Jangan Pandang Remeh Hubungan Adik Beradik Ipar. Ada Had Perhubungan Kena Jaga

Share

Apabila menyentuh mengenai hubungan suami isteri dan adik ipar , ada segelintir anggap ia seakan hubungan adik beradik.

Namun, hakikatnya ada adab yang perlu dijaga antara hubungan ipar duai ini terutama hal berkaitan aurat. Malah dalam Islam telah menyatakan hal ini. Ikuti perkongsian suami ini Muhammad Hassan yang amat bermanfaat.

Minggu lepas lepak dengan seorang sahabat di kedai mamak. Sedang kami berbual isteri sahabat saya ini call minta ambil adik ipar perempuan di sekolah.

Adik ipar sahabat saya ini tingkatan 5,sekarang kan musim ada kelas tambahan waktu malam. Saya tanya biasanya kau pergi ambil tanpa isteri atau adik beradik yang lain ke?

dia jawab Ya. Dah selalu sangat. Kadang-kadang kebetulan aku ada kerja di KL balik kampung di utara tumpangkan sekali adik ipar aku,tapi dengan kereta lah. Alah matt adik ipar ini dah tanggungjawab kita juga,macam adik beradik sendiri dah.

Saya ambil masa juga nak jawab. Saya kata,sebenarnya tak boleh beb,walaupun adik ipar,walaupun kita anggap dia macam adik beradik sendiri. Adik beradik ipar ini kita tak boleh tengok aurat mereka,tak boleh bersentuhan dengan mereka,tak boleh berduaan dengan mereka,apatah lagi tumpangkan adik ipar untuk perjalanan jauh. Sebab aurat adik beradik ipar ini sama seperti wanita lain.

Aku awal-awal kahwin dulu pun tak ambil cakna sangat pasal ini,tapi bila tanya beberapa ustaz mereka jawab tak boleh tumpangkan adik beradik ipar perempuan sehingga adanya mahram,lagi lah tak boleh jika tumpangkan adik ipar perempuan dengan motor.

Sekarang walaupun kebetulan lalu depan sekolah adik ipar,tetap juga pergi ambil isteri atau mertua,walaupun terpaksa patah balik ke sekolah.

Rupanya masih ada lagi yang pandang remeh tentang perkara ini. Pernah tahun lepas rakan facebook kongsi kepada saya. Adik ipar perempuan tinggal bersama di rumah,untuk jimatkan sewa rumah. Pada awalnya tutup aurat,lama kelamaan dah biasa terus free hair.

Setiap hari tumpangkan adik ipar pergi kerja. Akhirnya adik ipar jatuh cinta dengan abang ipar sendiri. Bila cinta di tolak adik ipar buat laporan polis kes cabul. Maka terpaksalah meringkup dalam lokap sehingga kes selesai.

Inilah fitnah besar tanpa kita sedari. Pada awalnya kita anggap adik beradik ipar seperti adik beradik sendiri,tapi syaitan tidak akan pernah berputus atas untuk kita jatuh dalam FITNAH sehingga rosak hubungan suami isteri.

Sebab itulah saya pesan kepada rakan-rakan lelaki yang tumpangkan adik ipar perempuan di rumah. Sebolihnya elakkan perkara ini berlaku tanpa sebab. Kita mungkin tak mampu nak tegur,tapi gunakan hikmah dari isteri atau mertua untuk adik ipar fikir supaya tidak terlalu lama tinggal di rumah kita.