Kes bayi hilang yang akhirnya ditemui di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Gombak benar-benar menyentuh hati seorang ibu. Lansung tidak masuk akal bila difikirkan kembali. Malah tiada kata yang mampu diluahkan. Namun inilah
yang berlaku di negara kita.
Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.
Semalam, Adam Rayqal dikatakan hilang selepas pengasuhnya tersalah menyerahkannya kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa bayi itu pada jam 6.30 petang.
Ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, yang keliru dengan situasi itu seterusnya melaporkan hal ini kepada pihak polis dan akhirnya polis menjumpai mayat Adam Rayqal yang ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu,
kira-kira jam 11 malam tadi.
Mayat bayi berkenaan yang lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah pengasuh berkenaan.
Ads
Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malayamenyifatkan kes ini paling kronik dan paling teruk melanda negara kita.
” Sebelum ini selalu dengar kes-kes bayi di rumah pengasuh yang didera, lebam-lebam, meninggal akibat tersedak susu dan sebagainya tapi ini antara yang kronik. Langsung tidak boleh diterima akal kita.
Saya boleh sifatkan ia sebagai sifat kebinatangan dalam diri yang mungkin dirasuk oleh syaitan. Langsung tak ada sifat kemanusiaan, simpati dan rasa kasih sayang sehingga sanggup menyimpannya di dalam peti sejuk.
Ads
Adakah dia orang Islam atau Islam yang hanya bertopengkan Islam semata-mata. Langsung tidak boleh diterima akal fikiran. Sebagai pakar psikologi, saya menyifatkan pengasuh ini berdepan dengan masalah mental atau masalah mental yang terjejas. Mungkin juga mengalami masalah kemurungan yang terlampau,” katanya lagi.
Siasat Dulu Pengasuh
“Ibu bapa dinasihatkan untuk tengok dulu latar belakang pengasuh walau dalam apa cara sekalipun. Jangan hanya tengoksweet sweet talk sahaja, sebaliknya kena selidik dulu siapa orang yang hendak menjaga anak kita.
Tak kiralah dalam apa cara sekalipun, kena ada daya kreativiti untuk periksa siapa bakal pengasuh kita. Tanya jiran, saudara mara dan dapatkan info sebanyak mungkin. Jangan hanya sembarangan ambil di media sosial sahaja.
Ads
Paling selamat yang saya boleh sarankan pada mak ayah adalah memilih pusat pengasuhan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (KKM). Ini paling selamat kerana mereka mengikut undang-undang dan syarat yang ditetapkan. Jadi
tak ada masalah perkara-perkara tak masuk akal seperti ini.
Harus Dapatkan Kaunseling
“Walau dalam apa cara sekalipun, mak ayah bayi berkenaan perlu menerima sesi kaunseling daripada pakar selayaknya. Kesedihan dan trauma yang dialami bukan biasa-biasa. Akan mengambil masa yang lama untuk berdepan dengan semua ini.
Redha dengan semua ini namun orang-orang sekeling terutama saudara mara dan sahabat handai harus lebih berperanan dan dalam menguatkan mereka.
Buat semua, jadikan kes ini sebagai pengajaran untuk kita semua supaya lebih peka dalam memilih pengasuh. Jangan hanya fikirkan kos mengasuh anak yang murah sebaliknya pilih nyawa anak. Lebih sikit tak apa asalkan pusat asuhan itu lebih terjamin dan selamat.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebahagian sebuah keluarga terserlah apabila kelahiran anak sebagai penyeri yang memberikan sinar kegembiraan. Suami isteri yang berkahwin pastinya teruja melihat anak membesar depan mata.
Lebih manis, lagi apabila anak-anak telah membesar dengan perkembangan yang positif sehingga membuatkan hari anda begitu indah.
Begitulah yang dirasai kini oleh usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri yang telah berkongsi momen manis apabila anak bongsunya mula melangkah buat kali pertama.
“Korang mcm mana happy x tgk anak korang pandai jalan?@yusoffalqardawi_terlajaklaris dah pandai jalan walapun baru 10bulan. Dah lama abah x excited mcm ni bila tgk anak pandai jalan…dia punya happy mcm dapat durian runtuh!! ada kawan korang muka mcm yusof tak?? cere tag kawan korang tu.”
