Berita

Jangan Main Beli! Kenali Fungsi Warna Oxygen Absorber Sebelum Guna

Share

Pernah tak beli oxygen absorber tanpa tahu fungsinya?  Kisah yang dikongsikan oleh Saiful Azmi ini jadi peringatan buat kita semua—jangan percaya bulat-bulat cakap penjual tanpa ilmu!

Setiap warna pada oxygen absorber ada fungsi berbeza untuk makanan tertentu. Salah pilih, makanan tak tahan lama seperti yang diharapkan! Jadi, sebelum guna, pastikan anda tahu beza antara hijau, biru, dan kuning supaya makanan kekal segar dan berkualiti.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsian penuh!

Alkisah beberapa hari yang lepas, di sebuah kedai bakeri.. tak yah cakaplah apa nama kan.. satu kisah tentang oxygen absorber ( food grade )..
Pembeli : Dik apa beza oxygen absober warna biru dan hijau. Akak nak letak untuk biskut
Staff kedai : Sama ja kak, packaging ja lain..
Aku yg dengar geleng kepala, kalau tak tahu jangan pandai2 buat tahu.. Moral of the story, jangan percaya 100% pada penjual. Aku jumpa akak tu dan terangkan.. mula2 dia rasa mcm percaya tak percaya.. betul ke mamat ni.. bila tunjuk business card baru dia senyum.
Ada beza ya sahabat2 semua, jangan main beli ja
1. Pastikan ianya food grade
2. Warna pada packaging menentukan fungsi pada makanan yg berlainan
Warna Hijau ( Food Dessicant )
* kelembapan relatif yang rendah
– kerepek
– biskut
– chips
– cakes
Warna Biru ( Dry Maestro )
– Kekacang
– Ikan bilis
– pasta
– beras
Warna Kuning ( Oxygen absorber )
– Tepung2
– rempah serbuk
** mengelakkan tepung & serbuk rempah lembap
But it doesn’t matter main hentam guna mana2 pun tapi tak mencapai fungsi yang optimum
Semoga bermanfaat
Sumber: saiful azmi suhaimi