Kisah kematian anak di rumah pengasuh yang makin kerap menghiasi media sosial dan dada akhbar semakin menghantui hidup kita. Makin hari terasa makin takut.
Antara tanggungjawab, amanah dan kesedaran yang membelenggu. Bagi meredakan kegelisahan, kesedihan dan rasa kehilangan, Ustaz Sharhan Shafie kongsikan empat hikmah disebalik kehilangan anak.
Anak Tersebut Terus Masuk Ke Dalam Syurga Tanpa Hisab
Hikmah pertama yang akan diperoleh di balik keguguran dan kematian anak dalam Islam adalah anak tersebut akan langsung masuk ke syurga tanpa harus dihisab terlebih dahulu. Pasti orang tua akan senang mendengarkan hal ini, mereka akan bahagia kerana anak yang dikandungnya akan langsung masuk ke dalam syurga.
Memang musibah tersebut membuat hati terluka dan sedih yang luar biasa. Namun, orang tua akan bertemu dengan anaknya di akhirat kelak jika mereka juga masuk syurga.
“Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Ads
Anak-Anak Tersebut Akan Menghantarkan Orang tuanya Untuk Masuk Pula Ke Dalam Syurga
Anak-anak yang meninggal sebelum dilahirkan atau meninggal sebelum baligh dapat menghantarkan orang tuannya ke dalam surga. Tentu saja hal ini menjadi penyejuk meskipun hati tengah berduka. Kerana kelak akan berjumpa dan bersama-sama dengan buah hati yang dicintai di dalam syurga.
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak:
“Masuklah kalian ke dalam syurga!”
Ads
Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.”
Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah
berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!”
Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman:
“Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”. (Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)
Ads
Diriwayatkan dari Anas ra: ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga berkat kasih sayang-Nya kepada anak-anaknya tersebut, ”(HR Bukhori muslim).
Allah Tidak Pernah Membebani Sesuatu Di Luar Kadar Kemampuan Hamba-Nya
Hikmah seterusnya di balik kehilangan buah hati adalah, Allah tidak pernah membebani sesuatu di luar kadar kesanggupan hamba-Nya. Pastinya perkataan tersebut sudah sangat biasa di telinga. Jadi mengapa sedih? Meski Allah memberikan cubaan yang berat, namun ingatlah Allah adalah zat yang Maha Adil dengan memberikan hikmah di balik setiap kejadian.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf.’”
Allah Akan Memberi Ganti Yang Lebih Baik Lagi, Jika Orang tuanya Bersabar
Di balik cubaan kehilangan buah hati yang disayangi, ternyata Allah memberikan hikmah di baliknya. Allah akan memberi ganti yang lebih baik lagi jika orang tuanya tersebut bersabar. Teruslah berdoa kepada Allah SWT agar setiap doa yang terucap dapat dikabulkan. Kerana Allah selalu bersama orang-orang yang sabar.
Kredit: Ustaz Sharhan Shafie
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat pokok-pokok bunga yang bergantungan di kediaman orang lain, terasa begitu cantik sekali. Malah tidak dinafikan mood kediaman tersebut juga punya aura selesa dan mendamaikan.
Oleh itu, teringin juga dipraktiskan dikediaman sendiri. Jadi apa kata untuk permulaan ini, kita buat sendiri tali penggantung pasu dengan teknik simpulan menggunakan tali. Memang mudah dan hasilnya memang wow.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Saya share disini cara ringkas untuk buat macrame pokok. Cantik sangat bila digantung untuk jenis tanaman yang daunnya berjuntai.
Modal RM2 saja untuk beli tali.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Tali, gunting, sepasu pokok yang berjuntai.
Step 1
Ukur tali 76 inci ( boleh lebih kalau nak lagi panjang). Ukur Dan gunting sampai menjadi 4 tali.
Step 2
Cukup 4 tali, dilipat dua seperti gambar A. Pastikan tali dihujung sama panjang. Kemudian pintal dan ikat seperti pada gambar B.
