Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Baru-baru ini, isteri kepada pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal, Husna Zahry berkongsi 11 tahun pengalamannya dalam rumah tangga sempena ulang tahun perkahwinan.
Perkara ini dikongsikannya di laman Instagram miliknya yang memaparkan gambar mereka berdua.
“11 years dah solat subuh sebagai isterimu 🤭.
“When people ask me, antara semua anak-anak, yang mana satu yang paling challenging nak jaga?
“Senang je nak jawab “mestilah anak ibu mertuaku” hahaha (jangan la serious sangat, melawak ja)
Ads
“But true enough, after 11 years living together, I can honestly say that the first 5 years living in a marriage is THE MOST CHALLENGING period of my life. I had my highest highs and my lowest lows in that five years..” tulisnya.
Tambah Husna, paling penting dalam rumah tangga adalah memahami bahawa pergaduhan adalah satu perkara yang normal.
“Sekarang dah officially masuk the second decade of our life together. And the one thing yang saya selalu pesan kat orang yang baru nak belajar hidup bersama, ialah supaya “learn the art of bergaduh dengan pasangan”. Bergaduh dalam marriage is normal. Kalau tak gaduh tu yang tak normal..
Ads
“Hidup ni, bukan siapa paling banyak mengalah dan hidup teruk tu yang terpaling menang.. bukan.. tak guna kalau asyik mengalah dan merengkam dan jadi seorang yang miserable sepanjang hayat..
“Learn how to argue.. learn how to fight.. gaduh bukan untuk bercerai berai, tapi gaduh untuk dapatkan penyelesaian.. gaduh, tapi kena selalu ingat takda menang/kalah sebab YOU ARE ON THE SAME TEAM.. kita bukan enemies.. kita nak hidup bahagia dan membahagiakan..
“Terima kasih Allah for this gift..
Ads
“Terima kasih suami for 11 years together..
“From your one & only (and forever one&only) dinda” tambahnya.
Dalam pada itu, Ustaz Don yang terlebih dahulu membuat ucapan juga tidak kurang hebatnya beri kata-kata manis buat isterinya sempena ulangtahun perkahwinan mereka.
Di dalam sesebuah rumah tangga kena ada sikap memberi dan menerima dari kedua belah pihak baik suami mahupun isteri tidak boleh hanya sekadar menerima namun tidak mahu memberi. Itu menyebabkan rumah tangga menjadi pincang sekali gus mengundang konflik.
Usah terlalu membiarkan isteri melakukan semuanya sendirian, mungkin ada antara wanita yang suka berdikari namun kena ambil tahu juga. Elakkan ego yang tinggi melangit, andai berlaku perbalahan usah dibiarkan berpanjangan.
Isteri merajuk minta dipujuk namun suami hanya endah tak endah sahaja patut membaca perkongsian dari wanita bernama Marliya Ramli. Hadam apa yang ingin disampaikan.
SUAMI YANG PAPA KEDANA.
1 – Memanglah… Kita rasa remehnya bila isteri merajuk. Rimasnya dah lama kawen masih mengada-ngada.
2 – Malas eh nak pujuk-pujuk cam zaman bercinta dulu. Tak de masa. Lagipun isteri kita sekarang garangnya bukan kepalang. #apeni
3 – Isteri marah namun sebenarnya isteri cuba bagitau. Kenapa kita tak seperti dulu? Mana hilang kelembutan kata-kata dan pujukan? Namun kita ego… Kita cuba menjustifikasikan kebodohan kita.
4 – Dah lama kawen. Anak pun dah berderet empat lima. Tak payah la nak pujuk-pujuk. Lantak pi lah isteri pujuk diri sendiri.
5 – Kita rasa ini isu kecik bukan? Alah.. Dah jadi isteri bukannya perlu dihargai hatinya lagi. Tanpa kita sedar perlahan-lahan cinta isteri bertukar menjadi benci.
6 – Isteri tarik muka kita buat tak cakna. Hingga bermula dari bebelan biasa suara isteri mula meninggi. Amukan isteri mula berbisa di hati kita.
