Perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi Azmi diharapkan dapat memberi motivasi dan pencerahan kepada ibu ayah untuk jangan pernah jemu mendoakan anak-anak. Memberi gambaran jelas tentang pengharapan ibu dan ayah, dikongsikan melalui kisah Nabi Ibrahim, semoga ianya dapat dijadikan pengajaran dan inspirasi buat semua.
Ini perkongsiannya.
Jangan Jemu Mendoakan Anak
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh sahaja yang mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
Ads
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solat, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
Ads
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan kesusahan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan.
Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu mendoakan anak. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
Perginya pelakon veteren Abu Bakar Omar pada tanggal 16 April yang lalu ke negeri abadi, merupakan berita mendukacitakan buat semua. Pelakon yang popular menerusi drama dan filem pecah panggung antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini begitu disanjungi bakatnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Turut berkongsi rasa kesedihan dengan pemergian insan tercinta, Mohd Zainuddin Abu Bakar yang juga merupakan anak sulung arwah telah menitipkan apa terbuku di hati. Luahan rasa betapa rasa cemburu di hati turut membuatkan warganet berasa pilu dan sama-sama mendoakan agar arwah berbahagia di sana.
Bapak..
Aku rasa akulah orang yang paling kenal bapak ..
Rupanya aku salah…banyak rahsia bapak yang hanya timbul selepas bapak kembali ke dakapan rahmat Allah…
Aku kenal bapak aku dari sisi bukan seorang bapak..sama seperti kalian kenal…
Anak wayang yang mengisi ceritera nusa dan bangsa..dipuji, dicerca, dimarah, disayangi kesan watak yang diberikan…antagonis watak yang terlalu sinonim zaman mudanya..
Anak pasar borong yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan rasa…hingga beliau digelar Bakaq Bolong..mengambil tanggungjawab menjaga keluarga seawal usia darjah tiga..membantu tok wan di pasar borong…
Namun hakikat bapak jauh dari itu…
Allah kurniakan pengakhiran hayatnya dengan segala keindahan…
Allah jemput di penghulu segala hari dalam penghulu segala bulan…Jumaat pertama Ramdhan..dalam fasa Rahmat Allah..
Bapak dimandi dan dikafankan oleh kami semua anak2nya…malah lebih dari itu..anak2 yang menumpang kasih beliau sebagai bapa…
Sangat mudah diuruskan…jenazah yang sangat lembut…tenang bapak persis tidur…tiada kotoran yang keluar dari badan bapak tika istinjak dan dimandikan..
Bapak seolah tahu masanya telah tiba…
Diminta cucu sulong untuk rapikan dirinya beberapa hari sebelum itu..
Di pesan kepada adikku mencari pasangan..buat peneman bonda…itulah pesannya berulang kali hingga hari terakhir..
Bapak tunggu sehingga semua kami adik beradik sampai…barulah bapak meninggalkan kami dalam keadaan sangat tenang..persis tidur gayanya…
Jenazah diuruskan dengan teratur dan lancar sekali….ribuan doa pengampunan dan kebaikan dibacakan untuk bapak dari khalayak yang tidak pernah bapak kenali mereka..tak kurang juga ramai yang mengatakan bahawa ia adalah kematian yang dicemburi…
Sungguh bapak…
Aku cemburu…lihat bapak disayangi orang luar…
Luar biasa sayangnya itu bapak…
Ramai yang menghubungiku secara peribadi menceritakan baiknya bapak dalam membantu mereka…yang aku tak pernah tahu pun..dari masjid hingga marhaen biasa menceritakan kepadaku apa yang dikau bantu mereka…
Aku cemburu bapak…
Seorang ibu kematian dua orang anak yang tak pernah dikau kenali…dengan hati yang sangat tulus tanpa sebarang kepentingan sekadar memaklumkan kepadaku bahawa beliau membaca setiap hari hampir ratusan kali Surah Al Fatihah dan Al Ikhlas didoakan khusus untuk anak2nya…dan bermula dari saat kematianmu…secara khusus ibu ini memasukkan sekali namamu bapak…akan dilakukan sepanjang hayatnya…itulah bicara janjinya dengan ku…
Aku cemburu bapak…
Ratusan yang hadir solat jenazahmu…sebahagian besarnya bukan dari orang yang kami kenali..bukan juga teman2 lakonanmu…tapi jelata yang sangat menyayangimu…
Aku cemburu bapak…
Tanah kubur kelompok keluarga kita yang lazimnya sangat berselut umpama sawah bergenang air dalamnya…tapi Allah takdirkan untuk persemadianmu itu tanahnya merah lembut tanpa setitis air.. yang sangat sempurna liangnya..
Aku cemburu bapak…
Usai ziarah pusaramu pada hari berikutnya…aku terserempak dengan satu keluarga yang teresak nangisnya..bertanyakan di mana kuburmu…tanpa kenali siapa aku…mereka menceritakan betapa bapak telah sangat membantu hidup mereka…hinggakan mereka mangaku bahawa bapak adalah ayah angkat mereka…sungguh aku tidak pernah kenal mereka…
Aku cemburu bapak…
Aku cemburu..
Aku masih menyelongkar rahsia hidupmu…
Rahsia hidup yang dikau sembunyikan dari kami…
Hingga mulianya dikau dipenghujung hari…
Bapak…
Damailah di sisi Ilahi..
Kami menjadi saksi…
Dikau bapa yang sangat disayangi…
Mohon sudi doakan Ayahanda kami..
Almarhum Tuan Haji Abu Bakar Omar..
Rumah tangga yang aman bahagia bila mana suami isteri saling bekerjasama antara satu sama lain. Saling melengkapi dan tak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada pasangan apabila diperlukan.
Lebih-lebih lagi dalam melakukan kerja-klerja rumah. Tidak semua wanita itu cekap dan mahir dalam memasak dan sebagainya. Jadi, sebagai suami jika anda tahu dan boleh melakukannya, apa salahnya ajar isteri apabila diperlukan.
Demikian yang berlaku pada sepasang suami isteri ini. Walaupun caranya ayang melucukan namun terserlah kesih sayang dan kemesraan antara mereka.
Seorang isteri bertanyakan kepada suami cara untuk menyiang sotong memandangkan dia tidak pandai berbuat demikian.
Apa yang menariknya, walaupun di dalam whattapps perbualan tersebut, sang suami siap memberikan penerangan detail siap dengan gambar lagi macam mana nak siang sotong. Jom tengok perbualan suami isteri di bawah. Lucu kan tapi rare!
Suami siap lukis lagi nak bagi isteri faham. Suami ajar potong paras mata. Memang sweet sangat kan!
Suami ajar buang dakwat/tahi sotong.
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan. DEk kerana itu, ramai ibu bapa yang agak tegas dan menekankan hal ini dalam memastikan anak-anak tidak leka.
Setiap apa yang anak-anak gemari akan diikuti asalkan ia terbaik buat mereka. Demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Menurut yana, anak sulungnya menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Paling suka subjek matematik.. Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
Bukan itu sahaja, Aisy juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Sebab masa baby lagi dah dedahkan 3 language.. bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin. Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi..
Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudah segala proses nya.
Ingat mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak mateen pandai ikut potensi mateen sahaja. semoga berguna untuk masa hadapan bila mommy takda nanti…
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...