Pernah tak rasa segan bila nak order air kosong masa makan kat restoran? Lagi-lagi kalau restoran tu kategori mewah. Kadang-kadang waiter siap tanya lagi, “Air kosong je?
Evian tak nak ke?” Masa tu mulalah rasa serba salah, macam orang pandang kita tak mampu. Tapi tahu tak, pilih air kosong sebenarnya satu keputusan bijak untuk kesihatan kita?
Petikan dari Public Health ni memang patut kita hadam untuk kita berubah menjadi lebih sihat!
Ads
Tak perlu malu nak order air kosong, walaupun kat restoran mewah.
Jangan risau kalau waiter tanya, “Air kosong je? Evian tak nak ke?” Chill sahaja.. Kita pilih air kosong bukan sebab tiada duit atau nak jimat, tapi sebab utamakan kesihatan.
Kenapa air kosong?
• Hilangkan dahaga dengan cepat
• Rasa segar dan puas.
• Buat makanan rasa lagi sedap sebab tak ganggu dengan rasa manis.
• Jaga badan – dah cukup gula dari makanan, tak perlu tambah dari minuman.
So, air kosong bukan pilihan murah, tapi pilihan smart. Kesihatan kita lebih penting dari apa orang lain fikir!
Ads
So, lepas ni kalau makan kat luar, tak payah segan nak order air kosong. Biarlah apa orang nak kata, sebab kita tahu kita buat pilihan terbaik untuk badan kita. Kadang-kadang mindset masyarakat kita ni masih fikir air mahal nampak lebih ‘class’, tapi sebenarnya yang lebih penting adalah kesihatan diri.
Ads
Jangan risau kalau ada yang perli, “Air kosong je?” Jawab je dengan senyuman, “Ya, sebab saya utamakan kesihatan saya.” Pilihan bijak, badan sihat, hati pun puas!
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini Selasa lepas yang hanya turun di pangsapuri rumahnya untuk mengambil makanan dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.
Malah menurut kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, kanak-kanak itu pada mulanya diajak menaiki sebuah kereta oleh empat suspek, dengan seorang daripada mereka merupakan wanita yang memang dikenalinya.
Hussein berkata kanak-kanak itu kemudiannya ‘ditahan’ di sebuah pangsapuri yang disewa di Setia Alam, di sini selama empat hari dan sepanjang tempoh itu dia dipercayai dicabul oleh dua suspek berumur 13 dan 23 tahun.
“Suspek utama berusia 23 tahun itu juga telah berurusan dengan sindiket pelacuran di Chow Kit, Kuala Lumpur bagi urusan menjual kanak-kanak tersebut,” katanya.
Ketua Polis Selangor itu berkata tindakan pantas polis menguar-uarkan berita kehilangan kanak-kanak itu menyebabkan sindiket enggan meneruskan proses jual-beli yang dirancang, dan suspek kemudiannya bertindak menempah kenderaan e-hailing dan meminta kanak-kanak itu pulang ke rumah pada 12 Okt.
“Siasatan mendapati kanak-kanak itu juga dikhayalkan oleh suspek menggunakan rokok elektronik (vape) selain dipercayai turut didera, namun dia diberikan makanan sepanjang tempoh ditahan,” katanya.
Sabtu lepas polis menahan empat lelaki dan dua wanita di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran yang disyaki terlibat dalam kes itu, selain merampas kereta yang digunakan suspek.
Kredit Gambar: Harian Metro
Hussein berkata polis akan meminta lanjutan reman bagi semua enam suspek berumur 13 hingga 23 tahun yang tempoh tahanan mereka berakhir esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.
Beliau berkata polis juga sedang memburu dua lagi individu berkaitan sindiket pelacuran bagi membantu siasatan kes tersebut yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik orang daripada penjagaan sah.
Beberapa media sebelum ini melaporkan kehilangan kanak-kanak itu pada malam 8 Okt, dan Ahad lepas Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong mengesahkan kanak-kanak yang dipercayai diculik itu ditemukan selamat kira-kira 2.30 petang pada 12 Oktober.
Kredit: Bernama & Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setelah melalui fasa perpisahan yang penuh cabaran, kakak kepada penyanyi Dafi, Nina Ismail Sabri, kembali mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, dalam sebuah majlis penuh makna semalam.
Menerusi muat naik IG Story turut hadir di majlis berkenaan turut berkongsi momen manis itu yang yang mana dilihat Hafiz sah melafazkan akad nikah hanya dengan sekali lafaz.
Pasangan ini tampil anggun dalam busana sedondon serba putih, menonjolkan tema keindahan cinta yang tulus dan bersih. Hafiz tampak segak mengenakan baju Melayu moden, manakala Nina memukau dalam dress labuh berhias renda mewah yang direka khas.
Dalam detik yang penuh emosi itu, Nina turut menerima seutas rantai emas sebagai mas kahwin, simbolik kepada ikatan yang diperbaharui ini.
Majlis akad nikah mereka diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur, lokasi yang melengkapkan suasana eksklusif dan romantis pada hari bahagia tersebut. Dewan dihias dengan sentuhan klasik dan mewah, memancarkan kehangatan dan kebahagiaan pasangan mempelai yang kembali bersatu.
Terdahulu, Hafiz telah memuat naik satu video di Instagram memaparkan momen bahagia ketika dia melamar Nina.
Semoga ikatan kali ini membawa kebahagiaan berkekalan buat Nina dan Hafiz, membuktikan bahawa cinta sejati mampu mengatasi segala cabaran dan membawa kebahagiaan yang abadi.
Sekadar info, Nina pernah berkahwin dengan Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 dan bercerai pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie berusia 6 tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jangan ingat isteri yang tidak bekerja tidak boleh mempunyai akaun di KWSP. Bagi wanita yang bergelar suri rumah, i-Sayang adalah peluang untuk menjamin masa depan biar pun tidak bekerja.
Menurut KWSP Malaysia, i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri.
Menurut laporan Sinar Harian, kira-kira 86,000 golongan suami telah menyertai program i-Sayang sejak diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Mac 2023.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jumlah tersebut melibatkan pindahan caruman sebanyak RM22.1 juta setakat Ogos lalu.
“Program i-Sayang membolehkan suami memperuntukkan dua peratus daripada caruman KWSP bulanan (syer pekerja) secara sukarela ke akaun KWSP isteri,” katanya ketika sesi pertanyaan jawab lisan sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai langkah KWSP untuk meningkatkan semula simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.