perkahwinan Dr. Say dan isteri akan berkekalan hingga akhir hayat.
Sekadar informasi, selepas hampir lapan tahun mendirikan rurnah tangga, Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefrel.
Sebut nama Shah Rukh Khan (SRK), segenap lapisan umur mengenali pelakon bollywood pujaan ramai ni! Baru-baru ini, SRK mendedahkan dia pernah berasa ragu dan tidak percayakan isterinya, Gauri Khan.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, tetapi dia kurang yakin, adakah wanita itu mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Menerusi laporan Hindustan Times, SRK mengetahui bahawa Gauri bukanlah seorang wanita yang sukakan kanak-kanak ketika awal perkenalan mereka.
“Gauri tidak sukakan kanak-kanak. Jadi bagaimana dia akan melayan anak-anak kami nanti? Sebab itu saya pernah berasa ragu sama ada dia mampu menjadi seorang ibu yang baik atau tidak.” katanya.
Walau bagaimanapun, sangkaan pelakon itu salah apabila isterinya menunjukkan peranan yang baik sebagai ibu apabila menyayangi dan menjaga kesemua anak-anak mereka dengan baik.
“Saya sangat terkejut apabila Gauri sebenarnya seorang ibu yang luar biasa. Dia adalah contoh ibu yang baik untuk anak-anak saya.” tambahnya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Hari ini rakyat Malaysia digemparkan kisah yang menyedihkan apabila tular kejadian seorang murid lelaki darjah enam merogol kanak-kanak berusia empat tahun. Di katakan perlakuan itu berlaku ekoran kesan murid darjah enam itu melihat paparan video lucah dalam telefom bimbit ahli keluarganya.
Kejadian itu telah memberi impak kepada setiap ibu bapa sehingga melahirkan kerisauan kepada anak-anak.
Perkongsian lelaki ini sungguh inspirasi apabila membincangkan sejauhmana tindakan yang perlu ibu bapa lakukan. Info yang sungguh bermanfaat untuk memantau anak-anak apabila menggunakan telefon bimbit.
Murid Darjah 6 Rogol Budak 4 Tahun.
Ibu-bapa wajib belajar teknik pemantauan ini.
Menakutkan, mengejutkan dan menyedihkan. Itu 3 perkataan yang boleh kita gambarkan apabila terjadinya perkara yang menyakitkan ini.
Mencari siapa perlu dipersalahkan dan apa yang perlu dipersalahkan adalah perkara biasa dilakukan orang.
Apa kata kita kalih sedikit pandangan dan buka mata seluas-luasnya bagaimana kita boleh elakkan perkara ini dari terjadi lagi.
Dua aspek utama dalam penyelesaian sesuatu masalah adalah benda di luar kawalan dan di dalam kawalan. Di dalam kejadian ini, ramai yang menyalahkan gadjet, video, internet dan ada yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menyekat sepenuhnya laman web pornografi dan aplikasi yang menjurus ke arah yang tidak baik.
Kebanyakan dari apa yang saya nyatakan di atas tidak boleh dikawal. Gadjet dan telefon pintar telah menjadi keperluan berbanding kehendak pada beberapa tahun yang lepas. Video yang dimuat turun dari internet atau dikongsi dari kawan juga kita tidak boleh kawal sepenuhnya dan capaian ke laman web pornografi sampai bila-bila pun kita tidak dapat sekat 100%.
Apa sebenarnya kanak-kanak yang tak dipantau ini tengok di telefon pintar mereka?
1. Gambar dan video lucah 2. Video wanita dan kanak-kanak berjoget di Tik Tok 3. Live video wanita seksi di Bigo Live 4. Berbual tanpa batasan dengan sesiapa pun tidak kira jantina.
Ini semua menjurus kepada keinginan untuk mencuba dan keseronokan yang mereka tidak cukup faham mengenai keburukannya.
Jadi, apakah kita tiada kawalan langsung? Pastinya ada tetapi memerlukan ibu-bapa sedikit celik dengan perkembangan teknologi telefon pintar dan aplikasi yang berkaitan.
Pertama sekali, kawalan dan pemantauan penggunaan telefon pintar anak. Set masa setiap hari untuk memeriksa telefon anak. Apa yang perlu kita periksa? Kita mulakan dengan aplikasi yang tidak baik dan menjurus ke arah pergaulan tidak baik dan seks.
1. Bigo Live 2. Tik Tok 3. Snapchat 4. Tinder 5. Tagged 6. Kik.
Kesemua aplikasi ini pada mulanya dicipta untuk tujuan yang baik tetapi akhirnya digunakan untuk bersosial secara melampau dan tiada batasan. Aplikasi live, aplikasi chatting ini kebanyakannya tidak dipantau oleh pembuat aplikasi yang seronok mengaut keuntungan dari iklan dan lain-lain jualan di aplikasi tersebut.
Jika ada yang menggunakan aplikasi itu dengan cara yang baik, itu hak anda, tetapi aplikasi itu tetap tidak sesuai untuk kanak-kanak yang tidak boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Ada dua lagi kategori aplikasi yang perlukan lebih penerangan.
