“Jangan Risau Sayang. Rezeki Allah Tu Pasti Ada.” Beli Keperluan Anak Sakit Hasil Jualan Barang, Ibu Ni Terharu Ramai Prihatin

Share

Kasih ibu sepanjang hayat, andai boleh ditukar tempat, pasti si ibu sanggup menanggung kesakitan yang di alami anak. Namun, ketentuan Ilahi tak siapa yang mampu menduga. Anak yang dikandung lebih 9 bulan  diharap membesar sempurna seperti insan lain, tetapi menderita sakit. Lebih memilukan bila anak kecil ini hanya mampu terlantar dan bergantung pada bantuan mesin.

Kisah adik Harith dikongsi oleh ibunya Qaseh Aisy menerusi laman facebook semalam cukup menyentuh hati.


Rezeki Allah

Andai aku diberi peluang akan mama belikan semua keperluan harith dengan usha mama sendiri…tapi maafkan mama xkesemua mesin harith hargnya ratus2


Suction mesin 8bijik dah meletup😭😭
Mesin infusion pump dah yg kedua….😫😫
Semuanya harga ribu2..sapa cakap semuanya mudah untuk mama telan sorang…tapi mama masih xmampu nak belikan kerusi roda dengan tilam khas untuk harith…xpe jangan esau tau syg...insyallah makin yakin rezeki Allah tu pasti ada tau.

Mama akan usaha…
Jangan tanya kenapa xmintak bantuan kerusi roda…mintak dah berpuluh kali bila sampai surat tak layak….jangan ditanya jkm kami mmg xlayak..hanya zakat shaja kami dapat rm300 sebulan…

mama jenis bukan suka meminta2 untuk keperluan harith selagi mama mampu usha untuk anak2 mama insyallah mama yakin Allah pasti akan bantu…
Skrg harith duduk atas sofa dulu ea syg nanti mama ada duit yg cukup untuk harith mama akan belikan untuk harith….mama syg harith dunia akhirat mama….syg mama xkan pernah abis untuk harith…

#harith anak syurga mama…
#harith segalanya untuk mama…
#harith yg terindah untuk mama…

Dalam perkongsian terbaru, Qaseh Aisy menafikan apa yang dikongsikan itu sekadar ingin meraih sumbangan orang ramai.

Bukan nak raih simpati

Berkaitan post berkaitan abg semalam Allah mama betul2 terkejut…post tu bukn bertujuan untuk meraih simpati sesiapa atau untuk membuka dana untuk membeli keperluan harith…mama boleh usaha dengan kudrat mama sendiri…mama yakin kerana Allah…tapi Allah lebih mengetahui segalanya….

Jual barang demi anak

Allah telah menghantar semua rakyat malaysia yg prihatin yg xputus2 msg mama untuk beli segala barang2 jualan mama….mama sangt2 terharu Allah luasnya rezeki abg….saya mintak maaf ada no mintak no akaun tapi sya xsiarkan sebab sya bukan meminta sumbangan apa3 mama hanya menjual barangan segalanya untuk harith…ya Allah yg baik semuanya datang dari Allah….yg negetive sila nyah jauh2 mama hanya ada masa untuk menjaga harith shaja….

Terima kasih yang prihatin

Terima kasih Allah semua yg xputus2 sehingga skrg masih wtssp mssger untuk beli barang jualan mama…syukur ya Allah…terima kasih semua yg prihatin….terima kasih semua yg ada bagi sumbangan xkira dari membeli atau dari keperluan harith….mama lia terima kasih atas semua….terima kasih yg prihatin….terima kasih semua yg baik hati budiman…semoga Allah sahaja membalas jsa kalian….

#anaksyurga mama
#harithsegalanya bagi mama
#terima kasih semua care tentang harith…