Pantang nampak orang pegang tuala malam-malam nak jejak bilik air, nanti ada orang bersuara, “mandi la malam-malam, nanti paru-paru berair baru tau!”. Pernah dengar tak?

Disebabkan selalu dimomokkan dengan benda macam ni, terus orang percaya bulat-bulat dan mula la sampaikan kat orang lain. Sampaikan ada yang takut lah mandi malam-malam meskipun waktu tu panas gila!

Haa buang keraguan anda tu, baca perkongsian dari Fatin Zahra ni. Semoga bermanfaat buat semua!

Punca sebenar paru-paru berair

Cecair dalam paru-paru boleh jadi kurang protein (transudative) ataupun kaya dengan protein (exudative).

Transudantive pleural effusion disebabkan oleh cecair yang bocor masuk ke dalam ruang plural akibat daripada peningkatan tekanan di dalam salur darah.

Antara penyebab utama transudative pleural effusion ialah sakit jantung.

Selain itu, exudative effusion pula berpunca daripada saluran darah yang tersumbat ataupun mengalami inflamasi, jangkitan, kecederaan pada paru-paru ataupun tumor.

Pneumonia, tuberkulosis, limfoma dan arthritis boleh sebabkan individu mengalami exudative effusion.

Beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh akibatkan paru-paru jadi berair.

Individu yang mempunyai kanser seperti kanser paru-paru dan kanser payudara juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap efusi pleural.

Kadang-kadang, cecair tersebut sendiri boleh menjadi malignan (kanser). Selain itu, paru-paru boleh jadi berair disebabkan oleh rawatan kanser seperti kemoterapi.

IKLAN

“Jangan Mandi Malam, Nanti Paru-Paru Berair!” Betul Ke? Ini Jawapannya

Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan peparu berair termasuklah:

1. Merokok dan minum minuman keras.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Pernah terdedah kepada asbestos.

Tidak ada lagi bukti yang mengaitkan mandi malam dengan peparu berair. Malah, mandi pada waktu malam terbukti boleh membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak!

Kenali simptom paru-paru berair

Individu yang mengalami peparu berair mungkin akan alami simptom berikut:

# Sesak nafas.
# Batuk kering.
# Rasa ketat pada kawasan dada.
# Tidak boleh berbaring.
# Tidak boleh bersenam.
# Kerap rasa tidak sihat.

IKLAN

Namun, bukan semua pesakit yang mengalami peparu berair mengalami simptom yang sama seperti di atas.

Jika anda rasa tidak selesa pada kawasan dada, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

“Jangan Mandi Malam, Nanti Paru-Paru Berair!” Betul Ke? Ini Jawapannya

Boleh ke air masuk ke dalam peparu disebabkan mandi malam?

Setakat ini, tidak ada lagi bukti kukuh yang boleh mengaitkan mandi malam dengan paru-paru berair.

Seperti yang digariskan di dalam artikel di atas, individu yang mempunyai kanser, sakit jantung, pneumonia, ataupun tuberculosis merupakan antara yang berisiko untuk mendapat paru-paru berair.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut, anda boleh elak paru-paru berair dengan cara:

IKLAN

1. Jangan merokok
Merokok boleh menambah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Jika anda tidak mampu untuk berhenti sendiri, cuba dapatkan nasihat daripada pakar.

Anda juga boleh melawat Klinik Berhenti Merokok yang terletak di hospital-hospital besar seluruh negara.

2. Makan makanan yang sihat
Amalkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan tinggi kandungan gula, garam dan berlemak.

3. Pantau kadar kolesterol dalam darah
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh membuatkan anda menghidap pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung dan juga kanser.

Dengan cara mengubah gaya hidup, anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

“Jangan Mandi Malam, Nanti Paru-Paru Berair!” Betul Ke? Ini Jawapannya

Kesimpulan

Mandi pada waktu malam tidak mungkin menjadi punca paru-paru berair. Berdasarkan artikel di atas, sakit kanser, sakit jantung dan lain-lain merupakan punca sebenar penyakit ini.

Tidak ada masalah untuk mandi malam. Malah, mandi waktu malam amat digalakkan terutama sekali untuk menghilangkan rasa stres setelah seharian berkerja.

Selepas ini, sebelum anda percaya apa-apa kenyataan yang tidak masuk akal, buat kajian terlebih dahulu ya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI