Jangan Jadi ‘Husna’, Cepat-Cepat Istighfar & Taubat Jika Terpaut Hati Pada Suami Orang, Tulisan Padu Wanita Ni Wajib Baca!

Share

Perampas suami orang dalam kehidupan kita memang wujud. Jangan kata dalam drama sahaja, realitinya banyak kes yang semacam ni bertebaran di sekeliling kita.

Suami atau perampas, sama-sama bersalah dalam hal ini. Drama Jangan Benci Cintaku yang bersiaran setiap petang ternyata amat menyentuh naluri seorang isteri.

Watak ‘ Husna’ dipersalahkan bulat-bulat. Tulisan wanita ni, Nieza Termizi, memang padu. Banyak benarnya. Bagi yang dah mula terjatuh hati pada suami orang sila baca ni. Cepat-cepat sedar diri.


Sejak tak ada TV hampir 4 tahun lepas, saya dah jarang layan drama. Kadang-kadang mengganggu emosi sampai boleh masuk ke dunia sebenar kita.

Minggu lepas bersepah cerita pasal ‘Husna’ si perampas suami orang di medsoc. Saya pun buat sedikit homework. Cerita apa ni? Haha..

Kawan-kawan,

Memang wujud ‘Husna’ di dunia sebenar.

Jangan terkejut kalau ada ‘Husna’ yang kata,

“Allah yang datangkan perasaan sayang aku ni pada suami orang. Perasaan ni wujud sebab Allah yang bagi”

Astaghfirullah..jika begini alasan, saya yang bukan ustazah ni menyangkal sungguh-sungguh. Mengapa sandarkan perasaan yang wujud untuk suami orang itu dari Allah SWT? Bukan dari hawa nafsu sendiri atau dari hasutan syaitan kah?

Ya..memang Allah yang wujudkan perasaan cinta. Tetapi bukan semua yang kita perlu ‘layan’ itu benar. Ada yang datang dalam bentuk ujian. Apabila rasa yg datang itu salah secara fitrah, maka ia pasti akan ditambh hasutan iblis. Kalau kita tahu mana yang betul mana yang salah, kita tak akan ikut sewenang-wenangnya “rasa hati” yg sudah ditambah rencah oleh iblis laknatullah.

Allah izinkan semua perkara yang berlaku atas muka bumi ini. Yang baik dan yang buruk. Tapi setiap satunya adalah pilihan kita. Nak ikut nafsu atau nak ikut iman.

Jika benar, semua perkara maksiat akan disandarkan pada takdir Allah. Sama seperti golongan LGBT atau suka kaum sejenis.

“Allah yang wujudkan perasaan ni pada kami. Semua berlaku sebab Allah yang bagi”

Begitukah?

Sedangkan Allah dah bagi garis panduan. Yang halal tu jelas. Yang haram itu juga jelas.

Saya pernah dengar ceramah ustaz ketika saya di zaman remaja dulu. Ketika itu kita semua dibayangi indahnya cinta monyet. Masih segar di ingatan saya sampai sekarang. Ustaz kata,

“Perasaan cinta dan sayang kamu pada girlfriend/boyfriend itu semua HARAM. Zina bukan hanya pada mata, tangan, mulut dan kaki. Tapi zina juga wujud dalam hati. Rasa cinta dan sayang yang halal hanya wujud selepas kamu sah menjadi pasangan suami isteri”

‘Husna’ tidak dapat lepaskan perasaan itu bukanlah kerana Allah yang bagi perasaan itu kekal dalam hatinya, tapi kerana tidak mahu mengakui perasaan yang wujud itu HARAM. Terus-menerus menurut hawa nafsu dan ikut perasaan.

Mintalah pertolongan Allah dalam urusan hati. Cepat-cepat istighfar dan taubat jika benar hati telah terpikat pada suami orang. Fitnahnya jauh lebih besar dan dasyat jika diteruskan. Lari jauh-jauh. Kalau boleh, sejauh kutub utara dan kutub selatan. Sejauh langit dan bumi.

Pesanan buat ‘suami orang’

Jangan mudah memaniskan bicara pada wanita bukan mahram mu. Kadangkala kita cuma mahu mengusik, mahu berbual, mahu kenal-kenal. Tak sedar, ada hati yang rasa diperlukan. Ada diri yang rasa diberi perhatian. Ada pula yang sedang memintal harapan dan menaruh impian.

Demi Allah, saya tidak menolak poligami.

Namun, periksa semula bagaimana cara yang sebetulnya mengikut sunnah nabi. Adakah dengan berhubungan di belakang isteri?Adakah betul dengan bermesej atau berdating secara sembunyi-sembunyi? Bila bertemu berdua maka adalah yang ‘ketiga’.

Berbincang dengan isteri. Adakah menjadi keperluan untuk berpoligami? Emosi isteri bagaimana? Kemampuan pula sudah diperiksa? Masa depan dan perasaan anak-anak sudah diambil kira?

Fuhh…membebel panjang pula saya pasal kisah ini. Harapnya tersampaikan apa yang terbuku di hati.

InshaAllah Husna Husna yang wujud dalam dunia saya semuanya baik-baik. Seperti maksud namanya juga

Heh!

Heh!

Kredit: Nieza Termizi