Step 3
Bahagikan dua-dua dan ikat simpul. Ini layer pertama.
Step 4
Untuk layer ke dua, silang-silangkan tali tadi dan bahagia dua lagi kemudian diikat/dipintal lagi. Ikat setiap X berwarna ungu dulu kemudian X berwarna merah.
Step 5
Ikat tali hujung, kemas dan pastikan ketat.
Siap
Ternyata tidak susah untuk hasilkannya dan bolehlah dibuat sendiri. Semoga makin berseri-seri kediaman anda sekeluarga dengan adanya pokok yang cantik bergantung.
Sumber : Suhaili Baharudin via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Intan Ladyana teruja nak bawa bayi sulungnya pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang dan Perlis menyambut hari raya. Tetapi dalam masa yang sama, pelakon filem Adnan Sempit ini yang baru pertama kali bergelar ibu ini turut berasa bimbang untuk melalui perjalanan jauh bersama si manjanya.
“Biasa short distance sahaja pergi ke hospital untuk check-up tapi bila perjalanan berjam-jam balik kampung mungkin agak mencabar. Tu yang agak risau jugak,” demikian luah Intan dalam temubual facebook live bersama Pa&Ma Mummy Millennial semalam.
Bayi pertama pasangan Intan dan Hari yang diberi nama Evie Khadeeja baru mencecah usia dua bulan dan menurut Intan dia masih belum berani membawa bayi sulungnya berjalan ke mana-mana kecuali ke hospital sahaja.
Intan yang sangat prihatin tentang keselamatan anaknya mengakui antara perkara awal yang dilakukan ketika hamil adalah mencari kerusi keselamatan bayi atau car seat khas untuk anaknya duduk sepanjang dalam kereta.
Cabaran Bayi Duduk Dalam Car Seat
“Masa mula-mula nak cari car seat, Intan google info tentang kepentingan carseat kepada bayi. Kemudian pergi recce di pelbagai kedai yang jual car seat. Alhamdulillah jumpa sales person bagus yang share info tentang car seat. Lepas tu baru decide car seat mana nak beli.”
Sebagai ibu pertama kali, Intan mengakui dia tidak berapa mahir lagi untuk meletakkan bayinya dalam car seat tetapi bersyukur kerana ada ibu mentuanya sangat membantu.
“Alhamdulillah ada mak mentua yang tolong. Kita masih lagi kekok dan risau baby terasa sakit bila letak. Most of the time memang mak mentua yang letakkan baby dalam car seat. Dia sendiri sangat galakkan baby duduk dalam car seat sepanjang naik kereta,” katanya lagi.
Sama seperti ibu bapa lain, Intan juga melalui cabaran bayinya menangis ketika dia sedang memandu kereta. Justeru Intan menyarankan ibu bapa yang menghadapi masalah sama dengannya ikut tips dikongsi oleh Pakar Keselamatan Penumpang Kanak-Kanak, May Hong ini.
Ibu ayah boleh buat langkah ini untuk mententeramkan bayi yang adakala menangis sukar dipujuk apabila duduk di dalam car seat:
Tepuk-tepuk lembut bayi bagi menenangkannya.
Swaddle atau bedung bayi lepas selepas masukkan dia ke dalam car seat supaya bayi rasa tenang seolah-olah dalam pelukan ibu.
Berbual atau menyanyi pada bayi kerana dia suka mendengar suara ibu yang sudah biasa didengari sejak dalam kandungan.
Selain dari itu untuk melalui perjalanan jauh pulang ke kampung, ibu kena pastikan bayi sudah kenyang menyusu, sudah sendawakan bayi, tukar lampinnya supaya selesa dan paling penting untuk bayi yang masih kecil, pastikan berhenti kereta dan keluarkan bayi dari dalam car seat setiap dua jam.
Intan menyarankan semua supaya menggunakan car seat yang bersesuaian untuk anak masing-masing suapya selesa dan selamat perjalanan pulang ke kampung menyambut hari raya nanti.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.