Bila masuk bulan ramadan ni, tak dinafikan sesekali pasti akan teringat kenangan bersama yang tersayang. Lebih-lebih lagi bagi orang yang sudah tiada meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Baru-baru ini, penyanyi lagenda, Datuk Hattan ada meluahkan rasa rindu kepada ibunya memandangkan sekarang kita berada di bulan yang mulia, malah memberi cadangan untuk adik beradik berkumpul untuk membersihkan dan menziarah kubur mereka yang sudah pergi.
Bukan cuma itu, perkongsian berbentuk video yang dimuat naik di laman instagram miliknya itu juga terselit pesanan kepada orang di luar sana yang amat menusuk kalbu lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan seorang ibu.
Dalam video berdurasi 1 minit itu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin berkata sekiranya si anak telah menjatuhkan air mata ibu, maka dengan itu segala kemewahan yang dimilikinya langsung tidak bermakna.
“Ibu kita ni jangan sesekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita.
“Tak kisah macam mana tinggi pun kita berdiri di muka bumi ni, tapi kita mengguriskan hati ibu, baik pergi minta ampun.
Ads
“Kalau jatuh kebawah, sakit. Macam mana berjaya pun tak ada makna. Sebab apa? Dalam masa 24 jam semua benda boleh hilang dalam sekelip mata.
“Banyak kali dah terbukti benda macam ni. Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya untuk kita. Kena ingat tu,” pesannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat peribadi pelantun lagu ‘Gadis Jolobu’ ini. Malah, ada yang mengatakan bertuah bagi sesiapa yang masih ada ibu dan jangan pernah abaikan mereka demi orang lain.
Dalam banyak-banyak kerja rumah yang dibuat oleh surirumah, selain dari lipat kain, benda lain yang paling berat mak-mak nak buat semestinya gosok baju. Lebih-lebih lagi bila ada anak ramai nak gosok baju sekolah anak, tambah pula dengan baju kerja suami! Tahap lenguh dia tu fuhh menguji iman tau!
Pasang niat nak beli seterika mahal yang jenis wap, berfikir juga jadinya bila tengok harganya!
Tak mengapa, jangan risau dan bersungut lagi! Mak-mak simpan je duit tu, cer cuba try test hacks mudah nak dapatkan hasil gosokan yang licin dua belah pakaian tanpa perlu kalih bajunya dengan hanya guna seterika biasa? Meh tengok tip yang dikongsikan oleh Jules Pitch di laman Tiktoknya ni!
Tip Gosok Baju Mudah Macam Steam Iron
Buat para wanita yang teringin nak pakai steam iron, gosok sebelah saja tapi masih tiada bajet boleh guna tip ini. Caranya:
-Cuma guna aluminium foil saja. Tanggalkan alas iron board kemudian balut dengan aluminium foil.
-Selepas itu pasang semula alas tadi, dah siap boleh guna untuk menggosok dengan seterika biasa.
-Hasilnya bila seterika baju, bahagian belakang akan licin sekali, jadi kuranglah kerja kita.
Nak tengok video penuh? Tengok di bawah ini. Semoga membantu!
Kalau ditanyakan soalan ini, ‘bila kali terakhir anda sebagai ibu bapa puji anak-anak?’ rasa-rasa anda boleh jawab tak?
Sedangkan kita yang dewasa ni kalau orang puji pun boleh senyum simpul, terbawa-bawa pujian tu seharian, apatah lagi anak-anak yang tiada siapa yang boleh diharapkan untuk beri pujian kepada mereka selain ibu bapa mereka.
Ingat tau, kat rumah macam-macam benda kita boleh buat dengan anak, momen dalam rumah itu sendiri boleh menghidupkan hari-hari mereka. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini. Jom kita hayati perkongsiannya!
Setiap hari, kita diberi terlalu banyak peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak kita.
Magic Moments ini ialah detik yang anak kita akan sentiasa teringat tentang kita sampailah mereka dewasa nanti.
Bayangkan anak kita baru lepas letak elok-elok pinggan dan cawan dalam sinki lepas makan. Dia pun dengan gembiranya panggil kita untuk tengok hasil kebaikan dia.
Cepat-cepat kita pergi tengok, kita buat-buat terkejut, tepuk tangan siap peluk anak kita.
“Wahhh, kakak dah besar. Pandai letak pinggan dalam sinki lepas makan.”
Senyumlah anak kita sepanjang malam. Detik itu akan jadi satu Magic Moment untuk mereka.
Kenapa magik? Sebab antara berjuta detik yang lain, detik itulah yang dia boleh ingat sampai bila-bila. Itulah magiknya.
Lagi banyak Magic Moments tersimpan dalam memori anak kita, lagi bahagialah anak kita. Bayangkan zaman kanak-kanak anak kita dipenuhi dengan ribuan Magic Moments yang hebat.
Tapi, saya sendiri banyak terlepas peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak saya.
Pernah anak saya teruja nak tunjukkan sejenis ikan berkaki yang baru dia belajar pagi tu. Saya pula sibuk dengan urusan lain. Berkali-kali dia cuba nak beritahu saya pasal ikan tu.
Bila kerja saya dah selesai, anak saya pun dah tertidur. Saya fikir remeh aja cerita ikan tu. Terlintas dalam hati, esok mesti dia dah lupa pasal cerita ikan tu.
Itulah silap saya.
Esok paginya, anak saya datang dan dengan suara perlahan dia kata lepas ni dia dah tak nak cerita apa-apa lagi bila dia belajar benda baru.
Allahuakbar, saya menangis. Remuk hati ini.
Terus saya minta maaf pada anak. Leka betul diri ni. Macam tu cara Allah bagi amaran pada saya.
Sebenarnya, anak kita akan ketagih nak berkelakuan baik bila kita selalu “tangkap” dia betul-betul lepas dia buat perkara yang baik.
Bila kita beri ganjaran selepas dia buat apa-apa kebaikan, Magic Moments itu lebih mudah tercipta.
Ganjaran macam duit, permainan dan coklat bukanlah tak baik tapi ia tak sehebat ganjaran yang saya nak kongsikan ni.
Contoh ganjaran atau hadiah yang lebih hebat :
✅ Diberi kasih sayang – dalam bentuk pelukan, ciuman, high five, senyuman atau meletak tangan kita pada bahu anak.
✅ Pujian – puji secara spesifik kelakuan anak yang kita suka. – Contoh:
“Baguslah abang senyap je masa mama bercakap melalui telefon dengan nenek.”
“Kakaklah pembantu mama yang paling rajin sekali. Semua permainan kakak dah susun elok-elok dalam laci.”
✅ Diberi perhatian yang lebih atau dapat buat aktiviti khas. – main game board dengan mak ayah – mak ayah baca buku cerita bersama – tolong mak ayah sediakan makan malam – dapat pergi ke zoo bersama mak ayah.
American Academy of Pediatrics dan American Association of Child and Adolescent Psychiatry pun menyokong jika kita beri ganjaran sosial begini.
Sungguh kawan-kawan.
Kita terlalu banyak “tangkap” anak ketika mereka buat salah sampai kita terlupa nak “tangkap” mereka kita mereka berbuat baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.