Tidak salah jika ingin reward diri dengan berbelanja diluar kebiasaaan setelah berkerja keras selama ini. Asalkan pada masa yang sama tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Ia adalah terapi buat anda. Tidak kiralah barangan mewah atau murah, reward diri ini adalah pelbagai asalkan ia akan membuatkan anda berasa gembira setelah melakukannya. Malah ada juga yang reward dengan cara bercuti, ke spa atau makanan mewah. Perkongsian lelaki ini Hafiz Mustapha sungguh inspirasi untuk kita menghargai diri dengan lebih baik.


Seorang peserta mengadu pada saya yang dia diperli oleh kakak ipar kerana membeli shawl berharga RM500. Di yang bekerja sebagai kerani dikatakan membazir duit dan beli barang tak padan dengan gaji kerani. 

Ads

Peserta tu bagitahu dia mengumpul duit beberapa bulan untuk shawl tersebut. Terlalu teringin dan hanya beli sehelai je. Bukan selalu pun beli barang mahal. 
Pendapat saya memang sah lah kakak ipar dia tu ada sedikit iri hati. Mungkin juga jenis yang kerjanya suka membawang. Kerja banyak tapi suka membawang.
Pesanan saya JANGAN MALU untuk berbelanja selepas kita bekerja keras. Hanya kita yang tahu menguruskan kewangan kita. Lain orang lain selera. Aminah suka bermewah beli baju tetapi Rogayah suka mewah bab makan. 

Ads

Reward diri dengan berbelanja

Ads

Jangan  Malu Reward Diri Selepas Bekerja Keras. Asalkan Tahu Menguruskan Kewangan Dengan Sempurna
Berbelanja mewah atau sedikit ‘extravagant’ adalah cara kita untuk “REWARD” diri sendiri.
Jenis REWARD ini boleh bermacam jenis seperti travel, barangan berjenama, kereta, gajet, makanan atau memanjakan diri di spa.
Reward juga akan membuatkan kita rasa puas dan seterusnya kita tidak rasa terbeban untuk menolong orang lain. Kita rasa tertekan atau stress jika asyik memberi dan langsung tidak menerima. Contohnya duit gaji setiap bulan hanya dibelanjakan untuk keluarga sehingga melupakan kebajikan diri sendiri. Ada jenis ahli keluarga yang hanya tahu meminta tanpa memberi. Alasan mereka ialah keluarga mesti menolong keluarga. Kesannya ialah orang yang asyik memberi tanpa reward diri sendiri akan rasa dipergunakan. Akhirnya dia akan mula mengungkit pemberian.
Konsep ikhlas terus lupus.

Boleh beli asalkan tidak berhutang
Nak beli beg harga ribu-ribu, go for it asalkan tidak berhutang keliling pinggang.
Teringin pinggan mangkuk mahal? Beli je asalkan semua keperluan keluarga kita settlekan.
Sweater Gucci RM3800 jika ada saiz dan duit lebih ambil je..
Tshirt ‘bodoh’ Marc Jacobs harga RM500 pun jangan rasa bersalah hendak beli.
Bodoh-bodoh pun tak ambil duit orang lain.
JANGAN MALU untuk BERBELANJA untuk diri sendiri. Kerja kuat-kuat apa lah salahnya jika reward!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI