Tular di media sosial kini mengenai CABARAN #10YearChallenge  menyaksikan pelbagai perkongsian  baik orang biasa mahupun selebriti. Ia merupakan kegilaan terbaru masyarakat pada hari ini.

Cabaran ini memperlihatkan individu mengimbas kembali kehidupan dengan memuat naik foto sekitar 10 tahun lalu, pelbagai cerita dapat dilihat.

Begitupun, mereka diminta berhati-hati apabila memuat naik foto supaya tidak memuat naik gambar yang tidak menutup aurat ketika melakukan #10yearschallenge tersebut.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad dalam kenyataannya berkata tindakan memuat naik foto lama yang menampakkan aurat tidak patut dilakukan kerana mengundang aib sendiri.

“Jangan Sebab Teknologi Canggih, Boleh Timbul Aib & Dosa. “ Bahaya #10yearchallenge Ni. Nak Buat Boleh, Tapi Baca pesanan Ini.

Katanya, biarpun aktiviti itu sekadar ‘suka-suka’, namun pemilik akaun media sosial perlu memikirkan bahawa ia boleh mengundang dosa jika aurat dilihat orang lain.

“Jangan Sebab Teknologi Canggih, Boleh Timbul Aib & Dosa. “ Bahaya #10yearchallenge Ni. Nak Buat Boleh, Tapi Baca pesanan Ini.
Gambar sekadar hiasan

“Mungkin pada 2009 seseorang individu itu tidak bertudung dan kembali menutup aurat pada 2019. Jika foto lama disebarkan semula di Facebook, ia dikhuatiri menjejaskan taubat,” katanya.

Menurut Mohd Yusof, beliau tampil memberikan teguran untuk kebaikan semua pihak.

Ads

“Bagi saya, yang sudah-sudah itu biarkan ia berlalu. Walaupun foto itu gambar lama, lebih elok disimpan untuk diri sendiri daripada dikongsi di laman sosial.

“Bukan apa, mungkin orang lain tidak tahu keadaan kita sebelum ini dan mereka akhirnya tahu selepas foto itu dimuat naik di Facebook. Lebih baik kita berdiam diri dan sentiasa memperbaiki diri,” katanya.

Mohd Yusof pada masa sama menyarankan pemilik akaun Facebook menggunakan teknologi maklumat untuk perkara yang berfaedah.

“Jangan disebabkan kecanggihan teknologi hari ini, kita lupa perkara yang mengaibkan serta perbuatan dosa. Bagi saya ‘permainan’ itu tidak salah tetapi lebih elok jika gambar yang tidak mencacatkan,” katanya.

“Jangan Sebab Teknologi Canggih, Boleh Timbul Aib & Dosa. “ Bahaya #10yearchallenge Ni. Nak Buat Boleh, Tapi Baca pesanan Ini.

Ads

Selain Mufti, terdapat juga individu lain yang memberi pandangan yang sama. Antaranya PU Amin. Beliau yang turut melakukan cabaran tersebut memberitahu tidak salah berbuat demikian, namun berpada-pada.

“Tak salah nak throwback, tapi yang baik-baik sahaja diceritakan. 

“Kisah silam yang tak baik haram diceritakan. Kerana Allah telah menutup keaiban diri kita, jangan kita sesekali membongkarnya,” tulisnya di Instagram

PU Amin turut berkongsi foto throwback dirinya sendiri sekitar 10 tahun lalu ketika sedang menuntut di Mesir.

Ads

“10 tahun lepas. 10 tahun lepas mana reti nak ambil gambar elok-elok. Tak ada potret, yang ada telefon kawan. 

“10 tahun lepas semasa tahun 1 di Al-Azhar Mesir. Berat dulu 55kg, berat sekarang 58kg,” tambahnya.

Selebriti lain yang turut berbuat demikian adalah Abby Abadi. menerusi instagramnya, Abby turut memuat naik gambar dan bercerita mengenai pengalamannya 10 tahun lepas.

View this post on Instagram

Nakkk jugekkk #10yearschallenge ? #AbbyAbadi #YebbyYabadi #Yehaaa ? . Gambar 1st masa awal2 jadi ibu tunggul, hihi.. Antara 2009/2010 kot.. tak insap juga lagi masa ni. Tapi gmbr tu bertudung sbb pergi ke program agama utk stesen tv (bila ada program/majlis agama je baru pakai, kalau tak ke lautttt ?) . Gambar kedua semalam lah (15/1/2019) hehe.. Masih hokeykan? cuma lelemak je berlebihan. InshaALLAH akan diperbaiki hihi ? . Ramai yg bangga bila nampak sama macam dulu. Ehh takde beza, ehhh awet muda.. rambut cantik mergerbang indah katanya.. walhal dlm tak sedar, masih leka dan terus terleka dgn dunia ? . Bersyukur sangat2 Sy ni sbnrnya.. ALLAH tak matikan Sy dalam keadaan Sy lupa yg Sy ni hamba DIA. Dan Alhamdullillah, ALLAH izinkan.. 10 tahun dulu dgn skrg, Sy bukan lagi org yg sama. Dgn mcm2 ujian yg menimpa, dgn emosi yg tak menentu, dgn anak3 yg masih kecil masa tu, ALLAH selalu ada & selalu beri peringatan utk Sy kembali pada DIA walhal masa tu Sy sesat barat & selalu lupa DIA ? . Awal2 bercerai tak sedar lagi. Dah kena sekali lagi, baru mcm terasa bila nak abis bodoh aku ni. Buat baikpun org dajeii kan juga huhu.. Dan akhirnya 2012, ALLAH hadiahkan sesuatu pada Sy. Dan inilah Sy hari ni. Nampak mcm dah sedar diri sikit kan? Hihi… dulu dosa pahala, semua ambil mudah. Solat kelaut dalam, Aurat ke laut china selatan. Bila nak taubat? Tua nanti taubatlah kata Sy. Yakinnya Abby Abadi waktu tu. Comfirm ke sempat tua tu? Huhu… Itulah antara sebab utama kenapa bila ALLAH bagi hidayah petunjuk pd Sy, Sy usaha jaga sebaiknya & Sy usaha juga utk keluarga & Sahabat handai Sy ? . Takutlah dgn azab ALLAH Sahabat. ALLAH suruh solat, solat. ALLAH suruh jaga aurat. Jaga. Jgn bagi alasan yg tah apa2. Takut nnti takde rezeki? Rezeki tu pun DIA yg punya. Jadi yakin dan percayalah yg sesungguhnya rezeki halal dan berkat itu lebih baik utk kita & keluarga ? . Ps: Byk lagi Sy nk cerita utk pedoman bersama tp sbb dah lama sangat byk yg lupa, file2 lamapun banyak dah delete dan ada yg dah bakor.. kita bakorr kita bakorr? nanti ada masa, ada rezeki kita sambung ye. Yg Sy minta skrg kita sama2 berubah jadi lebih baik dari hari2 sebelumnya. Wallahuallam. Lebiuu Lilahi Taala ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Sumber: Harian Metro & instagram

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI