Bagi setiap pasangan, tarikh anniversary amatlah penting. Lebih-lebih lagi pasangan yang baru berkahwin. Walaupun tiada sambutan, cukuplah dengan ucapan tanda menghargai dan mengingati.
Bagaimana kalau kita terlupa mengucapkan selamat ulang tahun pada pasangan? Huh! Jangan main-main dengan perkara ini lebih-lebih lagi dengan isteri.
Kadang-kadang perkara ini bukan disengajakan. Dengan kesibukan kerja dan juga jadual yang padat, tak mustahil kita akan terlupa dengan tarikh penting ini kan?
Seperti yang terjadi kepada penulis buku terkenal, Iddin Ramli yang terlupa tarikh istimewa itu sehingga menyebabkan isterinya menangis dan bad mood lebih-lebih lagi isterinya sudah membelikan hadiah buatnya.
Apa yang melucukan, sewaktu proses pujuk-memujuk dilakukan Iddin Ramli bersungguh memujuk isterinya itu yang masih menangis teresak-esak. Dengan penuh keyakinan dia menyebut tarikh anniversary mereka tanpa menyedari yang tarikh yang disebut itu salah.
“Tengah pujuk pun still salah tarikh anniversary. Hari anniversary kami 3 hb. Kenapa aku sebut dalam video ni 4 hb.”
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut sangat terhibur dengan insiden tersebut dan turut memahami kesedihan dan perasaan sensitif yang dirasai oleh si isteri.
@iddinramliiNasib baik boleh pujuk 😭
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Fad Bocey & Isteri Timang Anak Kelima. “Nanti Kami Share Gambar Baby”
Tahniah diucapkan buat Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Abdul Rahman yang selamat menimang anak kelimanya Jumaat lalu di sebuah hospital di Shah Alam.
Menerusi Instagramnya, Fad berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua serta memuat naik gambarnya memangku bayi kelimanya itu.
Malah bapa kepada lima cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur kerana isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan baik-baik saja.
“Alhamdulillah pada jam 9:20 pagi tadi isteri saya @syaheeraarahman selamat melahirkan baby ke 5 kami. Terima kasih untuk doa semua ye,” tulisnya ringkas.
Malah Fad menerusi entri yang sama turut berterima kasih kepada semua kakitangan dan doktor yang menyambut kelahiran anaknya dan mempermudahkan urusan isterinya.
“Terima kasih @drnorleen dan @avisenawcsh jaga wife dan baby saya, nanti saya vote doc untuk doc terbaik.
“Nanti kami share gambar baby okay,” tulisnya lagi.
Menerusi entri sebelumnya, terdahulu Fad memohon doa semua agar kelahiran anak kelimanya itu dipermudahkan.
“Bismillahirohmannirrohim, semoga dipermudah urusan my@syaheeraarahman melahirkan zuriat kami yang ke 5, mohon doa sahabat-sahabat semua ye..terima kasih.
“Dari first baby kami sampai yang ke 5, @avisenawcsh dan doctor Norleen tetap pilihan kami.Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Fad dan isterinya Syaheera Abdul Rahman mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini kini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Mereka Kiriman Tuhan Kepada Kami.” Bapa Ainul Mardhiah Lahir Rasa Syukur Dengan Sokongan Luar Biasa Para Doktor Dan Rakyat Malaysia.
Perkhabaran yang amat yang indah dan manis buat Ainul Mardhiah yang kini menjadi permata hati buat rakyat Malaysia setelah kisahnya menjadi tular ekoran menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor.
Semalam bayi perempuan berusia sembilan bulan ini telah berjaya melepasi risiko bahaya setelah menjalani pembedahan selama lima jam bagi membuang ketumbuhan seberat 200g. Pengakhiran yang manis dan bahagia buat Ainul Mardhiah. Di samping itu, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa mendoakan kesejahteraan anak bertuah ini.
Terkini, kira-kira lapan jam lalu melalui status di facebook milik Ahmad Safiuddin bapa kepada Ainul, melahirkan rasa kesyukuran dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh doktor-doktor dan rakyat Malaysia.
MEREKA DOKTOR YANG HEBAT!
Selain Dr Amalina, ainul juga ada aunty2 barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga. Mereka semua adalah Doktor doktor yang hebat!
Special thanks to Dr Jaseem ( Avisena ) and Dr Guna ( SJMC ) yang merupakan Doktor dari Malaysia yang menguruskan transfer ainul dari Malaysia ke London. Tugas mereka sangat berat kerana perlu memastikan ainul selamat ketika dalam perjalanan ( penerbangan 13 jam ). Alhamdulillah, Doktor berdua ini dapat hantar ainul di depan pintu hospital dengan selamat dan berjaya
Dan, Dr Razin ( Medical Director MAS ) yang bantu untuk membenarkan ainul lepas untuk menaiki flight. Dr Razin and team Mas banyak juga ambil tempat dalam menjayakan Ainul ke London. Special thanks dekat Pilot yang bawa ainul termasuk crew cabin yang banyak bantu kami di atas flight!
Setibanya kami di London, kami sekeluarga telah dijemput oleh Dr Fahja ( Anaes, UK ), Dr Najmiah ( anaes, UK ), Prof Dr Faridah ( Lect, UK ) dan Encik Jeffri wakil dari Kedutaan Malaysia termasuk wakil dari MAS London. Sepupu saya dari malaysia juga turut menemani kami dari malaysia, Dr Ruhaiza dari Hospital Melaka.
Mereka ini adalah kakak kakak kami di sini. Mereka bantu uruskan dari segi penginapan, makanan, dan sentiasa menyokong dan memberikan kata kata semangat buat kami suami isteri.
Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, sentiasa memudahkan urusan kami.
