Bukan calang-calang lelaki yang sanggup setia, susah dan senang ditanggung bersama. Dugaan dalam hidup berumah tangga membuatkan pasangan ini menjadikan hubungan mereka lebih kuat dan semakin erat.
Ini antara pasangan suami isteri yang boleh dijadikan contoh untuk suami isteri di luar sana.
Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bkn kerana makhluk & nafsu. jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yg kita minta. Itu antara pesanan yang dititipkan oleh Adam Corrie Lee dalam satu perkongsian.
Baru-baru ini Adam memuat naik perkongsian isterinya di laman instagram. Dalam perkongsian tersebut, Puan Fazi menitipkan pesanan buat kaum lelaki dan wanita.
Dia kata ; “Percaya atau tidak ,
Wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya.
Wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya..
Jadi kita sebagai wanita jgn cepat perasan, apabila ada org lelaki senyum, cakap manja-manja dgn kita…. jgn cepat jatuh hati… tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki.
Dan kpd lelaki, jgn main-mainkan wanita jika tiada niat yg betul. Jangan cuba suka suka nak test market.
Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya.
dan juga suami ku .
#adamcorrie
P/s: pernah terjadi pada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita .. tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal.
Dan ada juga saya tak perasan pon ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. redha je la.
Sumber: IG puan_fazi_fuad & adamcorrielee