
Mungkin banyak lelaki menganggap ini perkara remeh yang cuba dibesar-besarkan oleh isteri. Namun jangan tak tahu inilah jalan pintas untuk buka pintu rezeki sang suami. Sebab tu jangan kedekut nak ‘kenyangkan perut anak dan isteri walaupun mungkin dalam wallet ada duit ngam-ngam je.
setiap suapan isteri memberi pahala kepada suami. Itulah yang dikongsikan oleh pengarah dan penerbit terkenal sheilarusly_jspictures berkongsi nasihat kepada para suami di luar sana dalam menghargai isteri masing-masing.
Jangan marah kalau isteri kuat makan..Jangan bising kalau isteri gemuk. Kerana setiap suapan isteri pahala buat suami..
10 suapan isteri 10 pahala suami. Bila badan isteri berisi tandanya suami memahami. Jommm bawak isteri makan kat The Dim Sum Place harini @thedimsumplacekl
#thedimsumplacekl #jsrasa #sentiasabersyukur #alhamdulillah
Jangan Buat Main Dengan Minyak Angin, Dr Ni Jelaskan Ada Bahayanya & Kena Ambil Tahu!

Menjadi kebiasaan ramai antara kita, pantang ada rasa lenguh-lenuh, gatal-gatal, sakit badan, senak perut dan beberapa keadaan yang membuatkan kita rasa tidak selesa, pasti akan mencari minyak angin untuk meredakannya.
Tanggapan kita sudah pastinya mahu segera sembuh dan merasakan tiada apa yang serius boleh berlaku bilamana menggunakan minyak angin ini. Pun begitu, pendedahan daripada seorang doktor ini wajar kita ambil tumpuan agar tindakan kita selama ini tidak mengundang bahaya pada keluarga kita.
Jadi cuba fahami dan hadam penerangan ringkas daripada Dr Rushdan Noor ini.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MINYAK ANGIN
Minyak angin adalah sejenis minyak sapuan ataupun topikal yang selalu digunakan oleh masyarakat kita. Terdapat terlalu banyak jenama minyak angin di pasaran. Ia boleh dikatakan minyak serbaguna untuk mengurangkan gejala sakit, kembung perut, melegakan hidung tersumbat, gatal, gigitan serangga dan lain-lain lagi. Sebenarnya di dalam minyak angin itu terkandung ubat yang dicampurkan bersama minyak.
Ada 3 jenis ubat yang seringkali dimasukkan ke dalam minyak angin iaitu Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor.
Ketiga-tiga ingredient ini bertindak sinergistik untuk mengurangkan keradangan, memanaskan, menyaman dan memberi aroma melalui perawapan. Methyl Salicylate adalah antikeradangan dan bertanggungjawab menghasilkan kepanasan, Menthol pula adalah untuk aroma dan memberi kesan kesejukan. Camphor juga mempunyai kesan yang sama disamping mengurangkan kegatalan, mudah meruap dan menyamankan. Methyl Salicylate adalah racun berjadual dan perlu mematuhi peraturan KKM jika hendak digunakan sebagai ubat.
Ketiga-tiga ubat yang dinyatakan di atas sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul dan digunakan ke atas kanak-kanak (rujuk pautan di bawah).
Ubat-ubat ini jika disapukan pada permukaan kulit dalam kuantiti yang banyak boleh meresap masuk ke dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan. Terdapat lapuran keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yang menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yang tersendiri.
Kami pernah melapurkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yang dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit. Semasa usia kandungan cukup bulan, beliau mengalami masalah loya dan pening. Ujian CTG/jantung ke atas anak mendapati anak lemas dan pembedahan Caesarean Section perlu dilakukan.
Semasa pembedahan, pakar bius terkejut dengan kesukaran mereka mengendalikan kes ini. Ujian darah menunjukkan asidosis dan selepas pembedahan,pesakit perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi. Anak tidak dapat diselamatkan dan ibu perlu di rawat di ICU selama beberapa hari. Berdasarkan kepada sejarah menggunakan minyak angin, ujian darah untuk mengukur kandungan Salicylate menunjukkan kandungan yang tinggi dan ini mengesahkan kes keracunan Salicylate.
Pada hari ini minyak angin sangat mudah dihasilkan oleh sesiapa sahaja kerana ketiga-tiga ubat di atas mudah dibeli melalui atas talian dalam bentuk serbuk. Ada juga pengilang yang menghasilkan ubat ini dalam bentuk krim, losyen dan juga tempelan. Untuk melariskan lagi jualan, penjual akan memasukkan bermacam-macam herba ke dalamnya termasuk pati gamat, akar kayu dan lain-lain. Apa sahaja yang ditambah ke dalam minyak angin ini sebenarnya tidak ada peranan yang besar kerana semua kesan mengurangkan gejala itu diberikan oleh 3 ubat yang saya sebutkan di atas.
Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat-ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya. Paling baik jika anda mengalami apa-apa gejala, berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca penyakit daripada cuba untuk merawat diri sendiri. Minyak angin dan bum tidak merawat penyakit tetapi hanya mengurangkan gejala. Ubat-ubat yang tersebut di atas boleh juga dimasukkan secara diam2 tanpa pengetahuan pengguna.
sumber: DDr Rushdan Noor
Medical Mythbusters Malaysia
30hb Jan 2019
Tak Guna Bahan Pengawet, Cili Kisar Boleh Tahan Sampai 3 bulan. Wanita Ni Kongsi Caranya!

cili kisar terlalu lama adakalanya buat ia menjadi berkulat malah timbul seperti kelapuk putih di permukaannya. Walaupun tidak berbau, cili kisar ini sebenarnya masih boleh digunakan ketika memasak.
Namun ada caranya hendak menyimpan cili kisar ini lebih lama daripada yang dijangka. Malah kulapak putih pun pasti tidak ada lagi. Ini cara yang dikongsikan oleh Roazura Baharimenerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat 😢
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan , buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili )
# air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk..Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan..Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan korang.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kacang Goreng Homemade Untuk Kudap-Kudapan. Rangup & Sedap, Mudah Pula Tu. Ini Resipinya!

Kacang Goreng homemade ni memang sangat mudah nak buat. Malah kudap-kudap sedap ni tak guna banyak bahan. Kalau nikmati sambil tonton TV, memang ralit. Sekejap je dah habis satu balang. Kos nya pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni. Anak-anak dan suami pasti suka.
RESEPI KACANG GORENG HOMEMADE SEDAP UNTUK KUDAP-KUDAPAN
KACANG TANAH GORENG
Bahan-bahan:
Kacang tanah besar
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk rencah nasi goreng
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
Cara Memasak:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.