6 – Biadapnya isteri bukan? Tanpa kita sedar puncanya apa? Apa salah kita? Tak nak sejenak kita gunakan akal sembilan untuk membuat penilaian?
7 – Kita bukan suami yang kaya raya. Bukan tahap raja yang mampu petik bintang atau permata untuk dihadiah pada si dia. Nak hadiahkan dinar emas atau goldbar berketulenan 999 sebulan sekalipun kita tak mampu. Tak apa…
8 – Isteri tak mahu pun. Jika isteri mahukan kekayaan, sejak awal dia tidak mengahwini kita. Isteri cuma harapkan perhatian. Tak kaya tak apa tapi jangan papa kedana dengan kasih sayang.
9 – Jangan kedekut dengan pujukan. Ini bukan pertandingan yang perlu kita menegakkan bahas itu ini. Ini perkahwinan yang memerlukan pengertian. Jika kita tidak mampu berikan harta, berilah cinta.
10 – Awas suami! Jangan biasakan isteri terlalu berdikari. Jangan biasakan isteri hatinya tidak dibelai dengan kasih sayang. Jangan! Jangan membuat kesilapan ini jika tidak mahu rumahtangga kecundang.
11 – Kerna suatu hari nanti, pada saat hatinya telah hilang cinta, yang bersisa hanyalah benci. Waktu itu ruangan untuk suami semakin sempit. Waktu itu terimalah hakikat bahawa perpisahan adalah ehsan yang terbaik berbanding terus mendera emosi isteri.
12 – Ya… Isteri kita nampak lembut, lemah dan tidak kuat hatinya. Tapi percayalah bila berkali-kali diuji, bimbang nanti tiada ruang untuk diperbaiki lagi. Akan tiba masa dia lebih bahagia tanpa kehadiran kita.
13 – Tak ada rupa dan tidak berharta tak apa. Tapi jangan miskin dengan ucapan baik dan pujukan yang menyejukkan hati. Jangan asalkan buka mulut pemilihan perkataan kita mencalarkan jiwa.
14 – Hanya kata-kata yang baik, kelembutan dan pujukan. Percuma bukan? Jika itupun tidak mampu diberi, layaklah kita dianggap SUAMI YANG PAPA KEDANA. Menyedihkan, malang dan hinanya kita.
Pertama kali bergelar ibu merupakan kenangan paling terindah seorang wanita. Menyambut ulang tahun pertama anak sulung pasti akan membuatkan perasaan ibu bercampur baur antara sebak dan bahagia.
Rasa seperti baru semalam berjuang melahirkannya dan macam tidak sangka bayi pertama sudah genap usia setahun.
Hanya kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas segala nikmat bahagia diberi peluang bergelar ibu dan melihat anak membesar sihat dan gembira. Perasaan tersebut turut dirasai oleh pelakon dan penyanyi terkenal Ayda Jebat.
Ayda turut berkongsi perasaan bahagia dan bersykur kerana buah hati pertamanya menyambut ulang tahun pertama semalam.
Sama seperti ibu-ibu lain, isteri kepada selebriti Nabil Mahir ini turut menulis catatan khusus untuk Ana Nayla di Instagram miliknya.
Menurut pelantun lagu popular Nakal Nakal Nakal dan Parah Parah ini kehadiran anak sememangnya mengajar dia dan suami banyak perkara baru.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat turut menyelitkan doa supaya Ana Nayla menjadi anak yang baik dan orang yang berguna suatu hari nanti.
Dalam pada itu, duta jenama Watson dan Spritzer ini turut mengusik anaknya yang mempunyai muka garang agar terus kekal comel dan berkelakuan baik sentiasa.
You thought us a lot. Stay cute and behave! Jadi anak yang baik, dan orang yang berguna insyaallah. Love you boss baby @ananaylaofficial muka garang.
Mengimbas kembali kenangan anak sejak lahir hingga genap usia setahun memang macam-macam kenangan manis, lucu bahkan sedih berlaku.
