
Mungkin banyak lelaki menganggap ini perkara remeh yang cuba dibesar-besarkan oleh isteri. Namun jangan tak tahu inilah jalan pintas untuk buka pintu rezeki sang suami. Sebab tu jangan kedekut nak ‘kenyangkan perut anak dan isteri walaupun mungkin dalam wallet ada duit ngam-ngam je. setiap suapan isteri memberi pahala kepada suami.
Itulah yang dikongsikan oleh pengarah dan penerbit terkenal sheilarusly_jspictures berkongsi nasihat kepada para suami di luar sana dalam menghargai isteri masing-masing.
.
Jangan marah kalau isteri kuat makan..Jangan bising kalau isteri gemuk. Kerana setiap suapan isteri pahala buat suami..
.
10 suapan isteri 10 pahala suami. Bila badan isteri berisi tandanya suami memahami. Jommm bawak isteri makan kat The Dim Sum Place harini @thedimsumplacekl
#thedimsumplacekl #jsrasa #sentiasabersyukur #alhamdulillah
“Walau Serba Kekurangan, Sejuk Mata Memandang, Tersusun Dan Cantik.” Luar Nampak Biasa Aje Tapi Dalam Kemas Dan Bersih!

Sejuk mata memandang rumah yg bersih dan kemas ini biarpun rumah kecik jika pandai kemas dan cantik hasilnya memang memukau mata.
Biarpun rumah biasa-biasa aje, ia bukan alasan untuk menjadikan rumah kelihatan kotor.
Begitulah menerusi perkongsian puan Norimah Khalid yang berkongsi sebuah rumah yang diluar kelihatan sebuah rumah yang dihuni sebuah keluarga yang menjalani kehidupan biasa. Namun didalam kediaman ini sungguh inspirasi!
Dihias cantik dan kemas biarpun barang yang digunakan biasa-biasa aje. Malah rata-rata warganet memuji sikap rajin pemilik kediaman berkenaan. Ikuti lanjut susun atur rumah ini.
______________
Bukan ukuran miskin atau kaya..kalau kita jaga kebersihan kita.rumah yang miskin pun boleh kelihatan kaya..
Rumah yang bersih adalah rumah yang bahagia .
BAHAGIAN LUAR RUMAH
Kelihatan biasa aje tanpa di cat namun tetap kemas dan bersih.
RUANG TAMU
Dekorasi sederhana namun cantik mempersona. Apa yang pasti bersih kemas dan tersusun.
KAMAR TIDUR
Ringkas tapi memikat mata memadang.
BAHAGIAN DAPUR
Bersih. Biarpun serba kekurangan, perkakasan dapur di susun dengan kemas.
Moga jadi inspirasi bahawa untuk hidup bahagia adalah pilihan kita. Hidup seadanya mampu juga bahagia!
Sumber: Norimah Khalid
Mesti baca: Ramai Anggap Biasa Je, Rupanya Ini Punca Tulang Jadi Reput. Take Note Semua!
Suami ‘Manjah’ Boleh Bantu Isteri Cepat Kurus, Tak Payah Dah Makan Pil Kurus

