“Peniaga, kalau kalian tak letak katira dalam air kalian, jangan namakan air tu air katira. Saya rasa, ramai yang tak tahu katira tu apa,” luah Dr Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan baru-baru ini yang berjaya mencuri tumpuan warganet.
Sebagaimana semua maklum, Air Katira cukup digemari ramai pada bulan puasa dan sering dapat dilihat dijual di bazar-bazar Ramadan. Pun begitu, bila menyebut tentang katira, tidak semua mengenali apa sebenarnya bahan ‘katira’yang digunakan dalam air tersebut.
Menurutnya perkongsian info daripada Dr Kamarul Ariffin bahawa Katira itu sebenarnya adalah getah (sap) dari sejenis tumbuhan. Masa kita beli, ia kering dan bila direndam akan mengembang.
“Di Timur tengah, mereka gunakan air mawar untuk tambah wangi. Di Malaysia kita gantikan dengan pandan, sebab tu air katira di sini berwarna hijau.
“Peniaga sekarang banyak gunakan pewarna hijau, kordial “honey dew” atau pisang, dan tak ada katira pun dalam air katira mereka. Sangat melencong jauh.
“Kalau nak resepi Katira Johor yang saya buat guna katira betul, ini resipinya,” ujarnya.
Jadi bila ada yang berkongsi resipi asli air Katira Johor, bolehlah anda sediakan sendiri untuk menikmati rasa yang sebenar. Selamat mencuba.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Air Katira Johor by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan:
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
Cara-cara penyediaan boleh lihat di kapsyen setiap gambar. Jom lihat
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club