Ibu bapa mana yang tidak bimbang setelah tularnya di facebook dan grup WhatApps bilamana anak-anak kecil berpakaian sekolah sedang menikmati gula-gula yang mengeluarkan asap apabila dimasukkan ke dalam mulut.
Menurut apa yang dilaporkan di Sinar Harian, video yang viral memeperlihatkan lagak kanak-kanak menikmati gula-gula yang dikenali sebagai ‘Smoke Candy’ atau ‘Smoke Ghost’ dipercayai dijual kepada kanak-kanak di luar sekolah dengan harga 50 sen sepaket.
Atas sebab kebimbangan ini, turut mendapat reaksi tegas daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mana mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ dihentikan segera.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada masa yang sama meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing.
“Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular dalam kalangan kanak-kanak dari kecil lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ‘Ghost Smoke’ selepas majlis Siri Wacana Sri Satria di sini hari ini.
Selain itu, Pusat Racun Negara juga memberi reaksi dan turut memberi pesanan buat kita bersama untuk tangani gejala ini dari terus berleluasa.
Ads
Ini perkongsiannya:
Baru-baru ini tular tentang satu gula-gula dengan jenama GHOST SMOKE yang boleh mengeluar asap/wap seperti vape. Gula-gula tersebut pula dihisap oleh kanak-kanak sekolah rendah yang menggayakan seperti sedang menghisap vape.
Sememangnya wajar untuk para ibu bapa dan semua ahli masyarakat untuk bimbang dengan kewujudan produk-produk seumpama ini. Walaupun kandungannya belum dapat diketahui sama ada mengandungi bahan yang membahayakan atau tidak. Namun, masalah yang lebih besar lagi disini adalah cara produk ini diambil adalah sama seperti amalan menghisap vape.
Sekiranya dibiarkan, sudah pasti kanak-kanak ini akan terbiasa dengan tingkah laku yang cenderung untuk menghisap vape. Malahan lebih teruk lagi, jika mereka akhirnya terjebak dalam gejala merokok pula.
Ads
Sudahlah perokok dewasa telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak di sekeliling mereka dengan merokok di khalayak ramai. Ditambah dengan kemudahan mendapatkan produk-produk seperti ini akan menyebabkan lebih ramai bakal perokok atau penghisap vape yang akan wujud pada masa akan datang.
Produk-produk seumpama ini akan sentiasa muncul dalam pasaran dari semasa ke semasa. Justeru, pesanan kami dari Pusat Racun Negara:
? Kepada para ibubapa, sentiasa pantau tingkah laku dan pembelian anak-anak anda. Beri kesedaran dan pemahaman kepada mereka mengapa produk ini perlu dielakkan.
Ads
? Kepada peniaga-peniaga diluar sana, janganlah dikejar keuntungan yang sedikit sehingga sanggup menjual produk yang tidak bermanfaat dan boleh memudaratkan pengguna.
? Kepada pihak sekolah dan PIBG sekolah, mungkin boleh diadakan pemantauan di kedai-kedai berdekatan sekolah.
? Kepada pihak berkuasa yang berkaitan, sudah pasti perlu ambil tindakan susulan untuk aduan dan kewujudan produk seumpama ini.
Sekiranya tiada permintaan sudah pasti tiada pasaran. Kuasa terbesar untuk menghentikan wujudnya produk-produk seumpama ini adalah ditangan pengguna itu sendiri.
Siapa yang mahu anak mereka menjadi perokok atau penagih vape? Hatta perokok sendiri tidak mahu generasi mereka seterusnya menjadi penagih rokok atau vape. Bertindaklah dari sekarang.
sumber : Sinar Harian & Pusat Racun Negara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mangga epal ini tidak dinafikan menjadi antara pilihan mangga yang begitu enak dimakan ketika masih muda.
Rasanya yang tidak terlalu masam dan rangup bila digigit memang boleh buat kecur air liur jadinya. Bahkan lagi menyelerakan jika dimakan begitu sahaja bersama kicap, cili padi dan gula.
Namun andai pokok mangga epal berbuah lebat, tidak mampu pula hendak dimakan sekali gus buah yang ada. Jika dibiarkan begitu sahaja, sayang pula buahnya akan masak dan jatuh ke tanah.
Jadi apa kata anda buatkan jeruk mangga epal yang rangup rasanya tanpa menggunakan bahan pengawet seperti yang dikongsikan oleh Rosnah Harun.
Jeruk mangga epal yang rangup krup2..
20 biji mangga epal kait kat pokok je saya tanam sendiri
1 senduk garam
1.5kg gula
2 sudu air kapur
1 sudu cuka
1. Rendam mangga dengan garam 1 malam letak dalam peti ais dan toskan air.
2. Rendam pula dengan air kapur dalam 6 jam dan toskan.
3. Masak air gula dan sejukkan.
4. Rendam mangga dengan air gula dan cuka letak dalam peti ais semalaman.
5. Esoknya dah boleh makan
Sumber : Rosnah Harun via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wawa Zainal dimasukkan ke hospital berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal daripada tarikh sepatutnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Aeril Zafrel menerusi laman Instagramnya.
“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang di beri. Doakan semuanya selamat,” tulisnya menerusi perkongsian terkini di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril turut memuatnaik gambar sterinya yang terbaring sambil berselimut
Menjengah ke ruangan komen, Rata-rata menitipkan dia semoga dipermudahkan urusan Wawa untuk melahirkan bayinya.
Wawa Dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia lebih setahun.
Arsalan Dah Ada Adik- Jihan Muse Selamat Bersalin Cahaya Mata Kedua!
Tahniah diucapkan kepada Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz atas persalinan cahaya mata mereka yang kedua!
Artis, Jihan Muse, berkongsi perkembangan kandungannya ketika itu di Instagram bersama gambar-gambar kandid keluarganya yang sangat comel. Terutamanya, adik Arsalan yang teruja untuk menjadi seorang abang.
“Kejap macam nak keluar kejap macam taknak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda. Doakan ya” ditulis oleh artis itu sendiri.
Rakan artis Jihan Muse, Syaheera Rahman, isteri kepada pelawak Fad Bocey, turut mengucapkan tahniah kepada pasangan yang bahagia itu melalui InstaStory yang di “repost” oleh Jihan sendiri.
“Tahniah kak @jihanmuse. Finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang” ucap isteri kepada pelawak itu.
Pihak Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasangan popular ini atas sebab memilih hospital tersebut sebagai tempat kelahiran anak mereka.
Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz atas anak kedua mereka. Semoga ianya membesar dengan sihat dan selamat. Harap juga berita gembira ini dapat memberi inspirasi kepada yang bakal berkeluarga di luar sana juga!
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.