“Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala & Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain”. Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

Share

Aura Aidilfitri semakin dirasai oleh semua umat Islam, apabila sejak semalam lagi warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.

Seronok bila dapat berkumpul semula bersama adik-beradik dan sanak saudara selepas dua tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama-sama.

Dalam pada seronok hendak beraya bersama ahli keluarga, kadangkala kita terlupa ada perbuatan atau percakapan kita tanpa sengaja boleh melukakan hati orang lain.

Hari Raya yang sepatutnya menjadi hari saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim menjadi hari saling ‘kecam-mengecam’ pula.

Selain daripada itu jangan dilupakan juga tentang COVID-19 yang masih ada lagi dalam kehidupan kita. Walaupun banyak SOP sudah dilonggarkan menjelang esok tetapi kita tetap kena jujur dalam menganalisis kesihatan diri sendiri.

Pesanan ringkas dan nampak sedikit lucu yang dikongsi oleh doktor selebriti, Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya bolehlah kita jadikan panduan bersama agar sentiasa menjaga diri sendiri, ahli keluarga dan komuniti sekeliling kita.

Semoga lebaran kali ini benar-benar membawa kenangan paling bermakna kepada kita semua selepas mengharungi pelbagai dugaan selama dua tahun memerangi COVID-19.

Pesanan Ringkas Penuh Bermakna

Selamat pulang ke kampung halaman masing2 semua. Lama tak beraya kat kampung kan? Masa Hari Raya nanti ingatlah:

❌️ Jangan keluar rumah kalau bergejala. Buat self test COVID-19

❌️ Jangan dok compare2 perkembangan anak orang lain tak boleh buat itu ini lagi. Setiap anak berbeza perjalanannya

✅️ Makanlah sedap puas2. Biasalah naik badan sikit nanti. Sebab tu panggil Hari Lebaran. Bukan Hari Kempisan/Tirusan

✅️ Bersenamlah balik lepas makan sedap banyak2 tu. Sedarlah diri sikit

Stay safe semua n jangan gaduh2 kecik hati cepat pastu viral2 kat sosial media. Kongsilah benda2 positif. Sikit2 nak viral

Selamat berLEBARan semua

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)