Walaupun sekarang ni zaman dah maju, tapi masih lagi ada di takok lama untuk hidup senang dengan menggunakan sihir demi kepentingan sendiri. Terutamanya dalam mendapatkan wang!
Sekarang ni rata-rata orang tengah leka membeli belah di merata-rata tempat, maka orang sebegini pun tidak kurang liciknya untuk mengambil kesempatan. Kebanyakan cukup dengan ayat pembuka bicara dan bertatap mata, sudah membolehkan mereka meneruskan niat jahat mereka itu.
Seperti yang dikongsikan oleh puan Khairunnisa Hamzah ini. Semoga perkongsian ini beri makna buat semua dan lebih berhati-hati ketika berada di kawasan orang ramai.
Kalau pergi shopping raya, hati-hati dengan pergelangan tangan kita. Saya ingat lagi masa suami dan keluarga yang lain hendak solat maghrib di sebuah shopping mall. Masa itu saya jaga anak-anak terlebih dahulu di kaki lima mall. Kami duduk di lantai menghadap pemandangan tingkat bawah.
Ada seorang wanita di sebelah saya. Asyik senyum-senyum. Kemudian, yang saya ingat, dia kata design gelang saya cantik. Dia tak pernah tengok. Padahal tu design biasa yang ramai orang pakai. Suami dia pun sandar pada dia dan sama melihat gelang tersebut.
Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana gelang tu ternampak. Mungkin masa nak angkat anak duduk diriba, pergelangan baju tertarik lalu ternampak gelang tersebut.
Seterusnya saya tak ingat apa.
Tahu-tahu anak tepuk bahu kata, “Dah, Mommy pula solat”
Masa ni saya terpandang tangan sendiri sedang buka cangkuk gelang.
Allahuakbar.
Sedangkan selama pakai gelang, tak pernah saya buka buka. Dah kenapa depan stranger saya nak buka seolah nak serah kepada mereka.
Ads
Astaghfirullah..
gambar hiasan
Terus Wanita tersebut dan ‘suami’ nya bangun dan gerak meninggalkan kami begitu sahaja sebaik anak menepuk bahu.
Begitu juga beberapa tahun sebelumnya, dalam bulan puasa juga.
Kami bergesa-gesa nak keluar semula dari mall untuk menuju ke kereta kerana hanya saya dan kakak Aisyah sahaja yang keluar kereta untuk mencari barang.
Sambil jalan saya bercakap dengan kakak Aisyah. Sekali, tiada balasan suara kakak Aisyah yang terkebelakang sedikit. Saya Toleh, kakak Aisyah tak ada. Segera saya Toleh balik ke kiri kanan dan ke depan.
Nampak kakak Aisyah sedang laju jalan mengikut Wanita berbaju hitam dan berfurdah.
Padahal, saya bukan berpakaian begitu. Kakak Aisyah pun budak sekolah rendah sudah masa tu. Tak silap saya dalam darjah 4. Tak kan tak tahu mana satu Mommy untuk dia laju mengikuti?
Ads
Saya kejar kakak Aisyah.
Saya tepuk panggil “Aisyah” dan tepuk bahu dia.
Aisyah macam terkejut dan hanya sebut, “Mommy”
Allahuakbar.
Saya rasa saya patut ceritakan sebab takut ramai yang keluar pergi shopping dan terlepas pandang hal begini.
Dan saya tulis ini untuk ingatkan saya sendiri juga. Allahuakbar. Hati-hati.
Kita banyak disuapkan dengan fakta yang mengelirukan. Antaranya adalah ‘lebih banyak protein yang kita ambil, lebih baik untuk kita untuk pembinaan otot’. Satu lagi kekeliruan adalah ‘protein yang terbaik adalah protein dari sumber haiwan’.
Cuba kita kembali kepada fakta yang kita pelajari semasa di sekolah menengah. Terdapat 21 jenis asid amino yang membentuk satu molekul protein. 9 dari asid amino ini disebut sebagai “essential” asid amino kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid amini ini. Ia hanya boleh didapati dari sumber makanan. Memang betul kebanyakan “essential” asid amino ini boleh didapati dalam kuantiti yang kecil dari tumbuh-tumbuhan, dan kebanyakannya dari haiwan.
.
Namun begitu, kebanyakan makanan dari tumbuh-tumbuhan
memberikan sumber amino asid yang mencukupi, dan dalam kadar yang tinggi terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti
kekacang, lentils, beberapa bijiran yang tidak berproses dan biji benih.
.
Tumbuh-tumbuhan ini semua terdapat makanan yang biasa kita makan dan bermakna kita harus memperbanyakkan makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan dan mengambil sedikit protein dari haiwan. Jangan risau jika mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan mengurangkan pengambil protein dari haiwan, kerana ia tidak akan menyebabkan kita mengalami kekurangan protein dalam tubuh.
.
