Setiap ibu ayah inginkan anak-anak cerdik pandai dalam pembelajaran. Malah sanggup menyediakan kelas tambahan agar anak agar mempunyai percapaian akademik yang cemerlang.
Namun, kadang kala dalam usaha guru-guru mendidik pelajarnya pelbagai pendekatan pembelajaran digunakan ia termasuk aktiviti menyalin.
Bagaimanapun ada segelintir ibu bapa menganggap aktiviti sebagai remeh apabila hanya sekadar menyakin semula ayat yang terdapat dalam buku teks. Hakikatnya ia adalah asas kepada tulisan yang cantik, menambah perbendaharaan kata dan melatih anak-anak mengenal huruf.
Menarik perkongsian ini menerusi facebook puan Sitti Ruhaidah Ct yang berkongsi pesanan motivasi ini oleh seorang pengetua cemerlang, Abd Bashid Bin Harun yang dipaparkan sebelum ini oleh seorang guru yang dikenali sebagai cikgu suzie di facebooknya.
_____________________________________
Jangan Meremehkan Aktiviti Menyalin
(Nasihat Kepada Semua Murid)
1.JANGAN pandang rendah aktiviti menyalin. Aktiviti menyalin menjadi aktiviti menulis yang paling mudah dan paling asas.
2.Aktiviti ini melibatkan perbuatan menyalin dari tulisan guru di papan putih ke buku tulis milik anda,menyalin dari buku teks atau sumber lain ke buku nota milik anda.
3.Ramai yang menyangka aktiviti menyalin hanya sesuai untuk murid-murid tertentu.Murid-murid yang pandai kononnya tidak sesuai untuk menyalin.Pendapat seperti itu salah, sayang!
4 Aktiviti menyalin yang dilihat mudah sebenarnya menjadi aktiviti MENULIS yang paling besar manfaatnya kepada setiap murid.
5.Aktiviti menyalin bukan sahaja menjadi kaedah memindahkan ilmu yang asalnya milik orang lain menjadi milik kita.
6.Aktiviti menyalin apabila kerap dilakukan menjadi satu latihan melatih jari jemari tangan untuk membentuk kebiasaan menulis.
7.Lebih kerap aktiviti menyalin ini dilakukan akhirnya akan membentuk kelaziman dan akhirnya timbul rasa seronok untuk menulis.
Semoga jadi motivasi untuk mendidik anak-anak agar terus gemilang dalam pembelajarannya.
Sumber: Sitti Ruhaidah Ct