Jangan Over Protective, Biar Anak Bergerak Dan Bermain. Cikgu Ini Ada Penjelasan Lengkap Supaya Ibu Ayah Alert

Share

Pastinya apabila punya cahaya mata, ibu ayah akan menatang anak bagaikan minyak yang penuh. Hingga ada yang tidak berani nak bawa anak ke luar rumah bermain (out door aktiviti) bimbang dijangkiti sebarang penyakit.

Namun, hakikatnya cara terlalu over protective (terlalu melindungi) anak akan menjejaskan sistem kekebalan tubuh badan anak itu secara semula jadi. Melalui perkongsian Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, puan Azlina Johari atau dikenali sebagai Teacher Ina, punya pendirian mengenai perkembangan kanak-kanak. Katanya, kanak-kanak perlu diberi hak untuk melakukan penerokaan sejak bayi lagi merangkumi tempat yang punya cahaya matahari. Namun tidak bagi kawasan orang ramai seperti pasaraya. Dengan pengalaman 12 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, moga panduan yang diberi menjadi inspirasi buat ibu bapa dapat memastikan anak-anak membesar dengan persekitaran yang selamat dan menjana minda.

Outdoor vs indoor everyone?

Ok saya perkenalkan diri..selain TFA Founder, saya ada anak yang Premature dgn several complication+surgery dan saya juga di Tahun akhir Master in Psychology(Edu) dan memiliki ECE dip Psychology selain 12 tahun practice dan advocate. Saya juga memang suka travel dan obviously kinesthetic dan juga byk terlibat dgn pelbagai ece jawatankuasa dan aktiviti dlm dan luar Malaysia..

Jadi apa yang saya tulis adalah bersandarkan pengalaman+pengetahuan+pembelajaran dan kajian orang.

Melahirkan Premature yang kemudiannya di NICU dan kena surgery pulak baby + 6 month kuarantin utk make sure lung dah bersedia (ms tu tahun 2015 musim jerebu yg sekolah pon darurat xboleh ke sekolah) so mmg sgt mencabar
Dari sudut lain, saya mmg tahu baby perlukan sensori exposure utk melengkapkan 7 sensories utk base otak yg kuat. Kekangan dan pengetahuan tak selari utk kes saya.

So indoor ke outdoor?
Utk my case, Aulia dikuarantin indoor dan nasib saya baik kerana teachers di TFA terlatih dan boleh handle prem baby dgn mudah wpun ms tu 1st time prem baby di TFA (Prem toddlers ramai lah)…hujung minggu saya akan bw aulia ke TFA utk sensories yg ada di sana. Aulia complete semua vaksin + Pneumococoal..Ok cukup ttg aulia (Nnt mlm kalau ada masa sy share ttg exposure journey dia-WORLDSCHOOLING+TFA)

Kanak-kanak dan bayi kena explore tapi kena pilih tempat 

Kanak-kanak dan Babies perlukan Exposure dan experience utk otak mereka berkembang dan immune badan semakin kuat.
Tetapi certain places utk mereka explore perlu dielakkan/dikurangkan pergi ketika usia Toddler sbb imune tgh terbina dan masih fragile.

Elakkan 

Tempat-tempat tu adalah tempat yg crowded…cth shopping complex, pasar mlm, indoor playground-yg takde jadual utk pembersihan/disinfection, kenduri kendara-elakkan org cium, pegang dll dan mana2 event yg crowded

Tempat yang ada sinaran mentari

Tempat yg dicdgkan yg outdoor yg mendapat sinaran mentari penuh supaya kuman dan virus ‘hangus lenyap’ dek panahan mentariseperti pantai, outdoor park, zoo dll
kenapa? Menurut Partens (dalam stages of Social Play) ada 6 stages iaitu Unoccupied, Solitary, Onlooker, Parallel, Associates dan Social..
Unoccupied dan solitary adalah baby bwh 8 bulan (roughly lah) dimana mereka main sendiri..tetapi bila masuk stage ke 3, Onlooker, anak perlu melihat rakan bermain walaupun tak join ms tu sebelum dia boleh move onto stage ke 4 parallel bermain sebelah2 tapi tak bersama2. kalau tiada peningkatan stage ni, akan wujud masalah kelak smpai dewasa (kajian dah buktikan)

