Potty training adalah salah satu perkembangan sosial kanak-kanak yang berlaku secara perlahan-lahan. Berapa lama masanya si manja perlu untuk bebas lampin bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri.
Namun ia perlu dibantu dengan sokongan dan usaha kuat dari mak ayah sendiri.
Menurut perkongsian Dr Ong Sik Yong, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, walaupun disyorkan potty training boleh bermula daripada umur 18 bulan tetapi bergantung juga kepada tahap perkembangan setiap kanak-kanak misalnya dah boleh berjalan dan dah boleh faham arahan mudah.
Paling penting kanak-kanak tersebut menunjukkan tanda-tanda tertentu contohnya dah boleh bagitahu lampin penuh.
Potty training nampak mudah namun bukan perkara yang senang malah mengambil masa yang panjang dan sebab itu jugalah ia mencabar kesabaran ibu dan ayah.
Dalam proses potty training, kita harus elak daripada perkara negatif seperti memaksa, marah dan sebagainya. Jika berlaku, si manja akan merasakan potty training ada unsur negatif dan mula takut dengan tandas atau potty.
Pilih waktu yang sesuai dan jangan pilih waktu di mana anak itu berubah suasana baru seperti baru masuk ke taska baru dan stres dengan suasana baru. Pilih waktu di mana ibu bapa tidak terlalu terdesak terutama bagi ibu bapa yang bekerja seperti waktu hujung minggu untuk melatih anak bebas lampin.
Jangan Streskan Anak
Alihkan perhatian anak-anak kepada pencapaian mereka walapun pencapaian kecil seperti mampu ke tandas sendiri, berikan mereka pujian. Jika anak terkencing di dalam seluar, ibu ayah boleh menasihati anak supaya memberitahu apabila rasa ingin membuang air.
Petanda anak bersedia untuk Potty Train
Tip Mudah Latih Anak Potty Train
Isyarat yang sama antara ibu ayah dan anak. Bahasa yang dipakai kalau boleh sama contohnya shi shi (kencing). Kalau perkataan yang digunakan berbeza-beza, sekejap shi shi sekejap kencing akan membuatkan anak confuse. Ini untuk memudahkan anak untuk memberitahu waktu nak kencing nanti.
Beritahu anak untuk kencing di tandas/potty. Boleh pakai buku bergambar dan cerita kepada anak untuk lebih jelas.
Biasakan anak pakai tandas kecil. Bagi anak biasakan dengan potty, contohnya letak sticker kegemaran atau pilih warna kegemaran supaya anak rasa potty khas untuknya.
Kerjasama antara suami isteri.
Kalau boleh biar ibu dan ayah ada di rumah ketika melatih anak supaya tidak rasa stres dan terbeban untuk mengajar anak ke tandas.Banyakkan pujian. Banyakkan pujian dan jangan marah mereka kerana mereka masih kecil dan memerlukan masa dan setiap kanak-kanak tak sama masanya untu latihan ke tandas.
Menarik: “Anak Dah Sepasang” Tak Mahu Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Tak Rancang Tambah Anak!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my