Beras adalah makanan utama buat keluarga. Setiap hari akan memasak nasi untuk menjamu selera bersama keluarga.
Namun tahukah anda, sebenarnya membasuh beras juga adabnya menurut agama Islam agar beras yang dibasuh bersih dengan doanya sekali.
Nak tahu caranya ikuti petua ini untuk dijadikan amalan harian keluarga.
Ini caranya.
1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam
Sumber : Tasnim via MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club