
Anak terkena demam campak buat ibu-ibu mula runsing. Selain memikirkan susu yang turun naik secara mendadak, masalah parut yang bakal ditinggalkan juga buat ibu mula risau. Risau jika parut kekal hingga dewasa.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Tak Perlu Beli, Barang Dalam Rumah Boleh Bantu Rangsang Fine Motor Skill Anak!

Sebenarnya merangsang motor halus anak tidaklah sesukar mana. Dengan menggunakan barang dan perkakasan dalam rumah sahaja sudah mampu mendorong kemahiran motor halus anak.
Pilih dan berkreatiflah dengan apa yang ada di dalam rumah sahaja. Anak jadi lebih tertarik dan bijak menggunakan apa yang ada disekelilingnya. Nak tahu barang apa dan bagaimana nak rangsang anak?
Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi turut berkongsi kelebihan dan antara aktiviti mudah boleh dilakukan dengan anak-anak di rumah sambil merangsang motor halus mereka.
Kalau kita kreatif, banyak barang-barang dalam rumah boleh dijadikan mainan untuk asah Fine Motor Skill anak.
Anak yang power fine motor skill nya, akan suka menulis. Seronok buat kerja sekolah. Cepat siapkan kerja rumah. Tangkas guna peralatan. Cekap bermain. Tajam daya tumpuan.
Sebab tu kita sangat galakkan ibu ayah latih skil ni pada anak sedari kecil lagi.
Komponen Fine Motor Skill :
1️⃣ Pincer grasp:
Keupayaan menyepit menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.
2️⃣ Finger isolation:
Mengasing dan aktifkan satu jari dalam satu masa.

3️⃣ Thumb opposition:
Menyelaraskan ibu jari dengan jari lain untuk membantu memegang, memicit dan mengukuhkan ruang antara ibu jari dan jari telunjuk.
4️⃣ Tripod grasp:
Mencubit dengan ibu jari dan jari telunjuk sambil meletakkan objek pada jari tengah, sama seperti anda memegang pensel.
5️⃣ Hand-eye coordination:
Menyelaraskan pergerakan tangan berdasarkan apa yang dilihat oleh mata. Juga dikenali sebagai integrasi visual-motor.
6️⃣ Bilateral coordination:
Menyelaraskan penggunaan tangan kanan dan kiri untuk sesuatu tugas. Seperti menstabilkan objek dengan satu tangan semasa bekerja dengan tangan yang satu lagi.
7️⃣ Midline integration:
Contohnya, tangan kanan mampu melintasi badan kiri. Skil ni membantu anak menjangkau seluruh badan dan membantu buat pelbagai aktiviti yang memerlukan pergerakan badan.
Siapa boleh teka, apa aktiviti yang kita boleh buat melalui barang-barang rumah yang saya kongsikan ni?
Saya kongsikan antara barang rumah dan aktiviti yang anak selalu guna untuk bermain di ruang komen.
- Main tepung. Gaul tepung, uli tepung, acu tepung. Dapat tactile sensory stimulation lagi!
- Botol air ni ‘mainan’ wajib anak-anak saya.
- Punca barang dapur selalu lesap. Paling geram, sayur dalam peti ais pun kadang diorang buat main. Buntot sawi paling pantang. Boleh buat gaduh berebutkan itu.
- Main cucuk-cucuk speghetti.
- Pengepit ni ‘alat’ wajib untuk latih motor skill anak.
- Aktiviti finger isolation guna gula.
Selamat beraktiviti dengan anak!
Bila Periuk Kesayangan Terlihat Kusam Atau Bocor, Ini Perlu Buat Segera!

Perasan tak, biasanya kita apabila memasak tentu ada perkakasan tertentu yang menjadi kegemeran kita untuk digunakan. Contohnya, dalam banyak-banyak periuk yang kita ada, mesti ada satu dua yang menjadi periuk yang sering kita gunakan berbanding periuk-periuk atau kuali yang lain.
Mungkin kerana saiznya atau material periuk itu menjadikan kita sentiasa ingin menggunakan periuk tersebut untuk menyediakan menu untuk keluarga.
Disebabkan itu juga, periuk ini akan lebih nampak kusam. Jadi bagamana anda ingin kembalikan aura periuk tersebut seakan baru dan berkilau
Jadi ini yang perlu anda lakukan.
Bahan-bahan:
Asam Keping
Cara buat:
Langkah pertama: Didihkan asam keping bersama air.
Langkah kedua :Masukkan perkakasan atau periuk ke dalam bekas air mendidih tadi.
Langkah ketiga : Pastikan tenggalam keseluruhan bekas di dalam air asam keping tadi. Biar sehingga 2 minit.
Langkah keempat : Kemudian keluarkan dan boleh dicuci seperti biasa dengan menggunakan sabun pencucui pinggan.
Selain itu, oleh kerana kita selalu sangat menggunakan periuk yang sama pastinya jangka hayat periuk tersebut mudah rosak seperti berlakunya kebocoran. Hendak dibuang sayang, maklumlah periuk kegemaran. Jadi lakukan 4 petua berbeza ini untuk pastikan periuk yang bocor boleh digunakan kembali.
KAPUR MASAKAN
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
KULIT PISANG
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
KERTAS ALUMINIUM
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki. caranya mudah, hanya tampalkan kertas aluminium ini pada bahagian periuk yang bocor.
Belajar Curi Hati Pasangan. 4 Nasihat Dato Ustaz Kazim Elias kena Alert Jika Nak Rumahtangga Bahagia.

Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina. Malah kelahiran anak-anak adalah cahayamata yang menyinari rumahtangga. Pastinya kita berdoa untuk kebahagiaan buat keluarga.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. Dengan ini, nak bahagia mudah aje, elak empat punca ni.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha
Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala.
Sumber: Pakar diari hati