Isi Kandungan
ToggleSuami ‘manjah’ boleh bantu isteri cepat kurus, tak payah dah makan pil kurus. Oleh kerana terlalu bahagia, ada diantara anda yang makin bertambah berat badan. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan berat anda naik mendadak, antaranya ialah selepas bersalin.
Suami ‘Manjah’ Boleh Bantu Isteri Cepat Kurus
Namun, ada cara yang lebih ‘sweet’ mampu menurunkan berat badan dan berkesan serta mendadak selain berdiet. Kedengaran agak lucu, namun sebenarnya ianya rutin mudah dan sangat efektif!
Bagi anda yang memiliki suami yang suka bergurau dan suka bermanja, anda seorang yang sangat bertuah! Ini kerana, isteri mampu kurus mendadak jia suami suka bermanja dengan anda iaitu dengan pelukan sahaja.
PELUKAN SUAMI SEBENARNYA DAPAT MENGURANGKAN TAHAD KALESTROL DAN MENINGKATKAN KESIHATAN ISTERI. WALAUPUN PELUKAN YANG DIBERI ITU LEMBUT, KITA BOLEH RASAI SENDIRI GENTARAN HANGAT DALAM JIWA RAGA KITA.
Suami yang ingin Isterinya menurunkan berat badan digalakkan untuk peluk isterinya lebih kerap. Namun pelukan bukan hanya pelukan. Anda perlu tahu apa yang si suami ingin sampaikan melalui pelukan.
Tak Payah Dah Makan Pil Kurus
Berikut adalah 5 jenis pelukan suami dan maknanya.
1. Pelukan Merangkul Seluruh Tubuh Anda
Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga beerti pasangan anda ingin meminta maaf.
2. Memeluk Sambil Meletakkan Kepalanya Di Bahu
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalakn ciuman dibahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.
3. Pelukan Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.
4. Pelukan Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.
5. Pelukan Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya sebuah . Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat kepada anda.
Apabila sudah berumah tangga, sungguh malang jika suami isteri tinggal serumah, tidur sekatil, tetapi tidak saling berpelukan. Kajian mendapati bahawa pelukan dan gurauan mesra dapat mengubati kegusaran, penyakit, rasa berserorangan, tekanan dan murung.
Semesti ada sebab kenapa isteri suka dipeluk dan memeluk suami. Pelukan yang romantis, mesra dan hangat, rapat dari hati ke hati.
Suami perlu tahu, isteri memang suka dipeluk dan digomol. Lebih-lebih lagi pelukan ‘surprise’ dari belakang. Amalkan selalu, semoga bahagia rumah tangga!
Sumber: Petikan dari Empire Media Network
Kredit foto (top image): Rozita Che Wan @ Che Ta
Baca artikel lain juga: Suami Uyaina Dipuji Prihatin Bawa Isteri Lepas Bersalin, Siap Tampal Nota. Patutlah Ramai Puji!
Datuk Red Sah Duda, Datin Red Enggan Tuntut Nafkah Kasihankan Bekas Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sebab Kesian, Anak Pun Jadi Raja Dalam Rumah. Ibu Bapa Kena Alert Hal Ini.

Cara mendidik anak yang betul itu penting. Tapi dalam sibuk mendidik anak, kita mungkin terlepas pandang
Mendidik anak-anak adalah sesuatu perkara yang mencabar. Namun kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tidak sedar.
Biarpun isu yang diulas ini, telah diperkatakan sebelum ini, tapi ia masih ‘valid’ untuk mendidik ibu bapa agar jangan alpa tentang isu ‘anak jadi raja di rumah.’
Kenapa agaknya perkara ini berlaku? Ikut perkongsian Puan Zainab Ngah menerusi facebooknya. Moga jadi iktibar bersama.
IKUTI PERKONGSIAN INI
‘Benar atau tidak. Didik anak menjadi hamba agar ibu bapa tidak melahirkan tuan.’
Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi
+ *Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone*
+ *Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang dibuat cincai2 sebab terpaksa*.
+ *Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan*.
Budaya *anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang.*
Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi “hamba” sedari kecil
+ Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka
+ Mereka tidak diajar untuk memahami bagaimana keadaannya bila di tempat ibu bapa mereka
SEBAB KESIAN PADA ANAK
Alasannya?
+ “Kesian anak tu kecik lagi..”
+ “Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”
+ “Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk *menjadi “hamba” anak sampai ke tua.*
+ Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak *menyusahkan mak ayah.* Ini terjadi dalam dunia masa kini.
+ Baju laki bini anak beranak mak basuh
+ Makan laki bini anak beranak mak masak
Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa
+ Mereka akan buat secara terpaksa
+ Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka
Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak ayah mereka.
+ *Sementara si anak sedap menggoyang kaki*
Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya.
INI KENA BUAT
Bila besar mereka akan mampu berdikari
+ *Usah terlalu kasihankan anak*
+ *Jangan terlalu memanjakan anak*
+ Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
+ Ajar mereka tentang kerja rumah
+ Ajar mereka erti kehidupan
+ Pupuk kesedaran dalam diri mereka
+ *Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan*
+ *Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik*
Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba
Abaikan mulut-mulut puaka mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita
Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.
Sumber: Zainab Ngah