Sudah tentu kita pernah dengan kata-kata ini, ‘Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Namun, diharap kita bukan dari golongan itu. Kita perlu menghargai dan membalas jasa ibu bapa kerana mendidik dan membesarkan kita dari kecil hingga ke dewasa.
Jangan sikap kita itu mengakibatkan doa ibu terhenti buat kita. Sebagaimana perkongsian ini. Moga jadi iktibar bersama.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Ads
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
IBU KORBAN SEGALA
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Ads
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik.
Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ini kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Ads
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Orang Melayu kaum paling ramai lahirkan bayi. Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus iaitu 100,732 kelahiran pada suku kedua tahun ini berbanding 112,197 kelahiran pada tempoh sama tahun lalu.
Orang Melayu Kaum Paling Ramai Lahirkan Bayi
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,759 kelahiran berbanding 48,973 kelahiran.
Beliau berkata nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
“Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 47 bayi bagi setiap jam dan 1,119 bayi sehari pada suku kedua 2024,” katanya.
Mohd Uzir berkata, Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 324 kelahiran.
BELIAU BERKATA, ETNIK MELAYU MENYUMBANG 67.4 PERATUS ATAU 67,859 KELAHIRAN HIDUP DARIPADA JUMLAH KESELURUHAN PADA SUKU KEDUA 2024 BERBANDING 67.1 PERATUS DALAM TEMPOH SAMA TAHUN LALU.
Kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India pula masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus bagi suku kedua 2023,
Sementara itu, Bumiputera lain mencatatkan peningkatan kelahiran hidup kepada 12.9 peratus berbanding 12.5 peratus untuk tempoh sama.
Mohd Uzir berkata, sebanyak 48,460 kematian telah direkodkan pada suku kedua 2024, iaitu penurunan 5.4 peratus berbanding 51,234 kematian bagi tempoh sama 2023.
KATANYA SELANGOR MEREKODKAN BILANGAN KEMATIAN TERTINGGI IAITU 7,459 KEMATIAN MANAKALA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA MENCATATKAN BILANGAN KEMATIAN TERENDAH DENGAN 65 KEMATIAN.
Secara purata, Mohd Uzir berkata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 538 kematian sehari pada suku kedua 2024.
Beliau berkata, penduduk Malaysia pada suku kedua tahun ini meningkat 1.9 peratus iaitu 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada suku kedua 2023.
“Jumlah penduduk terdiri daripada 30.7 juta warganegara dan 3.4 juta bukan warganegara,” katanya.
Mohd Uzir berkata komposisi penduduk bekerja berumur 15-64 tahun dan penduduk tua berumur 65 tahun ke atas masing-masing meningkat kepada 23.9 juta dan 2.6 juta, berbanding 23.3 juta dan 2.5 juta pada suku kedua tahun lalu.
Peristiwa kehilangan anak bagaikan mimpi ngeri bagi ibu bapa. Kalau boleh, kita tidak mahu perkara sebegini jadi pada diri kita walaupun sekali, belum tentu kita jumpa atau tidak saja pilihannya kerana berlakunya macam-macam kes yang terjadi melibatkan kanak-kanak yang kita tidak ingini terjadi pada anak kita.
Dalam satu perkongsian seorang pengguna tiktok, Sharifah.Azhar berkongsi pengalamannya yang terjumpa kanak-kanak yang kehilangan ibunya di satu mall. Asalnya, tujuannya ke mall tersebut mahu pergi ke farmasi untuk membeli penutup muka, namun nak dijadikan takdir, perkara lain yang terjadi. Dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis.
Itu pun, beliau rasa sangat bersyukur kerana dia pergi bersama adik lelakinya yang turut membantu kanak-kanak tersebut. Pada awalnya kanak-kanak itu terlihat wanita dan adiknya itu menuju kepadanya, kanak-kanak itu larikan diri sambil menangis. Apabila dipujuk dan ingin menghulurkan bantuan, kanak-kanak itu akur.
Mereka sehinggakan buntu untuk mencari ibunya dan menenangkan adik ini dengan membelikan air yang dia nak.
Pencarian ibunya masih diteruskan, sehinggakan Sharifah menggigil, berdebar ketakutan dalam memikirkan bermacam kemungkinan yang berlaku.
Seusai keluar dari pasaraya membeli air, satu keajaiban berlaku dimana ibu dan keluarga kanak-kanak turut berada di situ.
Tanpa berfikir panjang, ibunya terus berlari kearah anak dan memeluk erat anaknya.
Bergelinanng air mata bagi yang melihatnya. peras an berdebar apabila kehilangan anak ni macam nak tercabut jantung!
Mulia hati dua beradik ini berusaha mencari semula ibu kanak-kanak yang hilang ni. Kalau jumpa dengan orang yang salah, belum tentu dia pulangkan semula anak itu.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada dua beradik ini. kalau tak, apalah nasib anaknya.
Berharap peristiwa ini menjadi satu pengajaran dan perkara seperti ini tidak berlaku kepada kita.
Kepada ibu-ibu di luar sana. Bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku,diminta ibu bapa sentiasa perhatikan anak anda sentiasa berada bersama anda. Kalau anak berjalan, pastikan kita berada di belakang mereka. Jangan sesekali cuai dengan gadjet atau benda lain.
Ibu bapa mana yang boleh duduk senang dan sanggup melihat anak mereka sakit kan. Kalau boleh ditukar tempat pasti sudah lama berbuat demikian. Apa lagi jika itu adalah pengalaman pertama bergelar ayah.
Demikian bagi pelakon yang tengah hot dengan drama Jangan Benci Cintaku, Saharul Ridzwan, 29.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, suami kepada Deena Emir ini memohon peminat agar mendoakan kesihatan anaknya, Luth Ali, 10 bulan yang sedang sakit akibat tonsil bernanah.
“Doakan Ali sihat. Doktor check ada tonsil bernanah, sebab tu 3 hari ni tak nak makan. Allah. Saya tahu macam mana sakit bila ada tonsil, sebab saya pun ada tonsil.
“Sembuhkanlah anakku Ya Allah. Bukan nak cari publisiti sebab, tapi merayu minta doa dari semua, semoga Allah mendengar setiap doa2 dari semua untuk Ali. Terima kasih semua.
“Pada awal, saya dan isteri menganggap ia demam dan batuk biasa tetapi selepas bertemu doktor, Ali disahkan mengidap tonsil dan sudah bernanah
Sebelum itu, Ali juga mengalami demam panas dan batuk sehingga menyebabkan tidur serta selera makannya terganggu.
“Get well soon sayang. Kalau boleh ditukarkan batuk dan tak sihat Ali pada Baba, Baba sanggup. Tapi Baba tahu Ali kuat, sebab satu hari nanti Ali yang akan jaga mummy dan semua family kita.
“Tak sanggup kadang2 bila kita sebagai ibu bapa tengok anak sendiri sakit atau demam walaupun sikit2 je. Esok kejutkan Baba subuh k?
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.