Melihat rakaman video yang dikongsi oleh Datuk Aliff, kelihatan Yusoff yang masih bertatih ketika melangkah, begitu teruja sambil diawasi oleh kakaknya, Qadejah El-Zehra.
Manakala, Datuk Aliff sendiri juga kelihatan turut sama teruja melihat anaknya mula bertatih.
Gelagat Yusoff juga telah mendapat ratusan komen mengenai langkah pertamanya. Yusof yang juga pernah merangkul gelaran Anugerah Cilik MeleTOP.
Untuk makluman, Datuk Aliff berkahwin dengan Shahida pada Ogos 2007, telah dikurniakan empat cahayamata iaitu, Ammar Ahyan, 10, Qadejag El-Zahra, 8, Ibraheem Adham ,6, dan Yusoff Al-Qardawi. Pasangan ini juga mempunyai anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Apabila video tular memaparkan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak baru- baru ini, ternyata menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Pun begitu dalam sedar atau tidak, sebenarnya kes buli di zaman belajar bukan lah perkara baru. Malah sudah lama berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Senior pukul junior, ia seakan satu budaya yang dibawa dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ramai antara kita dahulunya pernah menjadi mangsa buli rakan-rakan. Ini seperti mana kisah peribadi yang dikongsikan oleh pakar motiovasi yang tidak asing lagi namanya, iaitu Dr Tengku Asmadi.
Rupanya siapa sangka dia juga pernah menjadi mangsa buli hingga membuatkan dia nekad untuk melawan keganasan tersebut dengan tindakan yang boleh merosakkan masa depannya.
KISAH BENAR SAYA DIBULI
Dulu sewaktu kecil saya membesar di kampung tanpa ayah. Hanya emak sahaja yang ada. Emak pula turun lepas subuh dan pulangnya ada ketikanya lepas Maghrib kerana mencari rezeki sebagai tukang masak di restoran di bandar Kuala Terengganu.
Al kisahnya, di kampung saya itu memang ada remaja yang nakal dan pembuli. Dan saya antara yang sering dibuli. Mereka pegang saya dan pakat ketuk kepala ramai-ramai. Orang Terengganu kata ‘kherpok’. Bahasa bakunya ‘Luku’. Maklumlah saya ni dulunya kurus dan halus sahaja. Dan semua ini dilakukan atas arahan seorang yang berlagak ketua dan samseng.
Nekad Lawan
Kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu, satu hari saya keluar dan selit pisau daging dalam baju. Niat saya hari ini, siapa yang buli aku, aku tetak.
Entah macam mana hari itu, tiada seorang pun yang datang membuli. Maka terhindarlah dari sebarang petaka. Usia saya masa itu baru 14 tahun. Apa lah sangat anak usia 14 tahun, membesar tanpa ayah dan terbiar ini tahu berfikir panjang.
Jika berlakulah perkara yang tidak baik masa itu, maka hidup dan nasib saya mungkin tidak seperti hari ini. Tiadalah insan bernama Dr. Tengku Asmadi seperti hari ini.
Syukur, asbab berkat doa ibu, Allah lindungi saya. Apa yang saya nak beritahu, buli boleh membawa kepada pelbagai perkara buruk. Yang membuli boleh lakukan perkara buruk. Yang dibuli kerana mempertahankan diri juga boleh melakukan perkara buruk.
Apabila seseorang itu mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, ia akan cemerlang dalam mata pelajaran itu. Ibu bapa tentunya bangga jika anak fasih berbahasa Inggeris. Malah ada yang sanggup membayar tuisyen dan program-program untuk memastikan anak boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan sempurna.
Namun, untuk berjaya tentu ada rahsia yang perlu dipraktiks. Setiap kejayaan itu perlu ada latihan yang mantap dan konsisten. Caranya mudah aje, kena praktiks 20 tip ini.
1.Jangan takut membuat kesilapan.
Yakin. Orang hanya boleh membetulkan kesilapan anda apabila mereka mendengar anda menyebutnya.
2.Lengkapkan diri dalam bahasa Inggeris.
Letakkan diri anda dalam semua persekitaran berbahasa Inggeris di mana anda boleh belajar secara pasif. Cara terbaik untuk belajar adalah melalui bercakap.