Ayda sendiri berkongsi kenangan anaknya pernah jatuh katil sebanyak dua kali selain diuji jangkitan Covid-19 dan sebagai ibu, dia berharap tiada lagi kejadian lebih teruk berlaku ke atas Ana Nayla selepas ini.
Pernah jatuh katil 2 kali, kena covid sekali, jangan yang teruk lagi baby.. huhu! Baby korang macam mana dalam masa 1 tahun?
Demam Sehari Sebelum Birthday
Terdahulu, Ayda sempat berkongsi di Instagram Story gambar Ana Nayla yang demam sehari sebelum sambutan ulang tahun pertamanya.
Lumrah anak kecil bawah usia setahun yang mudah dijangkiti virus demam, batuk dan selesema, Ana dilihat sangat manja dan asyik melekat dengan ibunya sahaja.
Begitulah si kecik kalau tak sihat memang jadi terlebih clingy dengan mama kan?
Apa pun didoakan semoga Ana Nayla cepat sihat dan boleh sambut ulang tahun pertama bersama mummy dan daddy.
nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Setiap kali ramadan datang, pengakhirannya yang ditunggu bukan sahaja meraikan hari raya tetapi mencari malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh istimewa yang mana manusia tidak tahu secara tepat waktunya cuma dikatakan pada malam-malam ganjil 10 akhir ramadan.
Pendapat masyhur mengatakan malam yang paling diharapkan adalah malam 21 dan malam 23, kemudian malam 27. Ketika 10 malam terakhir ini disunatkan mengimarahkannya bersungguh-bersungguh mencarinya dalam beribadah dan berdoa. Serta disunatkan sehingga terbit fajar. Malah sunat juga beribadah sungguh-sungguh di siang hari sebagaimana ibadah waktu malam.
Dalam kesungguhan kita mencari Lailatul Qadar, antara sebab disembunyi malam itu adalah supaya manusia bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar setiap tahun.
Menerusi facebook seorang ustazah,Aminah Mat Yusoff Yusoff berkongsi amalan arwah ayahnya dalam mencari malam Lailatul Qadar.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Misteri Lailatul Qadar, apa yang patut kita lakukan?
Pernah suatu ketika dahulu..Amalan yang Almarhum ayahanda wajibkan.
1. Qiamullail
Di kampung saya setiap kali Ramadan mesti ada Qiamullail berjamaah. Jam 3 pagi terdengar alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an, kejutkan orang yang sedang tidur.
Berduyun-duyun jamaah datang, kecik besar tua muda. Masa tu semangatnya luar biasa kerana jamaah ramai dan suasana meriah.
Mulai dengan solat sunat taubat, tahajjud, tasbih, hajat dan diakhiri witir.
Betul kata kebanyakan ulama’ orang yang sering melaksanakan solat malam akan miliki hati yang kuat, fikiran yang cerdas dan mempunyai jasad yang sihat serta bertenaga. Sepanjag hari kehidupannya sangat tenang dan terarah, tidak serabut. Satu lagi kelebihannya yang paling penting ialah menerangi kubur saat kita mati nanti.
2. Surah wajib
Al-mulk, al-waqiah dan As-Sajdah.
Selesai sahur jangan tidur, ambil Al-Qur’an dan baca. Percayalah.. akan hilang rasa mengantuk dan pening. Sepanjang hari tu kita rasa berkat, segala kerja buat kita jadi hebat.
3. Doa
Part niey macam2 versi doa yang kita dengar.
Semuanya bagus dan baik untuk kita. Doa yang paling terkesan ialah apa yang kita nak sangat minta dengan Allah. Paling penting sebutkan nama Allah semasa kita mohon doa daripada – NYA.
Ya Allahu Ya Bariii’.. Aku berserah kepadaMU Susun dan aturkan kehidupanku dengan sebaik-baiknya.
Ya Allahu ya Haafiiz..Jagalah diriku daripada sebarang penyakit, dari segala bahaya dan kejahatan makhlukMU, dari segala hasad dengki dan iri hati, dari segala rasa sombong dan tinggi diri.
