Atas kekangan masa, ramai yang memilih untuk membeli pakaian secara online sahaja. Selain menjimatkan masa, ada pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan hanya melayari website. Masa juga dapat di jimatkan untuk pergi bertandang ke butik.
Tak dinafikan sekarang ramai memilih untuk membeli baju secara online. Tak perlu lagi bersesak-sesak, design menarik warna pun pelbagai.
Namun, ada satu masalah apabila membeli baju secara online ini iaitu baju yang dibeli tidak kena saiznya. Ukur badan pun dah tapi tak juga muat dengan saiznya.
Mungkin cara kita ukur tu tak tepat jadi untuk tahu cara yang betul, seorang wanita bernama Ida Ismail telah berkongsikan cara yang betul untuk kita ukur badan dari seseorang bagi mendapatkan saiz baju boleh ngam dengan badan kita.
CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN!
Seeloknya diambil ngam-ngam, jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran semasa membuat pola.
1. Bahu
Diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. Dada
Ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada.
3. Pinggang baju
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.
4. Pinggang kain
Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai ‘low waist’ ukur dibahagian tersebut.
5. Punggung
Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut. Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang paling tinggi. Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut.
6. Labuh lengan
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.
7. Leher
Ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan.
8. Labuh baju
Sebaik-baiknya ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.
9. Labuh kain
Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki (tidak memakai kasut). Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.
10. Labuh jubah
Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.
Semoga selepas ini tiada lagi masalah saiz baju belian online tak muat dengan badan. Ukur baju di badan sendiri ya!
Selamat mencuba!
Sumber: Ida Ismail
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club