Tidak ramai yang mengalami kekurangan makronutrient protein ini, kecuali jika seseorang itu mengalami penyakit seperti kanser atau berada dalam ICU untuk beberapa minggu. Kebanyakan kita mendapat sumber protein dari daging yang kita makan (ayam atau haiwan ruminan), telur dan susu. Malah sayur-sayuran yang kita makan juga membekalkan protein yang banyak.
.
Protein yang kita ambil dari tumbuh-tumbuhan juga mencukupi untuk kita membina otot-otot dalam tubuh. Pembinaan otot bukan sekadar kita mengambil protein yang berlebihan tetapi juga kita perlu melakukan aktiviti yang merangsangkan pembinaan otot.
.
Pernah kita melihat bagaimana gajah dan kuda mempunyai otot yang banyak? Haiwan-haiwan ini memakan dedaun dan rumput. Tetapi haiwan-haiwan ini mempunyai banyak otot yang membolehkan gajah meruntuhkan bangunan kayu dan kuda berlari pantas. Mereka mendapat sumber protein dari tumbuh-tumbuhan.
.
Kesimpulannya kita tidak memerlukan banyak protein dari haiwan. Apa yang perlu ialah banyak mengambil protein dari tumbuh-tumbuhan. Selain tumbuh-tumbuhan, saya percaya ikan juga memberikan protein yang mencukupi jika kita ingin mendapatkan protein dari sumber haiwan.
.
Sumber lain yang membekalkan protein seperti beras rebus (parboiled rice) dan beras perang juga memberikan kita protein, selain karbohidrat untuk mendapatkan tenaga segera.
Apa yang penting kita mendapat tahap protein secukupnya, yang kebanyakannya dari sumber tumbuh-tumbuhan. esekali ambillah dari sumber haiwan.
Hati ibu mana yang yang runtun, jiwa ibu mana yang tidak luluh tatkala mengingati anak yang yang sudah pergi buat selama-lamanya. Hanya potret dan kenangan bersama menjadi ingatan dan sebagai pengalas kerinduan.
Dalam satu perkongsian, aktress terkenal Fauziah Nawi meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih mesra dengan panggilan Pitt Hanif.
Dalam luahan tersebut, si ibu ini mengakui tidak pernah walau dalam sehari melupakan anak kesayangannya itu.
Bismillahirrahmanirrahiim. 29.7.2021 19 Zulhijjah 1442 H 641 hhari Setahun 275 hari Mohd Firdaus Hj Mohamad Hanif anakku buah hatiku telah tiada.Namun sehari pun kau tak pernah aku lupakan hai anak belahan jiwa.
.Moga Allah Menerimamu Redha akan kamu Mengampunkan mu seperti aku memaafkan redha dan mengasehimu.Alhamdulillah kau pernah dipinjamkan kpdku selama hampir 43 tahun.
Semua angels Pitt nyawa nyawa Pitt anak yg baik mcm Pitt .Dhia dah boleh shoot dan edit simple video utk siMhia.SiThia rasanya coming soon.Tengok movie pun ckp pasal shot.Typical you Pitt.
Jaja mmg cekal. Moga mereka jadi anak Solehah. Moga anak mama buah hati mama dalam dakapan Kasih Khaliqnmu wahai belahan jiwa.
Allahyarham Pitt Hanif meninggal dunia akibat lemas pada Oktober 2019 selepas bot yang dinaikinya karam di Sungai jelai, Lipis Pahang. Arwah Pitt Hanif meninggalkan seorang balu, Farah Ahmad yang juga merupakan pelakon serta tiga orang cahaya mata.
Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes.Oleh yang demikian, pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah penularan wabak ini.
Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman tumbuhan itu ialah pokok jeremin yang juga disebut sebagai pokok halau nyamuk atau jari lima serta pokok lantana camara atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam.
Beliau berkata, dua tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan rumah dan bukan sahaja berfungsi sebagai penghalau nyamuk, tetapi juga sesuai dijadikan pokok hiasan.
“Kajian mengenai kesesuaian pokok ini telah dilakukan sejak tahun 2010. Maka, kita mencadangkan kepada pihak terlibat seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menggalakkan tumbuhan jenis ini di kawasan perumahan,”jelasnya.
Beliau menghadiri program Gotong-Royong Bersepadu Perangi Aedes 2017 di Taman Saga, Mentakab hari in, yang turut disertai Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Sha’ari Ngadiman.
Norol Azali berharap penduduk dapat mengambil inisiatif menanam tumbuhan itu di kawasan perumahan mereka, memandangkan benih tumbuhan tersebut mudah diperoleh dan tumbuhannya tidak rumit untuk dijaga.
“Rasanya tiada masalah untuk penduduk menanamnya di kawasan persekitaran rumah mereka. Ini adalah inisiatif yang boleh dilakukan penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mencegah demam denggi selain menyertai aktiviti gotong-royong,” katanya.
Beliau berkata untuk tahun ini, kerjaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan serta agensi terlibat telah melaksanakan 146 aktiviti gotong-royong di seluruh negeri.
Beliau juga memaklumkan kes demam denggi di Pahang bagi empat bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan iaitu 703 kes berbanding 1,060 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.