Selalunya, masalah yang kita alami kita rasa bukan berpunca dari kita, tapi orang lain. Betul tak? Tapi sebenarnya kita sendiri yang tak memahami atau salah tanggapan pada individu tersebut. Perkara itu sedikit sebanyak menyebabkan kita sendiri yang rasa stres!
Baru-baru ini Nana Mahazan ada berkongsi tiga “Rules in Life” yang sentiasa diingati oleh abahnya untuk menjadi pedoman dirinya dalam kehidupan untuk sentiasa berasa tenang, senang, dan menang.
Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya itu, Nana berkongsi, pertama, seseorang yang mahu menghilangkan rasa tak keruan perlu akur dan tahu bahawa manusia ini bersifat berbeza-beza. Cara pembesaran, persekitaran, pemahaman dan pembelajaran berbeza.
Jadi kita faham setiap orang adalah berbeza, Nana menyoal semula adakah kita akan stress jika orang lain itu tak buat macam apa yang kita mahu? Stress akan berlaku apabila kita selalu fikir kenapa orang tak buat macam mana apa ada dalam kepala kita.
Kedua, Nana berkongsi bahawa usah menjangkakan sesuatu daripada sesiapa. Maksudnya, kita harus menerima apa jua yang berlaku. Ia bagi mengelakkan apabila apa kita jangkakan daripada seseorang itu kita tak dapat, kita takkan sedih dan kecewa. Oleh itu, pengharapan haruslah hanya kepada Allah yang satu. Jadi harus selalu berlapang dada dan berhusnuzon, selain berfikiran baik dan terbuka.
Sementara point yang terakhir, jangan biarkan orang lain merencana atau tukar mood kita.
Maksudnya jangan biarkan orang lain mudah mempengaruhi kita. Kesimpulannya, jika ketiga-tiga itu berjaya diikuti seseorang itu akan tenang, senang dan menang!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata dapat apa pengisian yang Nana sampaikan. Malah ada juga yang berasa down kembali bangkit semula bila mendengar 3 peraturan dalam hidup yang dikongsikan oleh Nana ini.
Sumber : Instagram Nana Mahazan