Susu ibu salah satu makanan berkhasiat dan seimbang yang Allah berikan kepada wanita untuk disusukan kepada bayinya.
Melalui susuan ibu ada banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh ibu dan bayi. Antaranya ia dapat mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak yang menyusu.
Walaupun ibu yang menyusukan anak namun peranan membesarkan anak tetap dipertanggungjawabkan pada dua orang iaitu ibu dan ayah.
Jika ibu bertanggungjawab memberikan makanan awal terbaik (susu ibu) kepada anak, ayah pula kena menjaga kebajikan ibu yang menyusu dengan menyediakan makanan yang cukup dan pakaian yang selesa.
Dos’ & Don’ts Bergelar Ibu Menyusu
Menurut Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam mengingatkan beberapa perkara yang boleh ataupun tidak boleh dilakukan oleh ibu menyusu mengikut pandangan Islam ketika dijemput sebagai salah seorang speaker webinar penyusuan Ya, Aku Mampu Susukan Anak.
Amalan Ketika Menyusukan Anak
Katanya ketika menyusukan anak, peluklah anak dalam pelukan yang selesa sebab anak akan rasa selesa dan selamat.
“Ibu menyusu kena peluk dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Bila menyusu, pandang anak dalam pelukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Ads
Jadi bila susu dengan ikhlas dan kasih sayang maka akan membentuk hubungan yang erat, makanan yang berkhasiat dan anak akan melalui pembesaran yang baik.
Tidak dinafikan bila menyusukan anak kadangkala ibu tak sihat atau ada masalah-masalah lain macam mengalami bengkak susu dan sebagainya tapi bila ada dua faktor iaitu ikhlas dan kasih sayang, macam mana pun dia sakit dan tak sihat dia akan menyusu anak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.”
Kata Ts Siti Fatahiyah lagi, ia sebagai salah satu tanda kekuasan Allah SWT. Ibu menyusu ini antara yang terpilih untuk menunjukkan kekuasaan Allah SWT melalui proses menyusukan anak.
Sebaiknya semasa menyusukan anak, ibu amalkan berzikir dan berdoa. Semoga dengan doa dan zikir ia menjadi asbab anak-anak membesar menjadi anak soleh dan solehah.
Ini kerana fasa menyusu adalah proses awal pendidikan anak. Jika boleh ibu tak perlu pasang muzik yang tiada manfaatnya.
Elak Buat Perkara Ini
Beliau turut berpesan agar ibu menyusu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada pembentukan akhlak anak semasa menyusukan mereka.
Ads
Foto: Canva.com
1. Jangan menyusu anak ketika dalam keadaan tertekan atau dalam keadaan sangat marah. Sebab menyusu anak berlaku bila selamat melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang, emosi ibu ada pelbagai perubahan disebabkan pertukaran hormon dan sebagainya. Bila dalam pantang ibu kena kawal iman dan emosi supaya tak terbawa-bawa dalam emosi tak menentu. Jadi pastikan tak berada dalam keadaan tertekan atau emosi tak terkawal.
2. Menyusu juga satu proses pendidikan awal anak melalui penyusuan. Jadi ibu kena jaga akhlak dan aurat. Maksudnya tengah menyusu anak janganlah buat perkara yang menjatuhkan akhlak seperti bergaduh dengan suami, bergaduh dengan anak yang lain dan orang-orang sekeliling.
3. Ibu menyusu juga kena jaga aurat. Ibu perlu prihatin kepada keadaan menyusu. Ibu kena lihat persekitaran untuk memastikan auratnya terjaga. Sekarang sudah ada bilik khas untuk ibu menyusu di kebanyakan pusat membeli-belah. Ini bermaksud dunia juga mengiktiraf penyusuan susu ibu.
Ibu menyusu biasanya tahu bila masa anak dia kena menyusu, jadi bila nak keluar rumah atas urusan dan bila tiba masa menyusu anak, pastikan dah cari siap-siap tempat sesuai untuk menyusukan anak.
Susukan anak dengan penuh beradab dan penuh sifat malu dan keadaan menutup aurat dalam erti kata sebenar. Walaupun ibu sudah menutup aurat dengan memakai tudung ia bukan alasan untuk ibu menyusukan anak di mana-mana.
Ads
Sebaiknya cari tempat yang khusus untuk ibu menyusu bagi mengelakkan fitnah. Menyusukan anak di dalam kereta boleh tapi pastikan aurat ibu sentiasa terjaga.