3.Amalkan setiap hari.
Jadikan diri anda pelan kajian. Tentukan berapa banyak masa seminggu anda akan menghabiskan masa belajar dan berpegang kepadanya. Mewujudkan rutin.
4.Beritahu keluarga dan rakan anda mengenai rancangan pembelajaran anda.
Dapatkan mereka untuk mendorong anda untuk belajar dan juga jangan biarkan mereka mengganggu anda.
5.Mengamalkan 4 kemahiran teras
Membaca, menulis, bercakap dan mendengar. Mereka semua perlu bekerja untuk anda untuk memperbaiki.
6.Simpan buku catatan baru yang anda pelajari.
Gunakan mereka dalam ayat dan cuba untuk mengatakan mereka sekurang-kurangnya 3 kali apabila anda bercakap.
7.Lakukan pelajaran sekurang-kurangnya sekali sehari.
Memori senarai adalah salah satu cara yang paling umum untuk mempelajari perbendaharaan kata untuk ujian. Ia hanya latihan yang baik untuk belajar jangka pendek kerana anda sering tidak menyimpan maklumat yang telah anda pelajari untuk ujian.
8. Suasana baru
Buat suasana di mana anda ingin belajar, bukan kerana anda perlu. Anda akan belajar lebih banyak apabila anda belajar kerana anda mahu.
9.Perhatikan bagaimana anda belajar.
Ia boleh dengan menghafal, membaca, bercakap, meringkaskan atau kaedah lain. Ketahui cara anda belajar yang terbaik. Ia boleh berada di tempat yang tenang dengan diri sendiri atau dengan kumpulan.
10.Dapatkan bantuan!
Sekiranya anda tidak memahami sesuatu, anda perlu bertanya kepada seseorang. Tanya guru, rakan sekelas atau rakan anda untuk mendapatkan bantuan.
11. Semak dan semak semula dan semak semula!
Pastikan anda meluangkan masa untuk meninjau perkara yang telah anda pelajari pada masa lalu.
12. Buku kanak-kanak
Baca buku kanak-kanak mempunyai kata-kata yang lebih mudah dan merupakan alternatif yang baik untuk pembaca yang dinilai.
13. Media cetak
Akhbar adalah tempat yang baik untuk mencari pembinaan pasif. Baca melalui artikel dan lihat jika anda boleh mencari ayat pasif.
14. Cuba bercakap bahasa Inggeris walaupun teruk!
Jangan terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ke bahasa anda. Fikirkan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kelancaran anda. Bercakap bercakap sendiri tetapi tidak di dalam bas ye. Nanti ada yang cakap anda gila!
15. Bercakap
Cara yang paling semula jadi untuk mempelajari tatabahasa adalah melalui bercakap.
16.Simpan diari atau jurnal bahasa Inggeris.
Mulakan dengan menulis beberapa ayat setiap hari dan kemudian masuk ke dalam kebiasaan menulis lebih lanjut.
17. Lagu Inggeris
Belajar lagu bahasa Inggeris dan bernyanyi bersama dengan mereka untuk meningkatkan kefasihan dan intonasi Apa lagi jom karaoke!
18. Jangan berputus asa!
Kekal positif! Kadang-kadang anda akan merasa bahawa anda tidak belajar dengan cepat. Semua orang berasa seperti ini, jangan risau. Anda akan sampai di sana pada akhirnya.
19. Belajar bahasa Inggeris dengan rakan.
Anda akan mempunyai seseorang yang boleh anda praktikkan dan anda boleh memotivasi satu sama lain untuk belajar.
20. Pusat pembelajaran yang diiktiraf
Cari tempat yang selesa dan damai untuk belajar tenang. Anda memerlukan tempat di mana anda boleh memberi tumpuan 100%. Salah satu pusat pembelajaran Bahasa Inggeris adalah di Modern English di Bandar Puteri Puchong dan Kota Kemuning, Shah Alam Selangor. Mempunyai lebih 400 pelajar, Modern English, sejak penubuhannnya telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang fasih berbahasa Inggeris.
Menarik perkongsian ini. Kepada adik-adik yang nak belajar bahasa Inggeris ni, cuti sekolah dah boleh mula lah tip yang diberi ni. Boleh guna sebagai panduan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...