“Jangan Sedih… Ramai Hargai Pakcik.” Warga Emas Dihina Influencer Luah Isi Hati, Cukup Ringkas Tapi Buat Ramai Sebak!

Share

Viral satu video seorang influencer yang dikatakan telah bertindak biadap ketika dia bertanya mengenai kehidupan masa lampau seorang lelaki warga emas.

Di dalam video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Carl Samsudin dikatakan bertanyakan soalan. Bagi yang menjawab soalan yang dilontarkan, influencer tersebut telah menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa yang berani ke depan.

Warga emas tersebut dikatakan tampil ke depan dan disebabkan keberaniannya, influencer berkenaan telah memberikan RM50. Namun di dalam video tersebut kelihatan seolah-olah dimarahi .Tindakan influencer yang juga usahawan tersebut  menerima kecaman warga maya.

Terbaru, satu video pendek dimuat naik oleh Ahmad Fedtri Yahya di akaun Instagram miliknya yang memaparkan sesi temubual bersama warag emas berkenaan.

Pakcik jangan sedih… Ramai hargai pakcik.” Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh Fedtri.

Di dalam perkongsian tersebut, warga emas itu hanya mampu mengucapkan terima kasih dan dia menyerahkan perkara itu kepada Tuhan.

Terima kasih banyak saya tak boleh balas, saya hanya serah kepada Tuhan.

Memang itu jawab dia betul. Bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri ubah.

Video berdurasi 16 saat itu meraih perhatian warga maya. rata-rata melahirkan rasa sebak dan sedih apabila melihat video berkenaan.

Sumber: fedtriyahya


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/

, baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster