Tidak dinafikan penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan diperlu diuruskan dengan betul. Ia asas kepada kesihatan mulut dan gigi kekal sebaik kanak-kanak menginjak ke usia remaja dan memasuki alam dewasa.
Baca nasihat doktor ini.
-KIT GOSOK GIGI ANAK KECIL-
Walaupun saya doktor gigi, saya juga manusia biasa. Dan anak pertama saya Umar, saya tidak mampu jaga gigi susunya dengan sebaiknya. Satu penyesalan terbesar bagi saya.
Mana tidaknya, Umar lahir ketika kami tengah struggle dalam pengajian. Masih belum ada pengalaman jadi ibu bapa. Akibatnya, gigi depannya dah kena cabut.
Saya ambil pengajaran daripadanya.
Anak kedua saya Hanan, lahir dalam suasana serba mencukupi. Alhamdulillah. Maka saya usahakan sebaik mungkin untuk jaga gigi Hanan sejak tumbuh.
Masa mula-mula gigi tumbuh, saya hanya biasa lap guna kain. Pagi sekali malam sekali. Cabaran bermula apabila Hanan dah start makan dan minum susu botol. Setiap malam mesti kena minum susu baru boleh tidur. Dan bukan sekali je. Satu malam 3-4 kali bangun untuk minum susu. Masa bila nak lap gigi dia? Kalau lap nanti terjaga semula? Yang paling penting, jangan biar puting botol susu dalam mulut dia. Kalau dapat biasakan tidur dengan air masak lagi bagus.
BILA GIGI ANAK ROSAK
Jangan cepat putus asa. Teruskan cuci seperti biasa. Kebanyakan gigi kanak-kanak rosak adalah sebab ibu bapa mereka tak cuci gigi anak selama berhari-hari atas pelbagai alasan!
Untuk anak saya, saya guna berus gigi untuk kanak-kanak 0-2 tahun jenama Jordan. Berusnya sangat lembut dan mesra gusi. Ubat gigi pula saya gunakan kodomo lion. Kodomo lion mengandungi 400ppm fluorida, antara yang paling rendah dalam ubat gigi. Kenapa pilih yang paling rendah? Kerana risiko untuk anak kecil tertelan ubat gigi sangat tinggi. Setiap kali selepas berus gigi, pastikan terus lap supaya anak tidak tertelan. Pengambilan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan masalah fluorosis pada gigi kekal mereka.
Sejak Hanan mula makan, saya dapati giginya diselaputi warna kekuningan. Saya cuba gosok guna berus gigi tapi tak hilang. Lepas guna kayu sugi baru hilang. Jangan risau guna kayu sugi sebab ia sangat selamat. Sakit pun tak. Ini lah kelebihan sunnah nabi. Kekuningan pada gigi kemungkinan ada lapisan nipis plak pada gigi. Jika dibiarkan tidak dibersihkan, risiko untuk gigi menjadi karies dan rosak sangat tinggi.
Pesan saya sebagai ibu bapa, gosok gigi anak anda 2 kali sehari dan jangan pernah miss!
Biarpun terpaksa menjadi singa. Biarpun terpaksa mengerah tenaga.
Ayah-ayah semua sila bantu sama. Jangan tercegat sahaja.
Gigi anak kita, tanggungjawab kita.
Setiap 6 bulan sekali, datanglah periksa.
Sayangi anak, gosok lah gigi h
Seorang dentist dan ayah 2 orang anak
Klinik Pergigian Al-Huda Balok
Jangan lupa like page kami untuk info-info menarik berkaitan pergigian ya .
Kredit: Dr Abdul Rahman