Menurut Williams and Shellenberger (dalam Pyramid of learning, 1996), stage plg asas yg perlu dilengkapi adalah 7 sensories..jika terdapat ketidaklengkapan pd stages ni akan berlaku kecelaruan dalam otak dan effect dia delay kepada kanak2 yg mana jika tiada intervention akan sampai dewasa. dan sy pernah baca dlm buku(pernah share di fb sy sblm ni) , delay boleh di baiki dgn intervention, tetapi otak tetap tidak akan dpt ok sepenuhnya..meaning still akan ada efek cuma at least dah pulih kan,,sbb tu sy selalu share pentingnya stimulasi awal utk pencegahan berbanding pembaikpulihan(intervention) namun intervensi lebih baik dari terus denial dan tak buat apa2.

Anak-anak yang sakit seharusnya tidak dibawa keluar dan dikuarantin dirumah sehingga sembut utk mengelakkan jangkitan kpd kanak2 sihat yang lain..Ini seharusnya berlaku, jika ini diamalkan tiada mslh nak bawa ke crowded places pon.

Enam tahun pertama anak kena aktif aktiviti out door

Rujuk kpd buku NewScientist page 129 , by age of 6 95% otak dah develop. Sangatlah rugi kalau 6 tahun pertama anak di hadkan macam2 kerana ‘sangkaan’ kita ibu bapa sbb ruginya masa tu xkan kembali. by age of 3 setiap saat otak akan buat new connection sebanyak 700-1000 connection antara neuron ke neuron melalui synapses dan dgn stimulasi dan exposure yg baik, ia boleh mencapai ke millions dalm 1 saat.

Yes! Wajib alert dengan kesihatan dan keadaan anak. Tetapi cahaya matahari yang ori membantu dlm perkembangan penglihatan dan kesihatan mata anak.

Dr Spocks dlm buku di pon ada sebut, ‘It is good for a baby to get outdoors for two or three hours a day’ (page 86).

fitrah Tuhan dah jadikan by age of 6 bulan ke 2 tahun anak akan start masukkan benda yg dipegang dlm mulut, utk mereka explore.

Rujuk pula pd buku Toxic Childhood, Dr Shayer ada sebut ttg tahun 1990 adalah tahun dimana bermulanya pasir dan air dah tidak lagi disentuh oleh baby(beliau mention infant ye) dan diganti dgn screen dan flashcard.Dari buku yg sama (pg 53) Dr Christine Macintyre (expert in childdren) baby kena sentuh, genggam dan explore dan dimonitor oleh org dewasa utk perkembangan otak dan ibu bapa yg obsess dgn kebersihan dan keselamatan telah memberhentikan explorasi yg seharusnya baby tu lalui utk otak.

setakat ni saja..nnt siap lak keseluruhan LR kalau nak tulis panjang2..sy dah try tulis penulisan ilmiah sesantai yg mungkin utk mudah difahami..

kesimpulannya.. Bergerak, bermain, jgn over protective dan nature adalah perkara yg membantu perkembangan otak kanak2..

kalau tak xkan Einstein qoute “Look deep into nature, and then you will understand everything better”

Jika ditanya pd saya outdoor vs indoor..semua dah tau kan tgk je konsep playschool dan playgroup saya dan juga Worldschooling aulia..dan di atas ini adalah fakta dan reason nya..

the choice is urs..Choose wisely ok.. 
Teacher Ina 
Tfa Playgroup Founder 
Taska fantasia alam Founder 

Sumber: Ina Oh Ina