“Jangan Lupa Birthday Isteri.” Tip Dari Dato’ Fazley Jika Mahu Rumah Tangga Bahagia.

Share

Selebriti bernama Datuk Fazley Yaakob ini cukup penyayang dan sangat mengutamakan keluarga. Semalam, beliau memuat naik salah satu tips kebahagiaan rumah tangganya bersama Datin Azrene Ahmad.

Menurut Fazley,  sebagai suami kena sentiasa mengingati hari ulang tahun kelahiran isteri kerana itu salah satu formula untuk mereka kekal bahagia.

beliau berkongsi kapsyen di instagramnya yang berbunyi:

“Minggu depan kami berdua tak dapat bersama untuk menyambut birthday ‘adik sayang’ Azrene Ahmad.

“Jadi, kita buat celebrations awal.

“Ramai orang tanya saya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga?

“Salah satunya, jangan lupa birthday isteri okey.

Fazley turut memuat naik sepotong video dia sekeluarga meraikan hari jadi Azrene.

 

 

Kemeriahan sambutan itu turut disertai oleh ibu serta adiknya,  Raf dan juga Mawar Rashid. Dato’ Fazley dan Datin Azrene telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Sumber: IG fazleyyaakob