4. Jangan asyik nak berselfie semasa menyusu anak. Ya, betul perbuatan menyusukan anak itu sangat bagus tapi janganlah tunjuk perkara yang boleh membawa kepada fitnah.
5. Trend sekarang juga ibu suka berkongsi gambar stok susu yang telah diperah. Walaupun alasannya berkongsi sebagai inspirasi di platform media sosial peribadi tetapi ia tetap mendedahkan aurat dan maruah sebagai wanita muslim.
Ts Siti Fatahiyah turut berkongsi sabda Nabi saw tentang kepentingan wanita muslim menjaga sifat malu kerana malu itu menjadi perhiasan kepada wanita solehah.
“Malu itu tidak datang kecuali dengan kebaikan dan kalau tidak merasa malu maka lakukan sahajalah apa yang kamu inginkan”
Maksudnya malu itu datang dengan kebaikan. Sebagai wanita solehah malu itu perlu dijaga. Kalau semua kita tak jaga takut-takut jadi fitnah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan suami isteri pasti memiliki momen baik yang indah mahupun yang pahit bersama. Namun itulah yang menguatkan lagi ikatan kasih sayang dan menyemarakkan lagi rumah tangga.
Demikian juga dengan pasangan Atu Zero dan isterinya yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan pada 8 Februari yang lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Dalam satu perkongsian, Shafeeqa memuat naik kesusahan yang dialami oleh mereka suami isteri. Ini berikutan ada yang beranggapan hidup sebagai isteri selebriti serba mewah dan tidak perlu bekerja.
Ada hamba Allah bkata, untunglah awk tak keje sbb suami artis.. mampu sara. Sy jawab (dalam hati) awk tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dlm akaun bank suami. Mana mungkin sy nk bgtahu awk perihal kewangan keluarga sy.
Biarpun dia memiliki kelulusan tinggi, namun dia tidak menyesal dengan pilihan untuk berhenti kerja kerana baginya rezeki bukan sekadar wang ringgit.
Ada hamba Allah bkata, rugilah awk tak keje. Belajar tinggi2 , kwn2 sebaya dgn awk paling2 busuk dpt 3k sebulan. Sy jawab (dalam hati) siapalah yg tak nak duit sendiri. Allah pilih sy jaga anak2 sy. Rezeki bkn hanya dgn wang ringgit. Alhamdulillah sy ada #keklapisanozon sendiri..
Ada hamba Allah bkata, kita org prempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tingglkan kita atau suami pergi dulu siapa nk tanggung awk dan ank2. Sy jawab (dalam hati) mcm lah takdir sy , awk yg tentukan.
Ada hamba Allah bkata, awk tak keje nanti mentua awk tak sayang awk. Sy jawab (dalam hati) sy tak perlu meraih kasih sayang / respect dr manusia dgn wang ringgit.
Akui Shafeeqa, bukan wang ringgit yang menjamin kebahagiaan sebaliknya apa yang diperoleh sudah mencukupi.
Ada hamba Allah bkata, awk tak keje nanti suami awk tak sayang dan tak hormat awk sbb awk tak ada apa2 untk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan. Sy jawab (dalam hati) kehormatan bukan sbb pangkat dan wang ringgit dan mmg tanggungjawab suami menyara isteri dan ank2. Alhamdulillah, walaupon slalu dia kata lelaki boleh kahwin 4, tp dia sedar kemampuan kewangan nya hanya cukup2 untuk kami sekeluarga 🤣.
Dalam pada itu, Shafeeqa sentiasa ingat akan nasihat suaminya yang memintanya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. kerana itu, dia sendiri tidak pernah meminta-minta bahkan bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang.
Selalu dia ingat kan saya supaya selalu bersyukur… alhamdulillah, kemahuan sy hanya untuk anak2… tiada ku minta emas dan harta setinggi gunung… cukuplah suami rajin berkerja.
Terima kasih mak&ayah serta ibu mertua restu perkahwinan kami… ada kami harta 2 org anak kami selama 5tahun perkahwinan ini… insyaallah akan ku jaga harta ini sehingga hujung jawa ku. Happy anniversary @akueatu akan ku capai tangan mu di pintu syurga kelak… Terima kasih kerana menjadi imamku… menjagaku dan anak2…
Pantang cuti sekolah, mesti akan ada orang yang mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan. Mana tidaknya, barulah ibu ayah boleh ambil cuti lebih sikit untuk terus berjalan-jalan dan tak rasa bersalah untuk pontengkan anak sekolah!
Tidak terkecuali, pelakon cantik manis orangnya, Reen Rahim mendedahkan dia akan menamatkan zaman bujang pada hujung bulan ini.