Mereka hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada ainul sahaja, the rest mereka uruskan. Baik sungguh hati!
Walaupun mereka semua sibuk dengan kerja dan keluarga masing masing, tapi sentiasa curi masa untuk bersama kami dan ainul di hospital.
Kami sangat-sangat gembira dengan Allah bila DIA telah kirimkan kepada kami pelbagai jenis manusia yang baik hati supaya dapat memudahkan segala urusan kami di sini.
Terima kasih yang tak terhingga Kak Fahja, Kak Mie, Kak Faridah, Aunty Haliza, Aunty Zahrah, Kak Sir, Aunty Sabariah, Wakil Kedutaan Malaysia; Encik Jeffri dan Dr Shafie.
Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua!
TERHARU SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM
Personally, saya walid kepada ainul mardhiah setuju dengan komen-komen yang sempat saya screenshot ini.
Sejak hari pertama viral, bermacam macam orang hubungi dan whatsapp saya.
Melayu, cina, india, sabah, sarawak, tidak kira agama semuanya ambil berat terhadap ainul.
Itu belum lagi orang yang tak ada duit, tapi berusaha juga bagi sumbangan kepada ainul ( walaupun saya berpuluh kali tolak penerimaan itu )
Sehingga jika ada page yang post tentang ainul, kita akan dapat lihat keharmonian rakyat malaysia!
Tahniah semua rakyat malaysia, doa anda telah dijawab oleh Tuhan! Kami suami isteri dan Ainul sangat terhutang budi terhadap anda semua. Semoga Tuhan merahmati kita semua. Amin!
#ProudToBeMalaysian
BAGAIKAN DILAHIRKAN SEMULA
Kakak, hari ni bergema lagi nama kakak. Hari ni ramai yang ucapkan syukur kepada Allah setelah Allah berikan pertolonganNya kepada kakak dan Allah telah memakbulkan doa kami semua. Sayang, cepat sihat ye!
Ainul dah sedar, alhamdulillah .
Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk make sure ainul betul-betul ok sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.
Terus doakan ainul kuat dan cepat sihat ye semua
Nak Anak Mudah Ikut Arahan, Mak Ayah Kena Tukar Cara Ni!
Asyik bagi arahan adakalanya buat mak ayah pening memikirkan cara bagaimana mendapatkan kerjasama anak.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, menukar cara arahan dengan menggunakan masalah sebagai kunci utama amat memberi kesan pada anak. Jom cuba ikuti perkongsian tip ini.
Bagi sesiapa yang rasa susah nak dapatkan kerjasama anak, cuba tips ni.
Teknik dia namanya ‘naming the problem’. Kita nak anak kita buat something. Tapi kita tak sebut. Sebaliknya, kita sebut masalah yang kita sedang nampak.
Tak paham? Ok begini. Kita bayangkan kita sedang jalan-jalan kat taman. Tiba-tiba ada sorang stranger tegur, “Bro, tali kasut tu ikat la!”
First reaction kita akan rasa,”Apahal suruh-suruh aku?” Walaupun lepas tu, kita buat je. Sebab yang disuruh tu, untuk kebaikan kita.
Tapi berbeza kalau stranger tu ‘menyatakan masalah’, “Tali kasut abang tak ikat.” Kita akan respon dengan, “Owh, terima kasih.”
Sebab apa? Sebab bila menamakan masalah, kita tak terasa ditekan, dipaksa, disuruh atau dikuasai.
Kenapa teknik ni lagi berkesan dari direct suruh anak?
1. Fitrah manusia kalau disuruh, makin berat nak buat. Dalam fizik ada istilah ‘FORCE CREATE RESISTANCE’.
Dalam konteks mendidik anak-anak pun sebenarnya pun macam tu.
Bila kita disuruh, automatik akan ada sedikit rasa terancam. Sebab otak kita detect suruhan sebagai tindakan nak kuasai diri kita. Tu sebab, lagi kita suruh, lagi kita paksa, lagi kita tekan, lagi bertambahlah anak tak nak buat.
2. Kaedah ini, cara terlembut nak dapatkan perhatian anak. Cara terbaik juga untuk bagi anak rasa diri dia berkuasa jadi problem solver.
Kita memberi anak ‘sense of achievement’. (Dalam Maslow Hierarchy of Needs, self actualization ni berada paling atas sekali.)
Bila kita point out masalah, anak akan terdetik dalam diri,
“Sebagai orang besar, aku patut tau apa nak buat.”
Cara ni juga, akan ajar anak untuk biasakan diri jadi mencari solusi bila ada masalah.
3. Sebagaimana kita penat menyuruh. Sebenarnya, anak pun ada masanya penat disuruh.
Cubalah. Tukarkan sikit ayat supaya kurang unsur suruhan dan paksaan.
Bear in mind, teknik ni mungkin tak berkesan kat anak kecik bawah 6 tahun. Mungkin juga tak berkesan untuk manusia Literal Thinking macam yang saya cerita kat post lepas. Tapi berbaloi untuk dicuba.
❌️ Basuh pinggan dengan cawan tu
✔️ Ada pinggan cawan korang dalam sinki tu
❌️ Kutip barang-barang korang atas lantai
✔️ Barang-barang korang ada atas lantai ni.
❌️ Kemas bilik tu
✔️️ Mama nampak bantal bilik korang bersepah tadi
❌️ Tolong mama basuh baju
✔️️ Baju kotor banyak tu dalam bakul
❌️ Pegi mandi cepat
✔️️ Mama nampak korang still pakai baju yang sama korang tidur malam tadi.
Semoga bila bukak sekolah nanti, bacaan darah tinggi kita tak naik. Rambut tak gugur, muka tak bertambah kedut dan jantung kekal berdegup tenang.
Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my