Ya Allahu Ya Quddus.. Bersihkan segala kotoran dari tubuh badanku, bersihkan segala ketumbuhan yang ada dalam jasadku, bersihkan segala sihir dan fitnah yang boleh merosakkan hidupku, bersihkan segala racun yang boleh mendatangkan mudarat kepadaku untuk kekal kuat beribadah kepadaMU
Wirid ya Allah 100 kali
Lailahaillallah 300 kali
Salawat 100 kali
Istighfar 100 kali
Basic
Yg lain tambah
Lahawlawala quwwata illa billah 100 kali…Jika tidak mampu amalkan 10 kali pagi 10 kali petangpun boleh. ( Bilangannya saya ambil dari amalan Almarhum Tuan guru Ismail Kamus sebab saya tak pernah tanya bilangan yang tepat semasa ayahanda masih ada)
Zikir ini penenang hati. Jika hati kita berat nak ibadah, berat nak bersedekah, berat juga nak bangkit Qiamullail.. Amalkan zikir ya Allah banyak-banyak. In sha Allah.. Jika Allah yang diseru segala kebaikan akan singgah dalam hidup kita.
5. Bukan sekadar mencari
Ada kiraan bagi menentukan malam Al-Qadar. Antaranya ada disebut tentang jumlah lafaz yang ada dalam surah al-Qadr. Jumlah lafaznya adalah 30. Manakala lafaz hiya dalam ayat yang terakhir merujuk kepada Lailatul Qadar. Lafaz ini adalah lafaz yang ke 27, maka dihukum bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.
Dalam kiraan yang lain, disebut bahawa lafaz Lailatul Qadar dalam tulisan Arab terdiri daripada sembilan huruf. Lafaz Lailatul Qadar disebut sebanyak tiga kali dalam surah al-Qadr, maka sembilan darab tiga menjadi 27. Maka hukumnya Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan.
Kesemua pendapat ini hasil ijtihad para ulama. Untuk melengkap lagi kefahaman tentang Lailatul Qadar, ada beberapa hadis sebagai pedoman. Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya:
“Maka carilah Lailatul Qadar pada sembilan, tujuh dan lima.” (riwayat al-Bukhari).
Menurut satu tafsiran hadis, sembilan, tujuh dan lima merujuk kepada 29, 27 dan 25 Ramadan.
Kesemua pendapat ini adalah baik bagi menerangkan hakikat malam Lailatul Qadar. Bagi sesetengah kelompok masyarakat pula, Lailatul Qadar tetap pada satu malam sahaja iaitu malam 27 Ramadan.
Kepelbagaian pandangan para ulama dalam penentuan Lailatul Qadar memberi isyarat jelas bahawa tiada kesepakatan dalam masalah ini. Maka Lailatul Qadar menjadi rahsia. Ijtihad ulama dalam lontaran pandangan hanya sekadar ijtihad yang ada masanya betul dan ada masanya silap.
HIKAH DISEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR
Maka di sini nyata hikmah disembunyikan Lailatul Qadar agar umat Islam lebih berusaha mencarinya.Terserah kepada kita umat Islam untuk memilih mana-mana pandangan selagi mana ia berdasarkan dalil dan hujah.
Maka tidaklah menjadi keperluan untuk bertegang urat dalam masalah penentuan malam ini. Apa yang penting, bagaimanakah amalan kita.
Moga Allah temukan kita dengan malam Al-Qadar.
Doa saya untuk sahabat semua..
Moga Allah kurniakan pengakhiran kehidupan yang terbaik, jauhkan dari fitnah dajjal, memelihara diri dan seluruh ahli keluarga sebagaimana Allah menjaga hambaNYA yang soleh dan solehah.
Moga Allah luaskan pintu rezeki, dikurniakan kehidupan yang berkat dan penuh keredaan. Miliki hati yang bahagia dan sentiasa cinta dengan suruhan Allah SWT.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.