1. Wajib pantau semua aplikasi LIVE yang seakan Bigo Live. Ada aplikasi seperti itu yang tiada dalam playstore atau appstore dan kebarangkalian di masukkan dari perkongsian telefon kawan dan laman web. Cari aplikasi yang ada perkataan LIVE dan buka aplikasi itu dan periksa sendiri bagaimana ia berfungsi.
2. Aplikasi vault (peti besi). Aplikasi ini ada bermacam jenis dan nama. Fungsi utamanya adalah untuk menyorok fail dari pandangan orang lain yang menggunakan telefon itu. Contohnya folder rahsia yang di dalamnya mempunyai gambar-gambar dan video yang pemilik telefon mahu rahsiakan dari orang lain. Cari aplikasi yang mempunyai nama VAULT, SAFE, SECURE, FOLDER, SECRET, HIDE, HIDDEN, ARCHIVE, PERSONAL, PARELLEL DAN PRIVATE.
Ada juga kemudahan menyorok fail ini terbina dalam terus di dalam telefon dan tidak perlu download atau instal aplikasi untuk menggunakannya. Cari dan lihat apa yang disorokkan anak menggunakan aplikasi ini.
Samsung Secure Folder. Huawei Private Space. Xiaomi Second Space. Vivo Private Space.
Akhirnya, ada satu lagi cara licik yang memerlukan anda faham bagaimana ianya berfungsi. Ia tidak memerlukan apa-apa aplikasi pun. Tetapi semua gambar dan video boleh disorok di dalam folder itu.
Buka sahaja apa-apa file manager (contohnya MY FILES untuk samsung). Cari pilihan settings untuk “Show Hidden Files”.
Konsep hidden files di android mudah sahaja. Semua files dan folders yang ada NOKTAH atau TITIK di hadapan nama fail secara automatiknya dianggap sebagai “hidden file atau folder”. Mereka yang licik akan hide semua gambar dan video di dalam hidden folder ini. Mereka hanya perlu cipta satu folder baru dengan apa juga nama beserta titik di hadapan nama folder itu. Hasilnya, semua fail tak kira gambar atau video di dalam folder yang disorok itu tidak akan kelihatan di gallery.
Pilih untuk show hidden files dan carilah folder yang ada titik di hadapan. Bukan semua folder sebegitu dibuat secara sengaja untuk menyorok file, ada yang dicipta oleh aplikasi di telefon sendiri untuk kegunaan lain.
Sudah sampai masanya kita perlu lebih berilmu untuk tidak ketinggalan dan dipermainkan anak-anak kita. Umur 12 tahun ini walaupun otak mereka sangat cergas dan mudah mempelajari semua benda, tetapi konsep membandingkan apa yang baik dan buruk itu masih lemah.
Tanggungjawab itu masih di tangan ibu-bapa dan jalankanlah ia dengan baik. Jika anda tidak tahu berkenaan hal yang saya sebutkan di atas, ketahuilah yang kebarangkalian anak anda terjebak dengan aktiviti sosial yang tidak baik ini adalah tinggi dan tanpa pengetahuan anda.
Hasilnya, datang keinginan untuk mencuba dan meniru serta melakukan apa yang mereka lihat. Itu yang terjadi dengan kes budak darjah 6 merogol anak kecil berumur 4 tahun baru-baru ini.
Pantaulah anak anda, kenali kawan-kawan mereka dan ajar serta didik mereka mengenai apa yang baik dan tidak baik. Terangkan kenapa, mereka perlukan sebab. Jika tiada sebab, memang susah untuk mereka faham kenapa tidak boleh melakukan itu dan ini.
Akhir sekali, didik anak kita mengenai apa yang orang lain TIDAK BOLEH LAKUKAN terhadap dirinya. Contohnya seperti menyentuh dan memegang tempat sulit. Ajar juga mereka untuk meronta atau menjerit serta mengadu mengenai perbuatan itu.
Semoga anak-anak kita dilindungi sentiasa dan dijauhkan dari kejadian-kejadian yang buruk.
Kongsikan maklumat dan info penting ini supaya ibu-bapa lebih berilmu dan peka mengenai aktiviti anak di telefon bimbit mereka.
Semoga panduan ini menjadi rujukan ibu bapa bagi memantau penggunaan smartphone anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Luluh hati apabila melihat keperitan hidup anak-anak dan rakyat negara yang bergolak. Perasaan itulah yang kini dilalui oleh penyanyi terkenal dan ratu rock Tanah Air Ella Aminuddin telah berangkat ke Syria dan Palestin untuk tujuan misi kemanusiaan.
Beliau ke sana ditemani oleh suaminya beserta para sukarelawan dari Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB).
Baru-baru ini Ella telah muat naik gambar di keadaannya semasa disana. Biarpun misi bantuan kemanusiaan tersebut telah berlangsung selama empat hari iaitu pada 26 hingga 30 April lalu.
Ikuti beberapa gambar yang dikongsinya yang mempunyai cerita seribu kisah keperitan hidup masyarakat negara Islam itu yang sedang bergolak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.