Cara mendidik anak yang betul itu penting. Tapi dalam sibuk mendidik anak, kita mungkin terlepas pandang sehingga mendidik dengan cara yang salah.

Jalan salah dalam mendidik anak.. Perbetulkan

1. Pertahankan perkara yang tidak sepatutnya
Backup anak walaupun tahu anak telah melakukan kesalahan. Sanggup bergaduh dan bermasam muka dengan guru, jiran, adik beradik, semata-mata pertahankan anak.
Ibu ayah… Ada setengah perkara, kita perlu menoleh kebelakang untuk belajar sesuatu darinya. Toleh dan lihat cara orang dulu mendidik anak..Sangat relevan sehingga hari ini, tidak ada cacat cela walau zaman sudah berubah. Ambil pengalaman dari orang lama, aturlah kehidupan mengikut keperluan semasa.
Menjadi kesalahan besar jika ibu ayah terlalu manjakan anak sehingga mereka tidak mampu nak berdikari, tidak boleh dinasihat, disentuh, dididik, diberi peringatan dan amaran sedangkan Rasulullah s.a.w pesan, didik anak mesti seimbang antara kasih sayang dan bimbingan.
Selalu sebut nama Allah “Ya Latif” untuk mudahkan urusan mendidik.

Ads

2. Sanggup berbohong untuk anak
Selalu sangat kesilapan ini berlaku. Anak tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada urusan keluarga tetapi ibu ayah berusaha mendapatkan MC dari doktor untuk buktikan anaknya tidak sihat. Mohon sangat jangan jadikan amalan kerana risau ia menjadi satu doa yang dikabul. Nampak ringan tapi kesannya sangat bahaya.
Anak melihat dan belajar bagaimana ibu ayah berusaha selamatkan mereka dengan cara yang salah. Berbohong adalah permulaan kepada kesalahan jenayah. Ia berputik dan bakal menjadi subur.
Bercakap benar walaupun pahit, agar ada manisnya di akhir kehidupan.

Ads

3. Terlalu berbangga dengan kejayaan akademik.
Sedangkan nilai baik, perkembangan rohaniah, aspek keagamaan dalam diri anak tidak diberi perhatian dan dipupuk.
Jiwa seperti bekas, jika ia dibiarkan kosong unsur-unsur negetif akan berebut untuk penuhinya. Kesian anak…Jiwa mereka kering, gersang dan kebuluran.
Suapkan rohani mereka dengan makanan yang betul.. Bila subur dan sihat, segalanya menjadi mudah dalam urusan mendidik.

Ads

4. Membiarkan anak kekal dalam kesalahan dan kesilapan.
Pernah suatu masa dulu seorang bapa menghantar vioce mail, memberi amaran kepada seorang guru supaya jangan marah anaknya yang tidak siapkan kerja sekolah. Sungguh-sungguh marahnya pada cikgu. Sayang sungguh.. Anak yang baik, sedang diajar supaya menjadi kurang ajar dengan gurunya.
Sayang anak, bangunkan jiwanya.. Bukan dituruti dan diikuti segala mahunya.

Kredit: Aminah Mat Yusoff

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI