Tak dinafikan kenaikan berat badan ketika hamil amat diperlukan. Pun begitu bukanlah dengan kadar melampau atau mendadak sehingga mengundang obesiti.
Kajian mendapati bahawa wanita yang reproduktif terdiri daripada 32% golongan wanita obesiti dan 56% wanita mengalami kegemukan melampau (overweight).
Menurut Dr Mashita Mohamed Kassim, Pakar Sakit Puan (Consultant Obstetric & Gynaecologist (O&G) daripada Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi, berat badan yang berlebihan semasa kehamilan dikenalpasti sebagai faktor risiko pelbagai penyakit yang serius semasa dan selepas kehamilan dalam menjalani kursus kehidupan ibu.
Ads
Organogenesis berlaku pada awal trimester pertama sebelum ramai wanita mengetahui kehamilannya. Oleh itu, wanita yang mungkin hamil atau yang cuba hamil perlu mengoptimumkan status pemakanan dan metabolik sebelum hamil.
BMI sepatutnya dikira pada perjumpaan pertama antenatal. Jika BMI anda adalah 30kg/m2 atau lebih, kakitangan kesihatan akan memberikan maklumat mengenai risiko yang bakal anda hadapi ketika proses kehamilan dan cara-cara untuk meminimakan risiko-risiko tersebut, dan penjagaan tambahan yang anda perlukan. Berat badan yang berlebihan dengan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi membuatkan anda lebih berkemungkinan mengalami beberapa komplikasi.
Ads
Berat Normal Ibu Mengandung Yang Ideal
Secara umumnya, boleh ikuti jadual di bawah ini tentang berat normal ibu mengandung sebagai panduan:
Berat sebelum mengandung Berat tambahan yang disyorkan ketika mengandung
Berat yang kurang (BMI di bawah 18.5) 13 – 18kg
Berat normal (BMI 18.5-24.9) 11 – 16kg
Berat yang berlebihan (BMI 25-29.9) 7 – 11kg
Obes (BMI atas 30) 5 – 9kg
Ads
Berat badan ibu hamil mengikut trimester.
1. Trimester pertama
Semasa trimester pertama, kebanyakan ibu hamil tidak perlu untuk naikkan berat yang tinggi. Memandangkan ramai ibu hamil mengalami mabuk hamil pada ketika ini, jadi kenaikan berat badan tidaklah perlu dipersoalkan. Bagi tempoh ini, wanita hamil tidak lalu makan, jadi tidak perlu memaksa diri sendiri untuk tambahkan berat badan. Anda hanya perlu menambah di sekitar 2kg semasa trimester pertama ini.
2. Trimester kedua dan ketiga
Apa yang penting ialah penambahan berat badan yang berterusan dan konsisten pada trimester kedua dan ketiga. Setiap bulan anda perlu menambah lebih kurang 1.5kg sehinggalah sampai waktu untuk melahirkan anak.
Risiko kehamilan Risiko Kepada Ibu
• Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
• Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
• Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
• Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
• Kelahiran secara induksi.
• Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
• Komplikasi bius.
• Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
• Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
Risiko Kepada Bayi
• Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
• Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
• Kelahiran secara pramatang.
• Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
• Kematian neonatal.
• Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terlihat bahan masakan seperti halia atau kentang yang rosak sedikit, biasanya kita merasakan kalau hendak dibuang terasa sayang. Lalu kita tetap gunakan untuk penyediaan makanan dengan harapan tidak mahu membazir.
Namun sedar atau tidak, tindakan itu sebenarnya mengundang padah pada tahap kesihatan kita sekeluarga.
Nak tahu kenapa? Ini faktanya ingin dikongsikan oleh Dr Suri Roowi untuk kebaikan bersama. Jom semak.
SUMBER-SUMBER YANG SEBABKAN TOKSIK KEPADA HATI
1. Halia Busuk
Halia yang sudah busuk ada bahan safrole yang boleh rosakkan hati, seterusnya mungkin boleh sebabkan kanser hati jika diambil berterusan.
2. Kentang Busuk
Kentang busuk ada bahan mycotoksin yang boleh sebabkan toksik kepada hati.
3. Ubi dan Pucuk Ubi
Ubi dan pucuk ubi yang tidak diperoses dengan betul juga boleh sebabkan kerosakan hati disebabkan bahan cyanogenic glucoside. Sila rujuk buku ‘Ubat’ dari Dapur (UDD) untuk dapatkan teknik kurangkan bahan cyanide
4. Pesticide
Juga boleh sebabkan kerosakkan hati. Sila rujuk buku UDD untuk kurangkan toksik dalam sayur-sayuran.
5. Kacang Tanah, Beras dan Jagung Berkulat
Kacang tanah berkulat juga ada aflatoksin yang boleh sebabkan kerosakkan pada hati.
Ambil sumber pemakanan yang baik dan segar untuk kesihatan yang berterusan.
Rujukan:
1. Critical Rev. in Food Sc and Nutrition 2012, 52(10) 876-898
2. Toxicology Pathology 2013, 42: 374-386
2. ‘Ubat’ Dari Dapur
Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya.
Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.
Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.
Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.
Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).
Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.
Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyakit darah tinggi boleh dikatakan adalah masalah umum yang mana sesiapa pun tidak terkecuali boleh diserang penyakit ini. Ianya bukan lagi dikatakan sebagai penyakit orang tua, hatta di usia muda sekali pun andai tidak menjalani gaya hidup sihat boleh menghidapinya.
Apa yang pasti, komplikasi penyakit darah tinggi boleh berlaku dalam jangka masa yang cepat ataupun lambat. Ia bergantung bagaimana tekanan darah dapat dikawal oleh pesakit. Sekiranya pesakit darah tinggi mempunyai masalah kesihatan lain seperti kencing manis atau sakit jantung, keadaan ini akan mempercepatkan lagi komplikasi.
Jika anda sudah mempunyai kompilasi penyakit darah tinggi anda akan mengalami tanda-tanda seperti berikut :
Sekiranya ada mengalami tanda-tanda dan gejala seperti di atas, anda perlu segera berjumpa doktor di klinik- klinik swasta, klinik-klinik kerajaan yang berdekatan ataupun Jabatan Kecemasan di hospital berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan rapi.
Pun begitu tidak dinafikan dalam usaha mencari penawar penyakit darah tinggi ini, orang Melayu umumnya mempunyai banyak petua dan mengamalkan pelbagai jenis ubatan tradisional sebagai satu usaha untuk kembali sihat. Ini sebagaimana perkongsian pengalaman oleh Puan Nur Hidayah yang juga merupakan pesakit darah tinggi. Jom ketahui apa yang diamalkannya dan mana tahu petua ini juga serasi dengan anda.
“Saya nak shere petua untuk darah tinggi. Dulu darah tinggi saya 190 dan sekarang 120. Allhamdulilah saya amalkan minum jus epal timun.”
Jus Epal Timun
Bahan-bahan :
1 biji epal hijau
1 batang timun
Cara penyediaan :
Epal dan timun dipotong.
Masukkan ke dalam pengisar makanan.
Kisar sehingga halus dan tapis.
Minum jusnya dan amalkan 3x setiap hari.
Sumber : myhealth.gov.my dan Nur Hidayah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.