Bagaimanapun, Reen mendedahkan permintaan ibunya terhadap bakal suami untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bukan wang mencecah puluhan ribu ringgit, sebaliknya hanya senaskah al-Quran dan barang kemas untuk dijadikan sebagai hantaran.
“Saya tak pasti boleh cerita atau tidak… tetapi ketika bertunang, ibu saya jawab mengenai hantaran. Ibu kata: ‘Anak aku tak ternilai’ dan menurut ibu dia hanya mahu bakal suami menghadiahkan senaskhah Al-Quran yang telah dikhatamkan.
“Selain Al-Quran, ibu juga meminta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya,” kata pelakon berusia 34 tahun itu.
Mengulas tentang perkara tersebut, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu tidak membantah apa ditetapkan oleh ibunya terhadap bakal suami yang juga seorang ahli perniagaan.
“Saya sebenarnya suka (permintaan ibu) sebab saya tidak boleh minta tunang jadi suami yang baik… suami yang boleh jaga saya, tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.
“Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT. Jadi dengan Al-Quran itu, saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan,” ujarnya.
Sementara itu, Reen memaklumkan bakal suaminya yang turut bekerja dalam bidang seni sedang menghabiskan bacaan 30 juzuk dengan meminta pandangan golongan yang arif.
“Dia ok dengan permintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, dia sering memuat naik posting meluangkan masa untuk belajar mengaji bersama ahli keluarganya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, pemilik nama Noreen Ashikin Abdul Rahim itu mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Mr. H pada hujung bulan ini.
Masa diperlukan bagi menghasilkan ubat dan vaksin untuk sesuatu penyakit memerlukan masa yang panjang untuk memastikan ubat dan vaksin tersebut memiliki keberkesanan tinggi serta selamat digunakan. Ini semua antara kita telah sedia maklum.
Lantas, tiada seorang pun antara kita dapat menjangkakan bilakah episod wabak ini akan berakhir.
Sebagai ibu bapa, kita tidak harus berdiam diri. Perlu ada strategi dalam mempersiapkan anak-anak kita menjadi generasi yang terus kuat melawan Covid-19.
Caranya bagaimana? Melalui perkongsian ini diharapkan dapat membantu serba sedikit untuk kita bertindak, insyaAllah.
Semalam Ada seorang guru kata, pengurusan sekolah Mula beri signal sekolah cuti sehingga Disember.
Maka ada beberapa perkara kita perlu susun sebagai new normal. Sebelum ini semasa bermula PKP kita tidak pasti apa terjadi.
Kemudian, Kita masuk bulan puasa. Kita fokus pada puasa dan ibadat sempena Ramadan. Sekarang kita berhari Raya.
Habis semua ini. Kita kembali semula pada waktu seperti PKP. Tetapi kita perlu susun jadual dan fikirkan langkah baru untuk bermula.
Akan ada generasi dan masyarakat baru yang bakal dilahirkan. Kita mahu menjadi generasi kuat dan melawan Covid19.
1. Anak anak tidak dibiarkan tidur pagi selepas Subuh.
Anak dan ahli menjadi lembik Dan lemau.Seperti semasa sekolah, mulakan kebaikan di awal pagi. Awal pagi ada barakahnya.
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.
2. Ada kawan dah letih ajar anak kerja sekolah.Akhirnya dia ajar anak survival skills.Kemandirian hidup.Ajar Agama.Ajar solat yang betul, AlQuran, bacaan kitab.Ajar bertanam pokok Dan tumbuhan.Ajar memasak.Ajar menjahit.Ajar kemas katil. Ajar cuci toilet betul.
3. Umpama ombak.Kapal kita perlu di atas ombak. Jangan tenggelam dalam ombak.Bila tak tahu nak buat apa dan keliru kita akan kembali pada Tuhan. Ajar anak bertuhan. Mula membaca Quran dan tadabbur bersama anak anak dan ahli.
4. Perkembangan silibus anak akan tertinggal setahun. Jika anak usia 7 tahun perkembangan pelajaran mereka jadi seperti 6 tahun. Jadi seolah mereka tertinggal setahun kebelakang.
5. Aktiviti senam di waktu pagi bersama. Sentiasa sihatkan tubuh badan. Akal sihat bermula dengan badan sihat.
6. Jangan mengalah dengan Covid19. Cuba lawan dengan kekuatan cinta dan mindset.
sumber : Saleha Idris
Sentiasa fikir untuk lebih baik
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.