Istilah surirumah sering dipandang rendah sesetengah orang. Hakikatnya inilah kerja yang paling menguntungkan sebagai seorang ibu. Sepenuh masa ibu, 24 jam dapat membimbing anak-anak di depan mata. Satu bonus sebagai ibu.
Jadi jangan pernah rasa rendah diri atau tidak berbuat apa-apa. Anda sukses dan berjaya di sisi Allah. Dengarkan perkongsian motivasi dari Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira untuk motivasi semua.
Dua tahun pertama saya menjadi suri rumah, saya agak segan nak beritahu saya sebagai suri rumah.
Bukan tak suka dengan kerjaya sendiri, tapi takut dan tak betah mendengar kata-kata yang agak sinis berkenaan kerjaya suri rumah.
Seiring masa, saya mula berfikir, “Kalau aku segan dan tak rasa haibah dengan kerjaya sendiri, macam mana kita nak expect orang akan respect kerjaya kita? Sampai bila mahu hidup di atas lidah orang lain?
Sedangkan kita tahu kerjaya kita pun kerjaya yang murni dan berharga di sisi Allah ?,”
Suri rumah juga adalah kerjaya. Kerana kita juga berkerja. 24 jam lamanya.
Dan kita bertugas untuk mendidik, memenuhi keperluan dan menyayangi anak serta mengurus rumahtangga di saat suami mencari nafkah.
Andai ibu berkerjaya berbagi tugas dengan taska, playschool atau pengasuh sementara ibu tersebut melakukan fardhu kifayah, ibu suri rumah sepenuh masa melakukan tugas tersebut di rumah dengan tangan dan kudratnya.
Membentuk dari anak bangun sehingga anak tidur malamnya. Wahai ibu suri rumah sepenuh masa, jangan rasa rendah diri dan tidak ada kerja, yakinlah rezeki kerjaya ini memberi kita banyak masa untuk menumbuhkan anak-anak dan rumahtangga.
Kerja ini juga besar dan bermakna seperti kerjaya yang bergaji di luar sana.vSeandainya berpeluang dan mampu menjadi suri rumah sambil bekerja sambilan, alhamdulillah, rezeki kita di situ.
Andai kita seorang suri rumah sepenuh masa , mengurus rumahtangga semata-mata tanpa bekerja, nilai anda juga tidak akan berkurang, jangan down. Anda juga sedang berbakti.
Cuma yang menilai kita bukan bos, tapi Allah.
Allah yang menilai semuanya.
Janganlah merendah diri.
Janganlah rasa tak berbuat apa-apa.
Stay strong ya. 😊
Salam sayang juga buat ibu berkerjaya di siang hari, suri rumah di malam hari. ❤️
Wan Nur Syakira
8 tahun menjadi Suri rumah sepenuh masa
MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan
Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!
Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my