Jangan Jadi Toksik Dalam Keluarga. Semak Adakah Kita Salah Seorang Darinya

Share

Adakah kita tergolong dalam orang yang toksik? Sedar tak, dalam ramai-ramai ahli keluarga kita mesti ada paling kurang sorang, yang dia akan selalu bertentangan pendapat dari yang lain.

Orang ini juga akan cuba mempengaruhi orang sekelilingnya untuk bersetuju dengan pendapatnya.

Sedar atau tidak, sifat seperti ini akan memecah belahkan keluarga dan membuatkan hubungan renggang.

Sebaliknya, apa sahaja yang berlaku di dalam keluarga haruslah mencapai kata sepakat  Bersama.

Ciri-ciri orang yang toksik dalam keluarga adalah :

  1. Memperlekehkan usaha atau apa yang yang dilakukan oleh ahli keluarga yang lain
  2. Suka Masuk Campur Dalam Urusan Yang Lain
  3. Komen Yang Diberikan sangat Sarkastik
  4. Mahu Segala Kemahuan Dituruti
  5. Pendapat Dirinya Sahaja Yang Betul
  6. Tidak Mahu Mengalah
  7. Pentingkan Diri Sendiri Tanpa Menghiraukan Ahli Keluarga Yang Lain
  8. Semua Yang Dilakukan Dalam Rumah Dianggap Pertandingan
  9. Gemar melihat orang lain dalam kesusahan
  10. Menyebarkan Kelemahan Adik Beradik Yang Lain
  11. Apa Sahaja Milik Keluarga Adalah Haknya
  12. Suka Berbohong Dan Merasa dirinya Betul
  13. Cemburu Dan Iri Hati Dengan ahli Keluarga Yang Lain
  14. Suka Manipulatif Cerita
  15. Menghukum Tanpa Alasan

Jika kita tergolong dalam ciri-ciri ini, ambil langkah untuk mengubahnya.

Tip / Petua

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA

dan join keluargagader club