Kala ini banyak bantuan disalurkan kepada mangsa banjir. Betapa baiknya hati murni rakyat Malaysia. Tanpa mengira bangsa dan agama, mereka saling membantu ketika ini.
Namun, dalam usaha menghulurkan bantuan kadang kala, ada juga yang terlepas pandang dengan kaedah yang betul dan sistematik.
Sebagaimana yang berlaku di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) yang menerima bantuan seperti pakaian khasnya yang terlampau banyak.
Bukan tidak bersyukur, namun akibat terlalu banyak, berlaku lambakan sehingga menyukarkan mangsa memilih pakaian yang sesuai. Situasi pun mengakibatkan ‘tak sedap mata memandang’ apabila pakaian yang diderma seakan membukit.
Menarik dengan perkongsian wanita ini di facebook miliknya, puan Intan Mas Ayu Shahimi untuk dijadikan panduan. Biarpun sudah seminggu kejadian bah besar melanda negera, masih ada lagi bantuan sampai. Masa belum terlambat untuk berbuat seperti tip ini. Apa pun, mudahkan urusan orang, tuhan akan permudahkan urusan kita.
Salah satu PPS yang menerima bantuan pakaian yang banyak.
Alhamdulillah.. Hari n ramai share tentang pembungkusan baju terpakai..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Jom kita perbetulkan mana yg silap.
Anda tengok longgokan baju pd 1st pix tu kan? (di atas)
Saya saksikan sendiri senario sama dalam perjalanan ke Hulu Langat tempohari..
Tepi jalan, bawah khemah, ramai yang hantar baju terpakai untuk tujuan ‘sedekah’..
Bayangkan hari tu, lumpur dan selut masih tebal, air tak ada, elektrik belum disambung semula, berduyun2 mangsa banjir pilih baju..
Kanak-kanak menyelit, orang muda angkut sepemeluk dan bawa ke tempat lapang utk pilih, warga emas terkais2 saki baki yang dapat dicapai..
Baju yg elok jadi kotor.. Ada yg jd kain kesat kaki.. Risiko penularan Covid19 meningkat.. Silap hari bulan wabak lain boleh muncul..
Mereka belum ada sumber air bersih nak cuci semula baju2 yang dikutip..
Belum ada tempat tinggal sebab rumah masih rupa tongkang pecah..
Belum punya kesempatan nak berkemas..
INIKAH CARA SEDEKAH YANG KALIAN MAHU?
Bayangkan kalau kita ditempat mereka, ibu ayah kita ditempat mereka..
Tak sedih ke tengok mak ayah kita kais2 timbunan kain untuk sepasang baju ‘bersih’??
Yang berlonggok ni pun, kadang2 dah berkulapuk, koyak rabak, lunyai, lusuh, bercampur aduk dengan pakaian dalam yang sudah keriting getahnya..
Come on guys..
SANTUNI MANGSA BANJIR..
Memberi biar ikhlas. Biar penuh adab. Biar memuliakan penerima. Biar menggembirakan mereka..
JANGAN LONGGOK
JANGAN HIMPUN
JANGAN CAMPAK
1. Pilih baju yang elok
2. Cuci bersih (kalau malas, hantar dobi)
3. Lipat kemas
4. Masukkan dalam plastik dan tape
5. Label saiz/ jantina/ dewasa@ kanak-kanak
Agihan makanan dan keperluan pun boleh buat seperti gambar.
Bukan nak mengajar..
Tapi kita dengar, ada kawasan yang bantuannya diambil (kuantiti) sesuka hati hinggakan org belakang dapat sisa2 saja..
Jangan tak tahu ya, ada manusia yg menipu juga musim n. Datang dari luar (bukan mangsa banjir) dan ambil hak mangsa begitu aje.
Yang ini juga kami serempak selepas selesai agih kotak di Tmn Sri Nanding hari tu.
Ada 2 wanita naik proton berhenti dan tanya kami buat apa dgn kotak yg dipegang.
‘Kalau bantuan, kami nak minta,’ katanya selamba.
Mujurlah yg bawa kami round malam tu kenal mereka.
Makan saya bohong sunat kata kami sekadar bergambar aje. Terus mereka berlalu.
Bayangkan, mangsa sekitar kawasan tu xada pun yg meminta2.. Mereka selamba berhenti dan minta gitu aje..
Itulah manusia..
Done bebel panjang. Kat bawah sy sertakan gambar2 contoh. Mungkin boleh jd panduan ringan. Mana yang boleh diperkemaskan lagi, kita usahakan..yg penting, niat dan usaha kita tak sia2. Wallahualam..
Pelakon cantik manis, Amyra Rosli semalam selamat melahirkan anak keduanya. Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.
Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik 🙏🏻
Perkongsian tersebut turut dimuat naik bersama sekeping gambar tanpa menunjukkan wajah bayi perempuannya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun. .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa ialah orang yang memelihara kita sejak kecil sehingga kini. Kita perlu menghormati mereka kerana merekalah tempat kita bergantung harapan semasa kecil. Adalah menjadi tangungjawab kita untuk membahagiakan ibu bapa walaupun ibu bapa uzur. Malah ketika ibu ayah sakit atau uzur anaklah yang harus menguruskan semua bukannya berebutkan harta benda semata. Jom semak perkongsian Firdaus Shakirin ini. Moga bermanfaat bersama.
Pesan kat adik-beradik…
Bila dah besar, dah ada keje, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…beli rumah, beli tanah, beli aset…
Bagi ada harta dgn nama sendiri…
Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnt…jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka…
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nnt bahagian kita lebih dr adik beradik yg lain ke, jgn pikir, jgn berharap…jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
Jangan…
Sebab nnt bila xdpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut…walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup2 bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt2 “hak” kita…
Hak apa yg kita nak? Hak apa yg kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita2 kita…yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa2 dr mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…
Kita sebagai anak yg perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan…tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”…
Time sakit xnak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.
Moga kita menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya dalam memilih kediaman untuk disewa seisi keluarga, selain memastikan kadar sewaan yang ditawarkan berpatutan, biasanya keadaan persekitaran dan fizikal rumah tersebut turut akan mempengaruhi keputusan untuk menyewa.
Namun berbeza untuk keluarga ini, walaupun keadaan asal rumah tersebut tidak indah dipandangan mata, namun berjaya dijelmakan sempurna.
Jom kita baca perkongsian penuh tentang ini .
Nak share tentang dapur kita..
Ini gambar dapur sebelum kami menyewa…
Sebelum menyewa rumah ini bangla yang duduk jadi faham-fahamlah macam mana rumahnya ye.
Kotor tahap dewa tapi bukan halangan kita nak mengemas ye. Owner baik jadi kita slow-slow kemas dan baiki ye.
TAK ADA PENYEWA SANGGUP TERIMA KEADAAN BEGINI TAPI KAMI TERIMA SEBAB OWNER OK BAB DEKO..
Jadi kite terima cabaran ini
Owner pernah datang rumah ini dia pon terkejut alhmdulillah sekarang pon owner ok semoga kami dan owner terus ok sampai kami dapat rumah sendri.. TRAUMA DAPAT OWNER CEREWET.
Kami datang rumah ini bukan suasana indah tapi semangat dan azam kami nak hidup tenang kami belajar sabar dan selow-slow perbaiki apa yang tak ok dan selow-slow deko bagi cantik.
Now 7 bulan duduk rumah ini.. Ini lah hasilnya ye..
KAMI MULA DARI ZERO BARU JADI HERO.
Sumber : Safiyyah Mahyudin via Kelab Kaki Deko
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di