‘Jangan Kalah Dengan Emosi, Usah Cari Kesempurnaan.” Abby Abadi Kongsi Cara ‘Move On’ & Berbaik Dengan bekas suami. Salute!

Share

Pahit akan manis akhirnya, awan pilu yang dulu melanda mereka sudah berarak meninggalkan sinar kebahagiaan buat mereka.

Kegembiraan keluarga besar ini cukup membuatkan ramai yang menjadikan mereka contoh.

Pasangan Abby Abadi suami, Mohd Faizal serta Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilihat contoh sebuah keluarga yang bahagia.

 

Malah, pelbagai aktiviti dilakukan mereka bersama baik bercuti atau keluar makan mahupun menyambut hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadi bersama.

Disebabkan itu, Abby dan Norman sering ditanya bagaimana mereka boleh berbaik sedangkan sebelum ini pernah melalui fasa penceraian yang cukup menyedihkan.

Justeru, Pelakon Gerak Khas ini menerusi laman instagramnya berkongsi tips untuk semua terutama bagi mereka yang melalui fasa penceraian.

“Walaupun perceraian itu menyakitkan, Namun Sy percaya, penceraian bukanlah perkara yang buruk, ia adalah salah satu ujian dari banyaknya ujian ALLAH yang lain. Tak lalui, kita takkan pernah tau betapa kuatnya kita. Dan yg lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas di uji, atau terus merosakkan lagi keadaan, PILIHAN di tangan kita ☺️
.
“Dan topik ni sangat berkait rapat dgn Sy kannn.. ? Sy tulis ni sbb Ramai sgt yg bertanya pada Sy, mcmana buleh ‘baik sangat’ dgn Oman & Memey. Macamana buleh lupakan apa yg terjadi. Macamana itu, mcmana ini.. Sy jawab: Kehendak ALLAH.

Masa akan mengubati segalanya. Yang penting ‘Move On’. 

Sy berkongsi pengalaman, berpesan2 & mengingatkan: Masa akan mengubati segalanya. Jangan kalah dgn emosi. Sikit2 sudah melayan perasaan itu. Bila bersedih, syaitan lagi suka. Mcm2 dihasutnya kita. Jadi yg sebaik2nya, MOVE ON! ☺️


Yg berlalu biarkan berlalu. Kita bina hidup baru ?
.
Akui kelemahan diri. Itu yg sebaiknya. Tiada yg sempurna diatas mukabumi ini. Yakin bila diuji dgn ujian berat sebegini, pasti ALLAH akan hadiahkan “pelangi” yg lebih indah nanti 

Menurut Abby JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita

Inilah KEHIDUPAN ❤️
.
Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya
.
Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan
.
Bila tak dapat memberi, jangan mengambil
.
Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci
.
Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih
.
Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi
.
Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji
.
Bila tak dapat menghargai, jangan menghina
.
JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita ?


.
Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal
.
INGATLAH,
Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti
.
Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka
.
Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab

.
.
?Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnnn

Sumber: IG abby_abadi112